" Isyaaaaaa! Bangunnn! dah pukul berapa dah ni " jerit seorang wanita berusia 40-an. Ya, itu ialah Mummy aku yang bernama Tun Fatin Kamariah Binti Tun Esmael.
" Mahu bergegar satu rumah kalau Mummy jerit " ngomel Isya dalam hati. Isya merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Seorang gadis yang sangat lawa. Mempunyai rambut yang lurus tanpa perlu pergi ke salon. Kulitnya yang halus mulus dan wajahnya seperti orang berkacukan darah Arab ini pasti akan memukau semua mata-mata. Mana tidaknya, Mummynya merupakan darah kacukan Arab. Sudah semestinya anaknya
juga mempunyai wajah sebegitu." Okay, Mummy. Isyaa dah bangun ni. " Balas Isya.
" Lepas mandi. Turun sarapan. Daddy tunggu bawah. " Pintu Isya diketuk oleh seorang lelaki yang berusia 50-an. Itu ialah Daddy aku. Nama dia Muhammad Irfan Bin Luthman.
" Okayy Daddy ! " Isya membalas.
" Hi Mummy! Hi Daddy! " Tegur Isya sambil mencium pipi kedua ibu bapanya.
" Isya, harini Daddy tak dapat hantar kamu. Pak Mad akan hantar kamu ke sekolah. Harini Daddy ada mesyuarat penting di Johor. " Kata Pengurus Besar di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur.Belum sempat Isya menyuap sandwich yang dibuat oleh Mummy nya, Isya terus bermasam muka dan mengambil bag sekolahnya lalu masuk ke dalam kereta tanpa bersalaman dengan kedua ibu bapanya. Mummy dan Daddynya berpandangan. Mummynya hanya mampu menggelengkan kepala melihat tingkah laku anak keduanya itu.
" Ish ! asyik-asyik busy busy busy! Bila entah tak busy nya! Menyampah ada keluarga yang busy setiap hari . Sampai anak sendiri diabaikan. Kalau ada abang, laju je tak busy. Kalau aku ? Eee. " Ngomel Isya dalam hati masa di dalam kereta. Pak Mad hanya mampu melihat tingkah laku anak majikannya yang sambil membuat gaya sedang marah.
"Pak Mad. Harini takperlu ambil Isya. Isya nak keluar dengan geng. "
" Tapi Cik Isya . . . "
" Tak perlu tapi tapi. Just follow what I say. Bye Pak Mad. " Terus Isya keluar dari kereta tanpa bersalaman dengan Pak Mad. Isya terus berjalan mencari gengnya. Malangnya Isya ditahan ketika ingin memasuki pagar sekolah oleh seorang pengawas lelaki yang dia paling benci iaitu Haziq.
" Eh. Awal pulak Tun Qhalesya Binti Muhammad Irfan ni datang " Isya disapa oleh Haziq.
" Ahhh, ni lagi sorang. Menyibuk hal orang apehal ? " ngomel Isya di dalam hati. Tanpa membalas kata Haziq, Isya terus berjalan sambil menjeling Haziq. Bukannya Isya membenci Haziq, Isya cuma kekadang benci akan perangai Haziq yang menjengkelkan itu. Hampir satu sekolah tahu bahawa kawannya iaitu Mardiah bercinta dengan Haziq.
" Tak marah pulak Cik Isya kita ni. " kata Haziq.
" Hi Gang. " sapa Isya dengan gengnya tanpa menunjukkan riak wajah yang gembira semasa masuk ke kelas.
" Eh. Hi Isya! Apahal muka kau masam je pepagi ni? Selalunya kau lah orang yang paling hyperactive dalam kelas ni. By the way, kau dah siap homework yang Cikgu Zarif bagi tak? Harini dia nak " Balas Afiza sambil senyum seperti kambing busuk.
" Kau ni kalau pepagi tak mintak homework dan tanya pasal homework boleh tak? Rimas pulak aku. " Isya melenting.
" Sorrylah beb. Aku just tanya je " Afiza menjadi takut-takut.
" Ada soalan yang aku tak siap. Ambil dalam beg sana. "
" Thanks Isya! Kaulah kawan dunia
akhirat aku. " Balas Afiza dengan perasaan gembira.
YOU ARE READING
Suamiku Guru Tuisyen?
Overig" Yup, demi cintaku kepada abang Muhammad Amir Lufias akan ku sanggup memasuki kelas tuisyennya. Hahahaha " Penuh dramatik Isya menjawab soalan Lily. " What?! Kena kahwin?! " Terkejut beruk AL dibuatnya. Adakah cinta Tun Qhalesya Binti Muhammad Irfa...