Hari demi hari, bulan berganti bulan, sudah 8 bulan Tun Qhalesya hidup tanpa suaminya di sisi. Perut Tun Qhalesya juga sudah membesar. Hanya tinggal tunggu masa sahaja untuk bersalin. Isya duduk di gazebo milik ibu bapanya.
" Isya . . " Ayeed menegur adiknya itu.
" Eh, Abang. Duduk lah. " Pelawa Tun Qhalesya.
" Isya taknak sambung study ke? Result Isya bagus. 4 A+ 2A- 2 B+ 1 B . Takkan taknak sambung study? " soal Ayeed.
" Abang, bukan taknak. Tapi Abang sendiri boleh tengok condition Isya macam mana sekarang ni. Isya kena fokus jaga baby dalam kandungan ni. At least Isya kena tunggu umur baby ni setahun , baru boleh bagi orang jaga. " balas Tun Qhalesya.
" Baby tu nanti Mummy and Daddy boleh uruskan. Tak susah. Jangan bagi orang luar jaga. By the way, dah ada nama? " soal Ayeed.
" Memang itu pun yang Isya fikir sekarang. Isya takkan bagi orang luar jaga anak Isya. Nama? Hmm, Isya ingat nak letak nama Tun Norain Nazihah. " jawab Tun Qhalesya.
" Lagi sorang baby nama apa ? " tanya Ayeed
" Tun Noraslinda Hanisah. " balas Isya.
" Woah, sedapnya nama! Pandai adik abang ni pilih. " puji Ayeed kepada adiknya.
" Tengok lah adik siapa. " balas Isya sambil tersenyum.
Qhayeed membuat muka.
___________________________________________Isya menutup televisyen lalu menaiki tangga untuk ke biliknya. Perutnya sudah sarat. Isya sudah kepenatan menaiki tangga. Perutnya tetiba sahaja menjadi sakit. Sudah sampai masanya Isya untuk bersalin.
" Arghhh! " Isya jerit. Isya terduduk di tangga sambil memegang tempat pemegang tangga.
" Mummy! Daddy! " Isya menjerit memanggil kedua ibu bapanya. Isya menjerit kesakitan. Isya menarik nafas dan kemudiannya menghembuskannya semula.
" Bik Mah! Tolong! Tolong! " jerit Isya yang kebetulannya orang gajinya itu lalu di situ.
" Ehh, Cik Isya. Kenapa ni? " soal Bik Mah.
Isya hanya mendiamkan diri sahaja tetapi jarinya menunjukkan ke arah perut.
" Huish, air ketumban Cik Isya dah pecah ni. Cik Isya nak beranak dah?! Jap jap, Bik Mah call ambulans. " ujar Bik Mah yang kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya untuk call ambulans.
" Sabar ye Cik Isya, Bik Mah tengah call ni. "
____________________________________________
" Alololo, comelnya baby ni. " Ujar Daddy Isya.
" Eh, mestilah. Tengok lah Bonda dia siapa. Kan baby kan? " Jawab Mummy Isya.
Isya tersenyum melihat kehadiran dua cahaya matanya.
" Ermmm, Isya. Abang dah tolong daftarkan nama baby ni. Sorang Tun Norain Nazihah Binti Muhammad Amir Lufias and sorang lagi Tun Noraslinda Hanisah Binti Muhammad Amir Lufias kan?" Ujar Ayeed.
Isya mengangguk. Tetiba sahaja Isya menjadi sebak apabila mendengar nama suaminya itu.
" Akak, akak jangan lah sedih. Nanti Teena carikan boyfriend baru untuk akak okey? " kata Qhisteena.
" Eee, sengal lah adik akak sorang ni. " balas Isya.
Teena hanya balas dengan menayangkan giginya sahaja.
" Harap-harap Ain and Linda ni akan mengembalikan keceriaan dalam hidup Isya kan Daddy, Mummy? " soal Isya.
