Bab 21 ❤

18.4K 487 19
                                    


" Auntyyyy Ainieeee . . . " terjah Airyna Sofea dalam senyap untuk mengejutkan Ainie Chiu yang sedang menyiram pokok bunganya.

" Ish Airyna ni! Terkejut Aunty. " ujar Ainie Chiu.

" Auntyyy meh meh duduk sini. " kata Airyna Sofea sambil menarik tangan Ainie Chiu.

" Eh eh, kejaplah. Bagi Aunty tutup paip air jap. " balas Ainie Chiu yang terus melepaskan tangannya daripada genggaman Airyna Sofea. Lalu Ainie Chiu terus menutup paip air dan terus duduk di meja santai di taman bunga rumahnya.

" Haa, ada apa? Kemain tergesa-gesa. " kata Ainie Chiu.

" Dua minggu je lagii. Oh ya, ini kek untuk Aunty. Favourite Aunty punya kek. " kata Airyna Sofea sambil menunjukkan dua jarinya di hadapan mata Ainie Chiu dan menghulurkan sekotak kek kepada Ainie Chiu.

" Dua minggu untuk? "

" My Wedding ! " balas Airyna Sofea, lalu diminumnya jus oren yang dibawa oleh Maid tadi.

" Ohh. Tak sabar-sabar ya? " soal Ainie Chiu sambil mencubit sedikit sepotong kek Chocolate Indulgence daripada Secret Recipe yang di bawa oleh Airyna Sofea.

" Of course lah, Aunty. Inikan yang Airyna dah lama idam-idamkan sejak bertahun-tahun dulu. Kahwin dengan Amir Lufias and I'll be Mrs. Amir " balas Airyna Sofea dengan gaya gediknya.

" Ye lah, Airyna. Eh, barang untuk semua wedding dah settle? Foods? Hotel? Invitation Card? Pelamin? Dress Pengantin? First Night? " soal Ainie Chiu dengan gelisah.

" Amboi Aunty. Kemain first night. Semua dah settle dah. Tinggal majlis untuk berlansung je. " balas Airyna Sofea.

" Alaa, Aunty memain je. Maklumlah, Aunty nak jugak bermain dengan cucu. Seronok jadi nenek ni, tengok telatah diorang bermain. " ujar Ainie Chiu.

" In shaa Allah, Aunty. I'll try my best, okay Aunty? Anything for you. " ucap Airyna Sofea sambil memegang tangan Ainie Chiu.

" Haa, okeylah Aunty. Dah lewat ni. Airyna nak kena pergi sekolah dah. Bye Aunty. " ujar Airyna Sofea lalu memeluk dan berlaga pipi bersama Ainie Chiu.

" Baiklah. Jaga diri tu. Drive leklok. Bye. " balas Ainie Chiu sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Airyna Sofea yang sudah memasuki kenderaannya iaitu kereta Swift berwarna merah.

____________________________________________

" Ku Benar-Benar Sayang ♬
Pada Dirimu Oh Kasihku ♬
Janganlah Engkau Ragu ♬
Pada Diriku ♬ "

Telefon pintar Tun Qhalesya berbunyi. Tertera nombor yang tidak dikenali menelefonnya. Isya menjadi teragak-agak untuk mengangkat panggilan tersebut. Akhirnya, Isya mengangkat juga.

" Hello? " soal Tun Qhalesya.

" Isyaaaa ! Ni aku Fyza. " jawab Fyza.

" Eh Fyza! Laa, dah tukar number rupanya. How are you? " tanya Tun Qhalesya.

" A'ah aku dah tukar number sejak lepas ambik result haritu. Malas semua dok tanya-tanya result aku. Aku Alhamdulillah, okey je. Kau? " soal Fyza semula yang baru habis kelas di kolejnya.

" Aku pun Alhamdulillah sihat. Siap anak dua lagi tu. " balas Tun Qhalesya.

" Fuh, anak dua. Eh, kau free tak malam nanti? Jom jumpa? Rindu doh. " soal Fyza lagi sekali.

