" Siapa perempuan haritu tu? Macam mana dia boleh kenal aku? Kenapa dia kata dia isteri aku? Kenapa dia kata itu anak-anak aku? " ngomel Amir Lufias sendirian dengan penuh persoalan di mindanya. Amir Lufias teringat akan kejadian dia berjumpa dengan Tun Qhalesya. Amir Lufias mula sakit kepala. Amir Lufias cepat-cepat mengambil ubat lalu ditelannya dan disertai bersama air kosong.
____________________________________________
" Hi Amir. " Ucap Airyna Sofea.
" Oh. Hi Airyna. " balas Amir Lufias yang sedang menonton televisyen.
" Jom pergi shopping nak tak? Beli barang for our wedding? I nak cari goodies for orang dewasa and kanak-kanak. " jelas Airyna Sofea yang memakai skirt hitam paras lutut dan blaus berwarna merah.
" Oh okey. But boleh tak you ubah penampilan you? Sakit mata I tengok. " kata Amir Lufias.
" Okey. I promise nanti I ubah penampilan. " balas Airyna Sofea.
Amir Lufias terus menonton televisyen.
____________________________________________
Tun Qhalesya duduk bersimpuh di hadapan almari. Dia mahu membuang pakaiannya yang menjolok mata. Sebagai seorang isteri dan seorang ibu, pastinya tidak mahu memakai pakaian sebegitu lagi. Semasa dalam proses mengemas almari, Tun Qhalesya terjumpa sehelai selendang berwarna merah jambu. Lalu dia bangun dan duduk di hadapan meja solek. Tun Qhalesya menyarungkan selendang itu di kepalanya.Tun Qhalesya tersenyum.
" Cantiknya anak Daddy pakai tudung. " ujar Daddynya.
" Eh eh, Daddy. " Tun Qhalesya terperanjat.
" Sesuai dengan Isya. Cantik. Bertambah manis Daddy tengok Isya pakai tudung. " pujinya lagi.
" Betul ke ni Daddy? " soal Tun Qhalesya.
Daddynya mengangguk.
" Kalau Isya terus pakai tudung boleh tak? " soal Tun Qhalesya lagi sekali.
" Mestilah boleh. Isya kan dah jadi seorang isteri dan seorang ibu, Isya kena lah jaga aurat. " terang ayahnya lagi.
" Okey Daddy. Terima kasih sebab bagi sokongan. " balas Isya sambil memeluk Daddynya itu.
" Sama-sama. "
____________________________________________
" Sayang sayang, tengok baju pengantin ni. Lawa kan? " soal Airyna Sofea.
Amir Lufias terdiam. Dia tetiba sahaja teringat detik-detik memilih baju pengantin bersama Tun Qhalesya. Amir mula mengingat beberapa dialog antara dia dan Tun Qhalesya semasa Tun Qhalesya mencuba baju pengatin.
" Abang AL, ni okay tak? " Isya bertanya.
" Hello Abang AL? " Isya melambai-lambai tangannya di hadapan AL.
" Helloo youuuuu. " Airyna Sofea melambai-lambai.
" Opps, sorry. Yes? Apa yang you tanya tadi? " Soal Amir Lufias.
" Yang ni okey tak? " tanya Airyna Sofea.
Amir Lufias hanya mengangguk.
" Macam tak okey je. " Airyna Sofea merajuk.
" No. Serious you okay. You nampak cantik. " puji Amir Lufias.
" Okey. Kita ambik warna emerald green ni tau? " soal Airyna Sofea.
Amir Lufias mengangguk sambil memberikan senyuman.
____________________________________________
" Isya, lusa Mummy and Daddy kena pergi Sarawak. Daddy ada meeting kat sana. And kebetulan Aunty Syira ada bukak second Butik Cynta kat sana. So, itu yang Mummy ikut Daddy ke sana. Jaga diri and cucu-cucu Mummy okey? " jelas Fatin Kamariah yang sedang bermain dengan Ain dan Linda.
" Oh okey. Jangan risau pasal Ain and Linda. Mummy and Daddy tu haa, take care kat sana. " balas Tun Qhalesya dengan nada yang sebak.
