" Okey semua pelajar. Masa dah tamat. Letakkan pen anda. Saya akan mula mengutip semua kertas. " Kata salah seorang penjaga peperiksaan itu.
Guru-guru yang menjaga pelajar di dewan peperiksaan itupun memulakan tugas mereka mengutip semua kertas jawapan. Setelah siap mengutip kertas, salah seorang guru tersebut mengira jumlah kertas jawapan untuk memastikan semua pelajar sudah menghantarnya.
" Okey, awak semua boleh balik. Sebelum tu, saya nak ucapkan tahniah kerana anda sudah habis menjawab peperiksaan SPM. Have fun ! " kata Ketua Penjaga Peperiksaan.
" Terima Kasih cikgu-cikgu. " kata Yuna.
Semua guru mengangguk.
Pelajar-pelajar mula keluar daripada dewan peperiksaan. Mereka menjadi tidak terkawal kerana baru lepas tamat menjawab Sijil Pelajaran Malaysia. Ada yang melompat-lompat, terjerit-jerit, berpelukkan dan sebagainya.
" Babe, gonna miss you guys. " kata Tun Qhalesya sambil berpelukkan dengan gengnya iaitu Lily, Mar dan Fyza.
" Jangan lupa aku wei ! " kata Fyza.
" Kalau aku takpe, mau setiap bulan hadap muka si Isya ni. Al-maklumlah kakak ipar kan. " balas Lily.
" Hmm, untunglah. " sindir Mar.
" Ala ala ala, In shaa Allah, nanti kita lepak sama-sama. Apa kata malam ni kita lepak Starbucks then tengok wayang. Nak tak? " kata Tun Qhalesya.
" Kitorang okey je. Asalkan . . . . " belum sempat Fyza menghabiskan kata-katanya, Isya menyampuk.
" Aku belanja. Don't worry. "
" Yeayyy ! " jerit Fyza dan Mardiah lalu dipeluknya Tun Qhalesya.
Lily hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah kawan-kawannya. Lalu mereka pun berjalan ke arah dewan terbuka bersama-sama. Mereka melihat Airyna Sofea berjalan ke arah mereka.
" Isya, saya nak berbincang sikit dengan awak. " kata Airyna Sofea.
" Okey. " balas Tun Qhalesya.
" Kantin? " tanya Airyna Sofea.
" Tak kisah. "
" Nak kitorang ikut ke? " kata Lily.
" Nope. Takpe. Aku boleh handle. Jumpa malam nanti. " balas Tun Qhalesya.
" Okay. Bye babe. " ujar Lily.
Lily, Mar dan Fyza bersalaman bersama Tun Qhalesya.
__________________________________________
" Apa yang Cik Airyna nak bincangkan? " tanya Tun Qhalesya yang sedang mengangkat baju sekolahnya untuk duduk.
" Okay, listen here. Amir Lufias tu, his mine and forever mine. So, can you stay away from him? I dah lama bercinta dengan dia. Tetiba you masuk line. Apa masalah you? " kata Airyna Sofea.
" Excuse me. Siapa cepat, dia dapat. Settle. Boleh saya balik sekarang? " balas Tun Qhalesya sambil memberikan riak wajah seperti malas melayan.
" Hey you! Kau ni takde adab eh dengan orang dewasa? Parents kau tak ajar ke? " tengking Airyna Sofea.
Tun Qhalesya mula bangun.
" For your information, Cik Airyna Sofea. Awak tak perlu nak ajar saya pasal adab, sebab diri awak pun ke laut. Awak ni, tak tahu batas-batas pergaulan ke? Lupa pulak, awak mana tahu kan? Sebab tu main slumber je pegang tangan suami orang kan? Okeylah, saya takde masa nak bincang dengan manusia bertopengkan syaitan ni. Got to go. Bye. " balas Tun Qhalesya yang terus pergi meninggalkan Airyna Sofea sendirian.
" Oi! I'm not done talking with you lah! Datang sini balik!" jerit Airyna Sofea.
