Di pagi hari yang dingin, AL mengejut Isya. Sungguh liat Isya untuk bangun daripada katilnya yang empuk. Katil bersaiz King itu hanya khas untuk dia seorang. AL disuruhnya untuk tidur di atas sofa.
" Eee, awal lagi lah abang. Lek ah. " Isya bercakap dalam keadaan mamai.
" Awal kejadahnya? Engkau tu, aku dah suruh packing baju, kau tak packing. Pergi packing sekarang, lepas Zohor kita nak pindah. " tegas Amir Lufias. Pantang dirinya apabila pekerjaan yang disuruh tidak dibuat. Ada satu cerita dahulu, dia memarahi anak majikannya kerana kerja sekolahnya tidak pernah siap. Sejak daripada itu, dia menjadi geram apabila sesuatu kerja itu tidak dilakukan mengikut arahan.
" Okay. " Isya membalas percakapan AL. Dia masih sedap tidur di atas katil sehingga mengundang kemarahan Amir Lufias. Tubuh Isya diselubungi selimut yang sejuk hingga menyebabkan dia malas untuk bangun daripada katilnya itu.
" Eee, perempuan ni. Ada jugak aku tarik selimut dia karang. " ngomel AL di dalam hati.
" One. Two. Three! " AL menarik selimut milik Isya sehingga dia terjatuh ke lantai.
" Arhhhh! Sakit lah! Apa masalah kau ni? " Isya memarahi Amir Lufias kerana bertindak sebegitu.
" Padan muka kau. Siapa suruh tak reti bangun. Itu balasan untuk kau. Satu Kosong. " AL gelak melihat Isya yang kesakitan kerana jatuh dari atas katil itu. Lalu, AL mengambil tuala dan masuk ke bilik air.
" Woi! Aku tak boleh bangun ni! Tolong lah abang AL ! " Isya meminta tolong kepada AL kerana dia tidak boleh bangkit akibat sakit di pinggang.
Malangnya AL lansung tidak menghiraukan akan keadaan Isya ketika itu. Isya menangis kerana kesakitan. Setelah satu jam Amir Lufias tidak menghiraukannya, Isya mengambil keputusan untuk meminta pertolongan daripada adik iparnya iaitu Lily.
____________________________________________
" Thank you Lily sebab bawakan aku ke sini. Nak harapkan AL tu? Emmm, hampeh. " Isya jalan terjengket-jengket keluar daripada klinik itu.
" Apa guna adik ipar kan kan kan? Tapi, kau jugak yang nak abang dulu. Now, dah dapat. Kau pulak yang merengek kata kejam. Hahaha. " balas Lily.
Isya hanya mampu gelak ketawa akan kata-kata adik iparnya iaitu Lily atau dikenali juga sebagai sahabat baiknya.
____________________________________________
Haziq mengajak kekasihnya iaitu Qie ke sebuah shopping mall. Pada masa itu, Mardiah dan Fyza juga ke destinasi yang sama. Mar terkejut melihat Haziq keluar bersama gadis lain. Mar memberanikan diri untuk menegur Haziq. Fyza hanya mampu berdiri di belakang Mardiah.
" Hi Haziq. " ujar Mardiah.
Haziq terkejut akan kehadiran Mardiah di situ. Haziq berfikir mahu dikelentong apa dengan Mardiah. Pastinya Mardiah akan terluka melihat dia bersama gadis lain.
" Eh. Mardiah , Fyza. Buat apa sini? " balas Haziq.
" Memang shopping mall ni milik abah kau kan? Oh lupa, memang milik abah kau. Sebab tu kau sanggup nak CURANG dengan si Mar ni kan? " Fyza mencelah. Hatinya sungguh geram melihat perbuatan Haziq yang curang terhadap kawan baiknya.
Mar hanya mampu memukul peha Fyza sahaja sambil menjengkilkan mata.
" Sorry. Kitorang saja je jalan-jalan. Haziq buat apa sini? Perempuan ni macam Mar kenal lah. Budak kelas 5 Madu kan? " ujar Mar.
" Hi. Saya Qie. " Qie ingin bersalaman dengan Mardiah dan Fyza. Malangnya, hanya Mardiah sahaja yang menyambut salamnya.
" Patutlah. Kesian kau Mar. Dapat madu dari kelas 5 Madu. Patutlah dia dapat masuk kelas 5 Madu. Rupa-rupanya kerja dia nak menghancurkan relationship orang. " Fyza membalas dengan kata-kata yang pedas.
YOU ARE READING
Suamiku Guru Tuisyen?
Random" Yup, demi cintaku kepada abang Muhammad Amir Lufias akan ku sanggup memasuki kelas tuisyennya. Hahahaha " Penuh dramatik Isya menjawab soalan Lily. " What?! Kena kahwin?! " Terkejut beruk AL dibuatnya. Adakah cinta Tun Qhalesya Binti Muhammad Irfa...