" Aku tak kira. Malam ni mesti kena mulakan operasi lari dari rumah jugak. Taktahan aku nak duduk dalam rumah ni lama-lama. Boleh jadi gila aku. "
Isya duduk di penjuru katil sambil berfikir. " Tapi, rumah siapa aku nak tinggal ? Rumah Fyza? No. No. No. Cannot. "
" Mardiah? Eee, lagi lah. "
Isya masih berfikir. Dia bangun lalu ke hulu ke hilir memikirkan siapa kawannya yang boleh diharapkan untuk membantu dirinya supaya lari daripada rumah.
Tetiba sahaja, Isya berhenti daripada berjalan dan tersengih seorang diri.
" Danny ! " itu terlintas difikirannya setelah penat berjalan setempat. Itu sahaja kawannya yang boleh dia harapkan.
___________________________________________
Isya menyimpan segala baju-bajunya di sebuah beg bagasi. Di dalam beg itu terdapat pelbagai jenis jenama baju , seluar , pakaian dalam , barang kecantikkan dan sebagainya.
Setelah Isya sudah siap berkemas, Isya terus membuka pintu biliknya. Jam menunjukkan pukul 1:30pagi, pastinya Abang Amir sudah tidur. " Masa untuk bertindak! " Isya tersenyum seorang diri.
Isya menarik beg bagasinya perlahan-lahan agar tidak berbunyi. Isya membuka pintu ruang tamu dan kemudian menguncinya semula setelah selamat keluar daripada rumah itu.
Isya cepat-cepat berlari ke arah lift. Isya menekan-nekan butang lift dan akhirnya pintu lift terbuka.
Isya berjerit keriangan di dalam hati setelah memasuki di dalam lift. Isya mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon Danish.
" Danish, I on the way turun ni. "
" I ada kat lobby ni. " Balas Danish melalui telefon bimbitnya.
" Okay, kejap lagi I sampai. " Isya mematikan perbualan mereka berdua.
Setelah Isya sampai di lobby, Isya mencari Danish. Danish dari jauh melambai-lambaikan tangannya ke arah Isya.
Isya memeluk Danish. Bagi mereka, mereka lansung tidak memikirkan mengenai hal halal dan haram.
Danish mengambil beg bagasi Isya dan tolong membawa beg itu sehingga ke tempat parking kereta.
Sewaktu di dalam kereta, pelbagai cerita Isya cerita kepada Danish. Isya berhenti bercerita sehingga sampai ke rumah kediaman keluarga Danish.
Isya keluar daripada kereta Danish manakala Danish mengambil beg bagasi milik Isya di bonet keretanya.
" Umii ! Dikdan dah balik. " Danish menjerit dari luar hingga ke dalam rumahnya boleh didengari.
Danish mengajak Isya memasuki ke rumahnya.
Seorang wanita yang berusia 40-an menuruni tangga. Itulah Umi Danish.
" Danish, siapa gadis yang jelita ni? " Umi kepada Danish memegang wajah Isya yang cantik itu.
Isya bersalaman dengan Umi nya Danish.
" Umi, kenalkan ni Tun Qhalesya. She will stay here for a few days. Boleh kan Umi? " Danish meminta keizinan daripada Umi nya.
" Of course she can. Why not? She can stay here for a rest of her life also can. Umi tak heran. " Dengan tangan terbukanya Umi membenarkan Isya untuk menginap di rumahnya.
" Thank you, Aunty . " Isya berterima kasih kepada Umi Danish.
" My pleasure, sayang. At least I have friend to chat. Kan Danish? " Wanita itu membalas.
YOU ARE READING
Suamiku Guru Tuisyen?
Random" Yup, demi cintaku kepada abang Muhammad Amir Lufias akan ku sanggup memasuki kelas tuisyennya. Hahahaha " Penuh dramatik Isya menjawab soalan Lily. " What?! Kena kahwin?! " Terkejut beruk AL dibuatnya. Adakah cinta Tun Qhalesya Binti Muhammad Irfa...