" It seems that you guys have decided on taking this mission. So, you'll be going with our two best teams, Aqila and Fiqrie as guides, Khai and Dyrhan will assist as the supporters." ujar General Zakaria.
" Okay. Our main mission is to find Dr. Nicolas and bring him back, right?" tanya Ain.
" Yes. We're counting on you guys to save us, to save the world." General Zakaria memandang mereka seorang demi seorang. Mereka semua mengangguk dengan penuh tekad.
" Ain, saya hendak bincang sesuatu dengan kamu. Aqila bawa yang lain ke bilik persalinan untuk tukar ke baju uniform. Fiqrie bawa yang lelaki. Tia, panggil Khai dan Dyrhan ke sini. " arah General Zakaria.
Yang lain pun keluar dari bilik mesyuarat tersebut meninggalkan Ain bersama 3 orang lelaki tua. Setelah pintu ditutup, mereka berempat duduk semula.
General Zakaria, " Sebenarnya, ada beberapa lagi maklumat yang perlu saya sampaikan. Berkenaan dengan Dr Nicolas dan juga seorang saintis pakar yang kini tengah bersembunyi di satu tempat dimana hanya Dr Nicolas sahaja yang tahu keberadaanya. Nama saintis tersebut ialah Dr Marcus, rakan baik kepada Dr Nicolas. Beliau merupakan saintis yang berhubungkait dengan permulaan virus zombie ini. Maklumat berkenaan Dr Marcus menjadi sulit dan dikawal ketat setelah Dr Nicolas disabotaj oleh seseorang yang tidak diketahui identitinya semasa memproses vaksin di makmal beliau."
" Maklumat tentang Dr Marcus hanya diketahui oleh Perdana Menteri, Ketua Tentera dan kami bertiga. Disebabkan itu, beliau membuat keputusan untuk menukar lokasinya ke bunker lama tentera di New Zealand sebagai makmal peribadinya untuk meneruskan penghasilan vaksin tersebut. Oleh kerana beliau tidak lagi memberi sebarang maklumat terkini, beliau disyaki telah diceroboh oleh identiti yang sama."
" Kiranya maklumat tentang keberadaan Dr Nicolas di bunker lama dah dibocorkan lah ni?" soal Ain. General Zakaria mengangguk.
Leftenan Adnan, " Ya, sama ada maklumat ini dibocorkan kerana sistem digodam ataupun ada pihak atasan yang menjadi pengkhianat." Lelaki itu mengurut dahinya.
Mejar Hassan, " Cuma maklumat berkenaan Dr Marcus sahaja tidak dibocorkan. Jadi, memang ada pengkhianat dikalangan pihak atasan." keluhnya.
General Zakaria, " Saya ingin memberitahu maklumat ini kepada kamu untuk lebih berhati-hati sekiranya kamu semua bertembung dengan identiti ini."
" I'll keep that in mind." jawab Ain.
Kedengaran bunyi ketukan pintu dari luar bilik mesyuarat tersebut. General Zakaria menyuruh mereka masuk ke dalam. Tia, Khai dan Dyrhan pun masuk ke dalam dan tabik hormat kepada orang tua itu.
" Khai, Dyrhan. Kamu berdua akan bersama dua orang dari Pasukan Elit 1 dalam menjalankan undercover mission untuk membantu Ain dan rakan-rakannya mencari Dr Nicolas di New Zealand nanti. Tia akan terus berada di sini untuk memberi sebarang perkembangan maklumat kepada kamu semua. Do your job and get it done!" arah General Zakaria dengan tegas. Haih, depan pekerja dia bukan main tegas orang tua nih...
' Nampak gayanya diorang ni memang bukan abang askar yang biasa-biasa. Harhh, Ain.. Ain.. Kenapalah kau tak kawal mulut kau tadi...' rungut hati kecil Ain.
" Baik General!" serentak mereka berdua menjawab.
" Pergi buat persiapan di bilik persalinan. Gunakan senjata dan alat-alat yang tersedia ada dalam bilik senjata. Selesai sahaja, kamu semua akan berangkat terus malam ini. Koordinat akan diberikan oleh Tia nanti." ujar Mejar Hassan pula.
Ain, Tia, Khai dan Dyrhan mengangguk lalu tabik hormat sebelum mereka keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Setelah mereka keluar, mereka pun pergi ke bilik persalinan.
YOU ARE READING
APOCALYPSE Z
ActionAnime Festival 2026 akan berlaku tak lama lagi. Vtuber-vtuber Malaysia bakal bercollab dengan Anime Festival untuk meriahkan lagi event itu. Dengan kejutan, 2 kumpulan Vtuber dari Nijisanji dan juga seorang lagi vtuber indipendent dari luar negara b...