Chapter 44

261 17 1
                                    

Cendana melangkah keluar dari tandas sambil tersenyum lebar. Ditangannya terdapat sesuatu.

Dia mencari kelibat suaminya namun tidak kelihatan. Hanya ada anaknya diatas katil. Cendana mencebikkan bibirnya apabila suaminya tiada didalam bilik itu.

Benda ditangannya ditatap. "Farha nak dapat Adiklah," ujar Cendana teruja lalu kembali mengangkat kepalanya.

Test pack itu disimpankan didalam sebuah kotak lalu diletakkan didalam laci nightstand ditepi katil. "Nanti jelah aku tunjuk. Huu tak sabarnya!!"

SELESAI saja membasuh pinggan mangkuk didapur, Nawra berjalan menuju keruang tamu sambil memegang kepalanya yang berdengut kencang. Dia melabuhkan diri disofa lalu menyandarkan kepalanya pada dinding.

Naufall yang baru turun kebawah itu menghentikan langkahnya apabila melihat Nawra seperti sedang menahan sakit. Laju dia meluru kearah adiknya.

"Kau kenapa ni, Nawra?" Kalut Naufall menyoal. Nawra hanya mengerling abangnya sekilas.

Nawra yang terasa seperti hendak batuk itu terus menutup mulutnya sebelum kembali menjauhkan tangannya dari mulut.

Nawra melihat apa yang ada pada tangannya itu sebelum terus menyembunyikannya. Namun terlambat, Naufall sudah perasan.

"Kau batuk berdarah tu, Nawra. Jom pergi klinik," ajak Naufall tegas. Dia bangun dari duduknya. Nawra menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu

"Jangan degil boleh tak? Jom lah, Nawra!"

"Ish aku kata taknak, taknak jelah!" Balas Nawra dalam nada menjerkah sebelum mengerutkan dahinya. Kepalanya makin sakit.

Baru saja tangannya yang sebelah lagi hendak naik memegang dahi, dia sudah longlai.

"Nawra!!"

NAUFALL menunggu adiknya ditepi katil Nawra sambil memikirkan perkara yang dikatakan oleh doktor Afifah tadi.

"Cik Nawra disahkan menghidap kanser otak tahap 3. Dia masih boleh sembuh jika membuat rawatan. Namun yang menjadi masalahnya sekarang, dia sendiri yang taknak buat rawatan tu," ujar Doktor Afifah, doktor yang merawat Nawra tadi.

"Nanti saya akan cuba pujuk dia," balas Naufall.

"Encik kena cepat sebelum kanser Cik Nawra makin teruk. Kalau dah teruk, kami tak mampu bantu apa apa lagi," ujar Doktor Afifah lagi. Naufall hanya tersenyum nipis seraya mengangguk.

"Kenapa kau taknak buat rawatan, Nawra?" Soal Naufall sayu sambil memandang tubuh Nawra yang sedang baring diatas katil.

Baru saja tangisan Naufall hendak keluar, satu suara menganggu. "Wassap ges!!" Jerit Ziyad sebelum menerima pukulan kuat daripada papanya. "Kalau dah bangang jangan tunjuk," ujar Zayyad. Ziyad tersengih.

"Macam mana dengan dia, Fal?" Soal Shafiq yang berdiri bersebelahan dengan anaknya, Sayyir. Sayyir turut memandang kearah Naufall bagi meminta jawapan.

"Doktor sahkah dia menghidap kanser otak tahap 3," balas Naufall mendatar. Tangannya perlahan lahan memegang tangan Nawra.

"Macam mana boleh jadi macam ni, Naufall?" Soal Adam pula. Dia berjalan menuju ke katil Nawra.

"Dia pingsan tadi itu yang Fal bawak dia pergi hospital." Adam mengangguk faham.

"Dia ada kanser? So kena buat rawatan lah untuk sembuh kan?" Kalut Nadhif menyoal. Dialah orang pertama selain Naufall yang mengetahui bahawa Nawra pingsan tadi. Kalut dia jadinya.

Naufall mengangguk mengiyakan pertanyaan daripada sepupunya itu sebelum kembali bersuara "tapi dia taknak."

"Nawra taknak?" Naufall mengangguk lagi. "Doktor dah pujuk dia lama dah. Dari dia accident dulu lagi tapi dia tetap taknak," beritahu Naufall.

Tangan Nawra yang bergerak menyedarkan Naufall. Laju Naufall menoleh. "Nawra?" Perlahan lahan mata gadis itu dicelikkan.

"Nawra, kau dah sedar?" Jerit Nadhif pula. Dia berjalan kearah Nawra.

Baru saja Nawra hendak bangun dari pembaringannya tapi dihalang oleh Naufall. "Tak payah bangun," larang Naufall.

"Nawra okay?" Soal Adam. Nada suaranya kedengaran risau. Bapak mana je tak risau anak tengah sakit kan?

Nawra menoleh memandang kearah papanya sebelum mengangguk. Diwajahnya hanya terpapar riak kosong.

"Nawra," panggil Naufall. Nawra sekadar mengerling abangnya sekilas . "Kenapa Nawra taknak buat rawatan?"

"Haah, kenapa taknak buat? Tak sayang papa dah ke?" Sampuk Adam pula. Yang lain hanya memerhati tanpa kata.

"Sebab taknak," balas Nawra selamba. Nada suaranya juga dingin. "Mana boleh macam tu, Nawra. Buat rawatan eh?" Pujuk Naufall. Dia akan pastikan adiknya buat rawatan.

Nawra yang mendengar pujukan abangnya itu mula tersenyum sinis sebelum menoleh menghadap kearah Naufall. "Kau nak aku buat rawatan?" Naufall mengangguk laju.

"Ceraikan perempuan tu dulu," balas Nawra sambil memandang kearah Cendana yang berdiri tidak jauh darinya. Naufall menoleh kearah yang dipandang Nawra sebelum tindakannya terhenti.

Cendana turut terkejut.

"Kau biar betul, Nawra?" Seraya kembali memandang kearah Nawra. "Kalau kau nak aku buat rawatan lah. Kalau taknak..tak perlulah ceraikan dia. Biar aku je mati," balas Nawra lalu bangun dari pembaringannya sebelum terus melangkah keluar.

Naufall masih tersentak. Ini bukan Nawra yang dia kenal!

𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐑𝐅𝐀𝐄𝐋𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now