" Ya, sayang. " balas Mummynya.
" In shaa Allah. Aminnnn. " balas Daddynya.
" Aminnnnn. " ujar Ayeed dan Teena yang turut mengaminkan doa adik dan kakaknya itu.
" Haaa, Ayeed. Apa kata kamu azankan anak buah kamu ni. " soal Fatin Kamariah.
Ayeed menjadi teragak-agak.
" Okey. " balas Ayeed.
Lalu, Ayeed pun mengazankan kedua-dua anak buahnya itu.
____________________________________________
" Abang, saya dah ada calon terbaik buat anak kita. " ujar Ainie Chiu yang sedang bermain dengan telefon pintarnya.
" Haih, siapa pulak? " soal suaminya.
" Ni. " Ainie Chiu menunjukkan gambar seorang wanita di telefon pintarnya.
" Airyna Sofea? "
Ainie Chiu mengangguk.
" Anak kita tu, dahlah lupa ingatan. Kita tak tahu apa yang terjadi antara dia dengan Airyna sampai diorang break up dulu. " jawab suaminya.
" Eh, kesah pulak saya. Yang penting esok Airyna akan datang sini and jaga Amir. " balas Ainie Chiu.
" Suka hati awak lah. " Suaminya hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat perangai isterinya.
____________________________________________
" Assalamualaikum Aunty Ainie! " ucap Airyna Sofea di hadapan pintu rumahnya.
" Waalaikumussalam. Haa, Airyna. Dah sampai pun. " balas Ainie Chiu.
Sebaik sahaja Ainie Chiu membuka pintu, Airyna Sofea bersalaman dan berpelukkan dengan Ainie.
" Amir kat atas. Pergilah jenguk. Jangan lupa bagitahu kat Amir yang Airyna ni girlfriend dia tau? " hasut Ainie Chiu.
Airyna menunjukkan tanda okey kepada Ainie. Airyna terus menaiki tangga ke bilik Amir Lufias. Dia mengetuk pintu bilik Amir lalu dibukanya. Dia melihat keadaan Amir yang sedang terbaring. Airyna menjadi sebak.
" Hi Amir. " ucap Airyna Sofea.
" Hi. Awak siapa? " Soal Amir Lufias.
" Awak tak ingat saya? " tanya Airyna Sofea.
Amir Lufias menggeleng.
" Saya tunang awak. See. " balas Airyna Sofea sambil menunjukkan cincin di jari manisnya.
" Saya tak ingat pun yang saya dah ada tunang? " ujar Amir Lufias.
" Haih, cemana awak nak ingat kalau memory awak dah lost? " balas Airyna.
" Maaf Tuan Amir. Ini bubur ayam kegemaran Tuan Amir saya dah siapkan. " Ujar pembantu rumah yang membawa dulang makanan.
" Bawa ke sini. Biar saya suapkan. " balas Airyna Sofea.
Lalu, pembantu tersebut membawa dulang makanan itu ke Airyna Sofea.
" Terima Kasih. " ucap Airyna Sofea.
Pembantu rumah itu mengangguk lalu terus keluar daripada bilik tersebut dan meninggalkan Amir dan Airyna.
" Nahh , makan. Saya suapkan. " kata Airyna Sofea sambil mennyuap sudu yang dipenuhi dengan bubur ayam kegemaran Amir Lufias.
Lalu, Amir Lufias memakan bubur tersebut.
" Terima Kasih. " ucap Amir Lufias.
Airyna Sofea tersenyum.
__________________________________________
YOU ARE READING
Suamiku Guru Tuisyen?
Acak" Yup, demi cintaku kepada abang Muhammad Amir Lufias akan ku sanggup memasuki kelas tuisyennya. Hahahaha " Penuh dramatik Isya menjawab soalan Lily. " What?! Kena kahwin?! " Terkejut beruk AL dibuatnya. Adakah cinta Tun Qhalesya Binti Muhammad Irfa...