" Abang, harini jom teman Isya pergi shopping nak tak? Isya nak beli baju comel-comel untuk Ain and Linda lah. " soal Tun Qhalesya.
" Boleh je. Memandangkan Abang pun tak busy harini. " balas Qhayeed yang sedang menonton televisyen.
" Okey, Isya pergi bersiap jap. " balas Tun Qhalesya yang terus pergi bersiap di biliknya.
" Okey, bawak Ain and Linda sekali. " ujar Qhayeed.
____________________________________________
Mereka berempat memasuki ke kedai-kedai yang menjual barangan bayi. Isya sedang memilih pakaian untuk anaknya itu. Tetiba sahaja Isya mendapat merasakan bahawa suaminya berada di sekitar itu. Isya menoleh ke luar kedai dan dia melihat suaminya bersama seorang wanita iaitu Airyna Sofea!
Beg-beg kertas yang dipegang oleh Tun Qhalesya terjatuh. Tun Qhalesya menjadi sebak. Air matanya sudah mula mahu turun. Di hadapan matanya, dia melihat suaminya masih hidup.
" Eh, kenapa bagi jatuh beg-beg ni? " soal Qhayeed.
Isya mengelamun.
" Haih, mengelamun pulak adik aku sorang ni. " Qhayeed bercakap sendirian
* pap *
Qhayeed menepuk tangannya di hadapan mata Isya. Isya tersedar daripada lamunannya.
" Haa, kenapa mengelamun ni? " soal Qhayeed.
" Amir still hidup. " balas Tun Qhalesya.
" Nonsense. Dia kan dah mati. Mayat dia pun, his mom dah bawak pergi luar negara. " ujar Qhayeed.
" No. Dia hidup lagi. Isya nak pergi jumpa dia kejap. " Isya terus berlari ke arah Amir Lufias dan Airyna Sofea.
" Abang! Isya rindu. " jerit Tun Qhalesya sambil memeluk suaminya itu.
Amir Lufias terdiam melihat tindakan Tun Qhalesya.
" Hei! What are you doing? Ini tunang I. " balas Airyna Sofea sambil menolak Isya hingga terjatuh.
" Tunang you? Dia ni husband aku tahu tak? Kau memang tak pernah puas eh kacau suami aku? Dari dulu lagi aku perhati. " soal Tun Qhalesya.
" Hello, dia tak kenal kau pun. So, jangan perasan yang dia ni husband kau. " balas Airyna Sofea.
" Abang, Abang ingat saya tak? Isteri abang? Ni anak-anak kita. Ain and Linda. " soal Tun Qhalesya sambil memegang tangan suaminya.
Amir Lufias menggelengkan kepalanya.
Tun Qhalesya tersentap.
" See? Dia tak kenal pun kau. So, go away please. Jangan ganggu kitorang lagi. Faham? Chau. " balas Airyna Sofea. Airyna Sofea membawa Amir Lufias pergi daripada Tun Qhalesya.
Tun Qhalesya menangis teresak-esak di depan khalayak ramai.
___________________________________________
" Ya Allah, Ya Tuhanku. Berikanlah ku petunjukMu. Berikanlah kesedaran kepada suamiku, Amir Lufias. Pulangkanlah dirinya ke pangkuan ku. Sesungguhnya aku amat menyayangi dirinya. Hanya padaMu ku meminta petunjuk dan pertolonganMu. Amin Amin Ya Rabal Alamin. " doa Tun Qhalesya selepas sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu Isyak.
Isya melihat kedua-dua anaknya yang sedang lena tidur di atas katil selepas diberikan susu badan. Isya sebak kerana mereka tidak dapat membesar dengan penuh kasih sayang yang secukupnya daripada ayah mereka.
" Ain. Linda. Bonda janji, Bonda akan dapatkan ayah kamu balik. Walaupun Bonda terpaksa berkorban nyawa. Asalkan kamu berdua dapat membesar dengan kasih sayang daripada seorang ayah. " ujar Tun Qhalesya lalu dia tertidur di samping kedua-dua anaknya.