" Oh, boleh boleh. Nanti kau text aku tempat cafe okey? Aku nak jaga anak jap. Bye. " balas Tun Qhalesya yang terbantut mahu menidurkan kedua-dua anaknya.

" Okey okey. Bye. Assalamualaikum. " balas Fyza.

" Waalaikumussalam. " Lalu panggilan telefon itu dimatikan. Beberapa minit kemudian, Tun Qhalesya menerima pesanan ringkas daripada Fyza.

" Jumpa kat cafe tempat lepak kita yang biasa masa sekolah dulu. "

____________________________________________

Tun Qhalesya membawa kedua-dua anaknya. Dia sedang menanti kehadiran sahabat lamanya iaitu Afiza. Sudah hampir 2 tahun tidak berjumpa dengan sahabatnya itu. Tun Qhalesya disapa oleh seorang gadis yang memakai tudung.

" Isya. " Tun Qhalesya disapa. Tun Qhalesya terkejut.

" Fyzaaaaa !! " Jerit Tun Qhalesya sambil berpelukkan dan berlaga pipi dengan sahabatnya itu.

" Isya, kau dah banyak berubah eh? Lawa kau pakai tudung sekarang ni. " ujar Fyza.

" Hahaha, kau pun sama lah. Tapi aku tengok kau macam makin berisi je. " balas Isya.

" Eh, memandai je kau. Aku ni maintain kurus tau. Lain lah kau, sampai anak tuhaaa dah dua. " perli Fyza sambil jarinya ditunjuk ke arah troli bayi.

" Amboi, itu kembar okey. " balas Isya.

Sedang mereka asyik bersembang, seorang pelayan lelaki menghampiri mereka dan memberikan menu makanan.

" Jap, kita order dulu. " ujar Fyza.

Fyza dan Isya melihat setiap satu menu yang ada di kafe tersebut. Pelbagai piliham makanan dan minuman telah ditambah ke dalam menu.

" Bagi saya Apple Juice and Carrot Susu. " ujar Isya kepada pelayan tersebut. Pelayan tersebut mencatat pesanan yang diterima.

" Saya pulak Ice Blended Guava. Makan pulak, Chicken Chop Special. Kuah blackpepper. " ujar Fyza.

" Lagi? " soal pelayan lelaki tersebut.

" Lamb Chop Special. Kuah blackpepper jugak. " balas Isya.

" Itu sahaja ke? " soal pelayan sekali lagi.

" Ya. Itu sahaja. " balas Fyza dan Isya serentak.

Lalu pelayan tersebut mengutip buku menu dan beransur ke dapur.

" Banyak dah berubah kan kafe ni? " soal Isya sambil mendukung Ain.

" A'ah. Terliur air liur aku tengok macam-macam menu baru tadi. " balas Fyza sambil memerhati kawasan di sekeliling kafe tersebut.

" Eh, baru aku perasan. Abang AL tak ikut ke? " soal Fyza.

Tun Qhalesya menggeleng.

" Kenapa? " soalnya lagi sekali.

" Kitorang accident two years ago. Dia lupa ingatan. Parents dia bawak dia jauh dari aku dengan alasan aku ni pembawa bala. " ujar Isya.

" What! Seriously? Diorang tahu tak yang kau dah ada anak? " soal Fyza.

Isya menggeleng.

" Tapi haritu aku jumpa Abang AL. Dia dengan si Airyna Sofea tu. Guru kelas kita tu. Aku cakap diorang ni anak dia , tapi dia just diam je. " balas Isya.

Pelayan lelaki tersebut menghantar minuman yang dipesan oleh mereka tadi.

" Thank you. " ucap Isya.

Pelayan tersebut mengangguk.

" Okey, ini memang pelik. Apehal Airyna Sofea tu ada dengan dia? " soalnya lagi.

" Bekas Girlfriend. " balas Isya.

" Oh. " balas Fyza lalu diminum air yang dipesannya sebentar tadi sambil melihat Linda yang sedang tidur di troli bayi.

____________________________________________

Suamiku Guru Tuisyen?Where stories live. Discover now