" Semua dah siap? " soal Tok Kadi.
Ramai yang mengangguk.
" Boleh saya mulakan sekarang? " soal Tok Kadi lagi sekali.
Amir Lufias hanya mendiamkan diri sahaja.
" Ya, sudah. " balas bapa Airyna Sofea.
" Muhammad Amir Lufias Bin Firdaus Azman. " kata Tok Kadi.
" Ya saya. " balas Amir Lufias.
Tun Qhalesya hanya menundukkan kepalanya sahaja. Dia tidak sanggup bermadu dengan bekas gurunya sendiri. Madunya jauh lebih berumur daripada dirinya.
" Aku nikahkan dikau dengan . . . " belum sempat Tok Kadi menghabiskan kata-katanya, Airyna Sofea mengeluarkan suaranya.
" Stop ! " jerit Airyna Sofea sambil berdiri.
" Hei! Kenapa ni Sayang? " soal ibu Airyna Sofea.
" Saya nak batalkan wedding ni! " jelas Airyna Sofea.
Amir Lufias dan Tun Qhalesya mula memandang sesama sendiri.
" Tapi kenapa? " soal Ainie Chiu.
" Cinta Amir hanya untuk Isya. Not for me. Saya takkan mungkin rampas kebahagiaan orang lain demi kepentingan sendiri. " terang Airyna Sofea.
" What are you trying to talking about, Airyna ? " soal Ainie Chiu.
" Aunty, I'm sorry. Saya takboleh teruskan wedding ni. Saya kesiankan Amir. Maaf Aunty. " jelas Airyna Sofea.
Ainie Chiu hanya mendiamkan diri sahaja.
Airyna Sofea pergi ke tempat duduk Tun Qhalesya lalu memimpinnya bangun dan pergi ke arah Amir Lufias. Airyna Sofea mengambil tangan Tun Qhalesya dan Amir Lufias lalu disatukan.
" Semoga cinta korang sampai ke Jannah. " kata Airyna Sofea. Lalu Tun Qhalesya memeluk Airyna Sofea.
" Thanks Cik Airyna. " kata Tun Qhalesya.
" You're welcome. Jaga Amir elok-elok. " balas Airyna Sofea.
" Amir, I nak mintak maaf atas segala kesalahan I selama ni terhadap you. I dah menyesal. " kata Airyna Sofea sambil melemparkan senyuman yang manis.
" Takpe, I dah maafkan. And thank you sebab you faham apa kehendak I. I really-really apreciate it. " balas Amir Lufias.
" Anything for you. " balas Airyna Sofea lalu beransur memberikan laluan kepada Ainie Chiu untuk berkata-kata.
" Isya . . . " panggil Ainie Chiu.
" Yes Mama? " balas Tun Qhalesya.
Ainie Chiu terus memeluk Tun Qhalesya dan mengalirkan air matanya.
" Mama nak mintak maaf sebab dah pisahkan kamu dengan Amir. " kata Ainie Chiu sambil menangis teresak-esak.
" Takpe Mama. Yang dah lepas tu biarlah lepas. Now, kita open buku baru okey? " balas Tun Qhalesya.
Ainie Chiu tidak mampu berkata-kata lagi kerana air matanya tidak berhenti-henti mengalir.
Lalu Amir memeluk ibu dan isterinya secara serentak.
____________________________________________
' Sekarang aku dah dapat balik kebahagiaan aku. Cuba teka anak aku dah berapa dah sekarang ni? Haaa, salah! Dah ada 5 orang tau. Dua kembar. Yang lagi tiga tu single single single. Anak ketiga nama dia Tun Nur Atiqa Hanna. Yang keempat tu pulak, Tun Muhammad Areez Farhan. Haa, yang baby tu pulak Tun Muhammad Areen Fareez. Apa? Macam mana dapat anak banyak? Mana ada banyak. Dua tahun seorang je. Sekarang ni, usia perkahwinan kitorang dah mencecah 10 tahun tau. '
' Airyna Sofea? Dia dah jadi model hijab. Alhamdulillah, dia dah insaf selepas kes dia batalkan wedding tu. " tulis Tun Qhalesya di dalam diarinya.