____________________________________________
" Aunty! Cuba Aunty teka. Airyna jumpa siapa haritu masa nak beli barang kahwin? " soal Airyna Sofea.
" Mana lah Aunty nak tahu. Tanya Aunty pulak. Haih. " jawab Ainie Chiu sambil menuangkan air teh ke dalam cawan.
" Tun Qhalesya. " balas Airyna Sofea.
" What?! " terkejut Ainie Chiu mendengar nama itu. Sehingga teko itu terjatuh ke lantai.
" Ish Aunty. Be careful lah. Kan dah terjatuh teko tu. " balas Airyna Sofea.
" Oh God. Aunty pening kepala pulak tetiba bila dengar nama perempuan tu." kata Ainie Chiu.
" Laa, takpelah. Airyna balik dulu okey? Aunty get a rest tau? Bye. Assalamualaikum. " ujar Airyna Sofea.
" Waalaikumussalam. " jawab Ainie Chiu.
Ainie Chiu mengurut-urut kepalanya yang sedang pusing.
____________________________________________
" Mummy . . . " panggil Tun Qhalesya yang baru sahaja datang daripada dapur sambil membawa segelas air oren.
" Yes? " balas Mummynya yang sedang membaca majalah.
" Can I ask you something? " soal Tun Qhalesya.
" Sure. Apa tu? " tanya Fatin Kamariah.
" Betul ke Amir dah meninggal? " soal Tun Qhalesya.
Fatin Kamariah tersentap. Dia menutup majalah yang dibacanya dan kemudian memandang Tun Qhalesya.
" Betul lah. Kenapa? " balas Fatin Kamariah.
Tun Qhalesya tersengih.
" Thanks Mummy sebab tipu Isya. Petang tadi Isya baru je jumpa Amir. Cuma dia dah hilang ingatan. Dan yang paling sedih, paling bengang sekali, bila Isya dapat tahu yang dia dah bertunang dengan orang lain." ujar Tun Qhalesya.
" Mummy taktahu apa-apa pasal tunang tu. Yang Mummy tahu just Mama kamu yang mintak supaya jauhkan korang berdua. So, Mummy terpaksa menipu kamu. " terang Fatin Kamariah.
" Apa masalah Mama? Kenapa dia nak pisahkan kitorang? Isya ada buat salah kat dia ke? Dia taknak ke tengok cucu dia? Kembar lagi tu. " tanya Tun Qhalesya yang sudah mula meninggikan suara sedikit.
" Dia anggap kamu ni pembawa bala. Sebab bila Amir dengan Isya, Amir selalu accident. That's why dia nak jauhkan korang. " jelas Fatin Kamariah.
" Nonsense! " Isya mula marah. Lalu diminumnya air oren yang dibuatnya tadi.
Fatin Kamariah hanya mendiamkan diri sahaja.
____________________________________________
" Ain. Linda . . . Bonda dah jumpa Ayah korang. Tak lama lagi, In shaa Allah Ayah akan balik… Bonda promise Bonda akan bawak Ayah balik and kita akan tinggal kat rumah kita semula. " Ujar Tun Qhalesya yang sedang melihat anak-anaknya yang tengah lena tidur.
Isya tersenyum melihat kedua-dua puterinya sedang lena tidur. Pastinya mereka akan bertambah gembira apabila bapa mereka akan pulang dan memberikan kasih sayang yang secukupnya.
____________________________________________
YOU ARE READING
Suamiku Guru Tuisyen?
Разное" Yup, demi cintaku kepada abang Muhammad Amir Lufias akan ku sanggup memasuki kelas tuisyennya. Hahahaha " Penuh dramatik Isya menjawab soalan Lily. " What?! Kena kahwin?! " Terkejut beruk AL dibuatnya. Adakah cinta Tun Qhalesya Binti Muhammad Irfa...