Chapter 2

594 24 3
                                    

Selesai saja solat subuh, Naufall melabuhkan diri diatas katil lalu membawa keluar sesuatu dari dalam laci nightstand ditepi katil itu. Dia tatap 'sesuatu' itu.

Adam yang lalu dihadapan bilik Naufall itu terhenti langkahnya apabila perasan Naufall duduk diatas katil sambil membelek seutas gelang. Adam menolak pintu yang sememangnya tidak tertutup itu lalu melangkah masuk. Naufall mengangkat kepalanya memandang kearah Adam. Satu senyuman dihadiahkan.

Adam melabuhkan diri dibirai katil bilik itu. "Sejak bila anak papa jadi bapuk ni?" Soal Adam. Naufall yang mendengar itu hanya mengerut dahi. Siapa yang papanya maksudkan? "Siapa?" Soal Naufall.

"Tu cicak tu anak papa," sindir Adam sambil menunjuk kearah seekor cicak yang berada didindin. Naufall tersengih. "Papa, abang!" Adam dan Naufall serentak menoleh kearah suara itu. "Ehh Nawra, meh sini duduk," Nawra sekadar mengangguk. Duduk dilabuhkan diantara Adam dan Naufall.

"Bila abang balik? Nawra rindu abang,"luah Nawra seraya memeluk tubuh abangnya. Naufall membalas pelukan itu. Tangan naik mengosok kepala adiknya yang tidak berlapik itu. "Kau dah solat?" Soal Naufall lembut. Wajah adiknya ditatap penuh kasih sayang. Nawra mengangguk laju mengiyakan pertanyaan daripada abangnya itu.

Nawra menjauhkan diri daripada abangnya lalu menatap sesuatu ditangan abangnya. "Mana abang dapat gelang ni?" Soal Nawra seraya merampas gelang itu dari pegangan abangnya. Adam sekadar melihat. "Entah," balas Naufall.

Nawra membaca tulisan pada gelang itu.

Cendana Arissa Hariz.

"Macam kenal nama ni,"ujar Nawra sambil memikir. "Siapa?" Soal Adam. "Tak silap Nawra nih nama classmate Nawra waktu Nawra form 4 tapi dua minggu lepas Nawra sekolah situ, dia pindah. Takde siapa tau kenapa dia pindah," terang Nawra panjang lebar.

"Dia pindah Perlis tinggal dengan mak saudara dia sebab rumah dia terbakar. Umi dan ayah dia meninggal waktu tu," beritahu Naufall datar. Nawra berkerut dahi. Macam mana abangnya tahu? "Macam mana abang tau?"

"Abang ada dekat tempat kejadian," balas Naufall lalu kembali menyimpan gelang itu kedalam laci. Dia bangun menuju kebilik air. Adam dan Nawra sekadar menghantar langkah Naufall dengan ekor mata. "Papa rasa Naufall dah tercatch feeling dengan apa nama tuh Cendawan?"

"Cendana lah papa," perbetul Nawra

"Ha Cendana,"

"ALONG nak pergi kolej dah ke?" Soalan Nawra itu dibalas dengan anggukkan saja. Duerrlla mengucup tangan papanya lalu melangkah keluar dari rumah. "Fal tak kerja harini?" Naufall menggelengkan kepalanya.
"Nawra pulak?"

"Tak," balas Nawra sambil mengunyah makanan. Adam mengangguk faham. "Bila along akad nikah?" Soal Naufall tiba tiba. "Minggu depan, hari selasa," balas Adam.

"Kenduri buat bila?" Soal Nawra pula. "Esok tu," jawab Adam lalu menyuapkan puding roti yang dibuat oleh Naufall itu kedalam mulut. "Ermm sedap jugak Fal masak," puji Adam. Naufall sekadar mendehem.

Naufall bangun dari duduknya lalu melangkah menuju kesinki untuk mencuci tangan sekaligus pinggan mangkuk yang berada didalam sinki itu. "Aii sikitnya makan?" Soal Nawra, pelik. "Dah kenyang," balas Naufall sepatah. Apa tak kena dengan seketul Naufall hari ni?

NAUFALL yang sedang membaca itu terganggu apabila telefonnya berdering minta diangkat. Salah satu sifat Adam yang turun pada Naufall iaitu suka membaca. Naufall menutup bukunya sebelum mencapai iPhone miliknya untuk panggilan yang diterima itu. Sempat dia mengerling nama pemanggil.

"Ha asal?" Soal Naufall kepada pemanggil itu. "Waalaikumussalam, kau Islam ke tak?" Sindir Duerrlla bertanya. Naufall mendengus kasar sebelum kembali bersuara "along nak apa?" Tanya Naufall lembut.

𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐑𝐅𝐀𝐄𝐋𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now