" Bonda! Jom main dengan adik-adik kat depan! " kata Ain yang sudah berusia 7tahun.
Lalu, Tun Qhalesya menutup buku diarinya dan memegang tangan Ain ke ruang tamu. Di ruang tamu terdapat Mummy, Daddy, Amir Lufias, Qhayeed, Qhisteena, Ain, Linda, Hanna, Areez, Areen dan Afiqah.
" Haa, mesti korang tertanya-tanyakan apa kaitan Afiqah kan? Afiqah sekarang merupakan kakak ipar aku. Kalau korang ingat cerita pasal Afiqah, korang mesti tahu. " ngomel Tun Qhalesya di dalam hatinya.
Qhisteena pulak sekarang bakal menyambungkan pelajarannya ke England. Maklumlah, mahu mengikuti jejak langkah abangnya.
" Sayang . . . " ujar Amir Lufias sambil menghulurkan segelas air jus epal.
" Ya saya? " balas Tun Qhalesya.
" Bila nak tambah lagi sorang? " soal Amir Lufias.
" Eh, tak cukup lagi ke? " tanya Tun Qhalesya.
" Mana cukup lagi. Abang nak pasukan team rugby. Baru cukup. " kata Amir Lufias.
Lalu Tun Qhalesya mencubit perut Amir Lufias.
" Eee, kalau orang lain nak team pasukan bola sepak. Abang pulak nak team rugby. " balas Tun Qhalesya.
" Sukahati Abang lah. Kalau nak sekarang boleh? " ujar Amir Lufias.
" Abanggg !! " jerit Tun Qhalesya.
Lalu Amir Lufias mengangkat Tun Qhalesya dan dibawanya ke bilik mereka berdua.
" Abang, semoga cinta kita ni sampai ke Jannah tau. " ujar Tun Qhalesya.
" In shaa Allah, Sayang. Amin. Abang akan sayang Sayang sampai bila-bila. Abang takkan tinggalkan Sayang lagi. Itu janji Abang. " balas Amir Lufias.
Tun Qhalesya hanya memberikan senyuman.
" Ready? " soal Amir Lufias.
Tun Qhalesya mengangguk.
* tuppp *
lampu bilik dimatikan.
" Ahhhhh. " jerit Tun Qhalesya.
Linda mendengar jeritan Bondanya.
" Nenda, kenapa dengan Walid and Bonda tu? " soal Linda.
Mereka yang berada di ruang tamu memandang Linda.
" Takyah masuk campur. Linda kecik lagi. Nanti dah besar, Linda tahu lah. Okey? " balas Fatin Kamariah.
" Alaa , Linda nak tahu jugak harini. " ujar Linda sambil memberontak membaling bantal ke arah Nendanya.
" Diorang nak dapatkan adik baru untuk Linda. " balas Fatin Kamariah.
" Ain! Kau dengar tak? Kita nak dapat adik baru lah! " jerit Linda.
" Eh? Biar betul?! " soal Tun Norain Nazihah.
Tun Noraslinda Hanisah mengangguk.
Lalu Ain dan Linda melompat-lompat keriangan.
- TAMAT -
p/s : Hi dan Assalamualaikum semua! First of all, Izzati nak berterima kasih kepada semua yang sudi membaca novel ' Suamiku Guru Tuisyen? ' dari bab 1 hingga ke bab yang terakhir ni. Izzati sangat menghargainya! Thank you so much gais! Sebelum tu, Izzati nak mintak korang doakan supaya Izzati lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2015. Jangan lupa ajak kawan-kawan korang untuk join baca novel Izzati ni okey? In shaa Allah lepas SPM, Izzati akan buat novel baru yang lebih menarik dan gempak! Akhir sekali, terima kasih lagi sekali ^^,
YOU ARE READING
Suamiku Guru Tuisyen?
Random" Yup, demi cintaku kepada abang Muhammad Amir Lufias akan ku sanggup memasuki kelas tuisyennya. Hahahaha " Penuh dramatik Isya menjawab soalan Lily. " What?! Kena kahwin?! " Terkejut beruk AL dibuatnya. Adakah cinta Tun Qhalesya Binti Muhammad Irfa...