Airyna Sofea menjadi geram melihat perbuatan Tun Qhalesya.
" Takpe Isya, kau bermain dengan api. Kau akan kena balik nanti. " ujar Airyna Sofea sendirian.
____________________________________________
" Abangggggg, malam ni Sayang nak keluar dengan kawan-kawan boleh tak? " tanya Isya kepada suaminya.
" Esok ajelah. Lagipun dah lewat ni. Esok keluar petang balik malam pun takpe. Malam ni kita busy Sayang. " balas AL sambil bermain dengan rambut Isya.
" Busy apa? Sayang tak janji apa-apa aktiviti pun kan? "
" Memang lah tapi memandangkan Sayang dah habis exam. Abang pun teringin nak ada baby dah. So, lepas solat Isyak ni boleh lah kita buat project ehem ehem. " balas AL sambil tersenyum.
" Errr, projek ehem ehem? Buat tutttt ke? " jawab Isya dengan matanya terbeliak.
Amir Lufias mengangguk.
" Oh okey. " Isya menelan air liur dengan dahinya berkerut.
____________________________________________
Selesai sudah solat Isyak. Isya bersalaman dengan Amir Lufias yang merupakan imam baginya.
" Sayang dah ready? " soal Amir Lufias.
Tun Qhalesya mengangguk sambil itu dia membuka ikatan di telekungnya.
" Serious ni? " soal Amir Lufias lagi sekali.
Tun Qhalesya masih mengangguk.
" Okey, jom. " Amir Lufias mengangkat Tun Qhalesya ke atas katil. Tun Qhalesya menjadi takut-takut. Amir Lufias membuka butang baju melayunya lalu lampu bilik dimatikan.
____________________________________________
Jam menunjukkan pukul 12:45 tengah hari. Amir Lufias baru sahaja bangun daripada tidurnya. Amir Lufias melihat keadaan biliknya yang bersepah dengan pakaian yang dipakainya semalam. Isterinya masih ketiduran kerana mungkin kepenatan melakukan malam pertama. Itulah yang ada di minda Amir Lufias sekarang. Amir Lufias tersenyum seorang diri kerana memikirkan perihal yang berlaku malam tadi.
Amir Lufias terus menyarungkan baju dan pergi ke bilik air untuk mandi. Setelah siap mandi, baru Amir Lufias mengejut isterinya.
" Sayang, wake up. Matahari dah naik atas kepala ni. "
Tun Qhalesya masih tidak bangun. Berkali-kali Amir mengejut isterinya tetapi matanya tidak terbuka-buka. Amir Lufias menyentuh dahi Isya. Dahi Isya panas.
" Sayang, Sayang demam eh? Jom pergi klinik. " soal Amir Lufias.
Isya menggelengkan kepalanya.
" Abang mandikan Sayang okey? Then kita pergi klinik tau? " ujar Amir Lufias.
Isya mengangguk. Lalu Amir Lufias mengangkat isterinya dan bawa ke bilik air untuk memandikan isterinya.
_________________________________________
" Encik, isteri Encik takde apa-apa. Cuma kepenatan sikit. " kata doktor lelaki itu.
" Oh. " balas Amir Lufias sambil mengangguk.
" Ini ada senarai ubat yang perlu isteri Encik makan. Ubat ni nanti ambil di kaunter ya. " kata doktor itu.
" Baik doktor. Terima kasih. " balas Amir Lufias sambil bersalaman dengan doktor lelaki itu.
Amir Lufias memegang tangan Tun Qhalesya dan berlalu keluar ke arah pintu keluar.
____________________________________________
YOU ARE READING
Suamiku Guru Tuisyen?
Random" Yup, demi cintaku kepada abang Muhammad Amir Lufias akan ku sanggup memasuki kelas tuisyennya. Hahahaha " Penuh dramatik Isya menjawab soalan Lily. " What?! Kena kahwin?! " Terkejut beruk AL dibuatnya. Adakah cinta Tun Qhalesya Binti Muhammad Irfa...