KRISIS BERMULA

18 0 0
                                    

The Day of Anime Festival ( 30/3/2026 )

Semua manager dan staff membuat persiapan terakhir sebelum event bermula. Ada yang memantau keadaan booth, ada yang tengah melaraskan pembesar suara dan mikrofon dan menyemak semula semua yang berkaitan dengan acara tersebut. Ain masuk ke dalam bilik dimana semua vtuber tengah mempersiapkan PC masing-masing. 

" Ainn chwann..." ujar Reen apabila Ain mendekati dirinya. 

" How's your set-up pc? okay kah?" tanya Ain.

" Okay ja ni. Semua dah di adjust. Cuma nak try bahagian mic ja lagi."

" Okaylah. " ujar Ain. Hujung matanya melirik ke arah Shu yang tengah membantu Uki. 

Tiba-tiba staff datang memanggil Ain untuk berada di tempat acara. 

" Do your best, guys!" ujar Ain dengan semangat kepada mereka semua. 

" HAIK!" 

Sebelum keluar, Ain sempat ke meja Shu dan meninggalkan keychain penguin pink miliknya. Mujurlah lelaki itu membelakangi mejanya. Kalau tidak, memang naik malu gadis itu. Luca, Mysta dan Fulgur perasan lalu senyum melirik ke arah Ain. Ain hanya membuat isyarat senyap. Terus dia keluar dari bilik itu dan berlari keanak-anakan ke lift.

" After you click this, it should be working right now. If there's any error, can ask me again." ujar Shu lalu kembali ke meja PC nya. Dia melihat keychain penguin pink itu. Terus dia tersenyum. Hanya ada seorang sahaja yang terlintas difikirannya sekarang. Ain Natasha...

" Ehemm Shuu. I don't wanna bother you with your girl's thing but, I need your help." pinta Fulgur.

" Wait a sec.." Shu mengait keychain itu pada bag sandangnya sebelum membantu Fulgur.

Tepat jam 9 pagi, ramai para pengunjung mula menggerumuni kawasan event itu. Ada yang mengunjungi booth terlebih dahulu, ada yang menangkap gambar sesama sendiri bersama cosplay-cosplay vtuber.

" Iffah.. Datang jugak awak akhirnya.." ujar Ain apabila melihat kelibat sepupunya, Iffah Raisha ( 23 tahun ) tidak jauh dari pintu masuk bangunan itu. 

Dengan monopod dan kamera Canon berada di sisinya, gadis itu berjalan ke arah Ain. Iffah merupakan salah seorang vlogger Youtuber yang berjaya di Malaysia. Ain memanggil sepupunya itu untuk mempromosikan event besar tersebut. Tambahan pula, ia memberi benefit kepada Iffah juga untuk dijadikan sebagai konten Youtube channel nya.

" Ehehe, ambik masa untuk bersiap tadi. Plus, susah jugak nak cari parking. Ramai giler orang datang event ni." ujar Iffah sambil mengatur posisi monopodnya. 

" Iyolha.. Jum saya bawak awak jalan-jalan. " Ain menarik lengan Iffah.

Mereka berdua pun berjalan-jalan di area booth. Iffah mula merakam video sepanjang mereka berjalan di event itu. Ain pula hanya turut serta melayan karenah Iffah dengan monopodnya. Sambil mereka berjalan, sambil itu juga Ain memantau sekeliling. Gadis itu melihat salah seorang staff dalam keadaan yang kurang sihat. Muncul pula staff yang lain. Sepertinya risau akan keadaan staff yang sakit itu dan menyuruhnya berehat.Dan ketika itu, walkie talkie Ain berbunyi. 

" Guys, the event will start now." 

Maka bermulalha acara dengan Off-Collab Stage Talk bersama ShiroNeko, Shoto dan Vtuber dari NijiSanji. Semua peminat mereka mula bersorak dengan teruja. Jantung Ain berdegup laju apabila mendengar suara Shu yang memperkenalkan dirinya pada skrin yang besar itu. Haishh hati nih! Berdegupp pulak dia!

Selesai sahaja acara stage talk, para peminat mula berbaris di platform vtuber kegemaran masing-masing. Ia mengambil masa selama 10-20 minit untuk bersama idola mereka. Harhhh, author ni nak jumpa idola jugak..

AAHHHH!

Terdengar jeritan disebalik orang ramai. Bukanlah jeritan biasa, namun jeritan ketakutan. Ain dan Iffah segera mendekati suara tersebut untuk melihat kejadian yang berlaku. Kelihatan salah seorang staff sedang menggigit leher seorang perempuan yang meronta-ronta untuk dilepaskan. Semua terus lari bertempiaran, tidak menghiraukan orang sekeliling.

Tanpa berfikir panjang, Ain terus menarik lengan Iffah dan lari dari situ. Disebabkan masih ramai yang berada di tempat kejadian, Iffah jatuh tersungkur akibat terlanggar barang yang berada diatas lantai. Staff yang menggigit perempuan tadi melihat Iffah dan menerjah ke arahnya. Pergelutan berlaku antara Iffah dan staff itu.

" TOLONG SAYA, AIN!!"

APOCALYPSE ZWhere stories live. Discover now