" Kenapa sedih ni? " soal Fatin Kamariah.
" Takde apa. " balas Tun Qhalesya sambil menggelengkan kepalanya.
" Tell me. " ujar Fatin Kamariah.
" Butik Cynta tu kan . . . " Tun Qhalesya tidak menghabiskan kata-katanya.
" Kenapa dengan butik tu? " Soal Fatin Kamariah.
" Butik Cynta tu kan tempat Isya and Amir beli baju pengantin dulu. Isya rindu Amir. Itu je. " jelas Tun Qhalesya.
" Oh sorry. Mummy tak berniat nak lukakan hati princess Mummy ni. " pujuk Fatin Kamariah.
" Hee, takpelah Mummy. Isya pun dah 19 tahun. Anak dua orang lagi tu. Isya dah sado. " terang Tun Qhalesya yang cuba menyembunyikan kesedihannya.
Lalu Fatin Kamariah terus memeluknya sambil menggosok-gosok belakangnya anak puterinya itu.
____________________________________________
" Kak Sya oh Kak Sya. " jerit Qhisteena sambil memanggil kakaknya yang sedang menonton televisyen.
" Kenapa? " soal Tun Qhalesya.
" Akak tahu tak Rabu minggu depan ada apa? " tanya Qhisteena sambil tersengih-sengih.
" Entah. Tak ingat. Malas nak ambik tahu. " balas kakaknya yang sedang mendukung Linda.
" Eeee, akak ni. Cuba ingat balik kejadian 2 years ago. "
Isya terdiam. " Malas lah ingat. Just straight forward lah dik oi. "
" Taadaaa, your birthday! " balas Qhisteena sambil menunjukkan gambar Tun Qhalesya bersama Encik Mimpi dan Amir Lufias.
Tun Qhalesya merampas.
" Kau jangan sesekali usik barang aku boleh tak? " tegas Tun Qhalesya.
" Maaf. Teena tak sengaja selongkar. " balas Qhisteena.
" Apa bising-bising ni? " soal Qhayeed.
" Nihaa, adik abang kesayangan abang ni. Selongkar bilik Isya. Main selamba je masuk bilik orang. " marah Tun Qhalesya.
" Laa, itu je? Haih. Teena, lain kali jangan buat macam tu. Kan Kak Sya tak suka. " Qhayeed memujuk Qhisteena yang sedang menangis.
Ain dan Linda juga turut menagis akibat terdengar suara marah ibunya itu.
" See. Ain dengan Linda pun nangis tengok kau nangis. " marah Tun Qhalesya.
Isya mendukung Ain manakala Ayeed mendukung Linda. Isya dan Ayeed memujuk Ain dan Linda supaya berhenti menangis.
Teena terus berlari memasuki biliknya dan menghempas pintu biliknya. Isya dan Ayeed berpandangan. Nasib sahaja ibu bapa mereka tiada di rumah kerana pergi ke luar negeri. Kalau tidak, pastinya mereka bertiga akan dimarahi oleh ayahnya iaitu Muhammad Irfan.
____________________________________________
" Aku dapat rasakan perempuan tu ada ikatan dengan aku. " ngomel Amir Lufias sendirian sambil menggosok gigi di hadapan cermin di bilik air.
Kemudian Amir Lufias berkumur-kumur membasuh giginya. Amir Lufias kembali ke katilnya dan membuka satu album. Semasa album itu dibuka, terdapat satu gambar terjatuh di pehanya. Amir Lufias memerhati gambar perkahwinan tersebut. Terdapat gambar dia bersama Tun Qhalesya. Di belakang gambar tersebut tertulis " I Love You Till Jannah, Tun Qhalesya Muhammad Irfan ♥ "
Amir terdiam.
____________________________________________
YOU ARE READING
Suamiku Guru Tuisyen?
Random" Yup, demi cintaku kepada abang Muhammad Amir Lufias akan ku sanggup memasuki kelas tuisyennya. Hahahaha " Penuh dramatik Isya menjawab soalan Lily. " What?! Kena kahwin?! " Terkejut beruk AL dibuatnya. Adakah cinta Tun Qhalesya Binti Muhammad Irfa...