Chapter 36

269 20 0
                                    

Selesai makan pagi, Naufall duduk dikerusi yang berada dibelakang rumah sambil memandang kearah sawah padi. Dia menongkat badannya menggunakan tangan.

"Babah! Babah!" Laju Naufall menoleh kearah suara itu sebelum mengukirkan senyuman lebar.

"Yes princess," sahut Naufall seraya mendepa tangannya untuk menyambut Dahiena. Laju Dahiena berlari kearah bapa saudaranya itu.

"Babah wat pa?" Soal Dahiena dengan pelat tidak terusnya itu. "Tengah layan perasaan je. Babah rindu maksu Nawra dengan.. umi," jawab Naufall sayu. Namun bibirnya masih tersenyum.

Perlahan lahan air mata Naufall jatuh. Dahiena yang perasan akan itu, terus mengusap air mata babahnya menggunakan jarinya. "Don't cry," ujar Dahiena.

Naufall mengukir senyuman lebar sebelum bertindak mencium anak kakaknya itu. "Okay okay, babah tak cry dah," balas Naufall.

"Tiena tak pergi main ke? Mana mummy?" Soal Naufall sambil memandang sekeliling kut kut lah kelibat alongnya ada disitu.

"Mummy tenah masyak. Kan japgi untie Thalia mak tawin," Naufall mengangguk faham. Ye tak ye jugak.

"Nak main tak? Jom babah teman Tiena
main," ajak Naufall lalu bangun dari duduknya. Dia mendukung tubuh gadis kecil itu lalu melangkah masuk kedalam rumah.

Sedang berjalan menuju keruang tamu, tiba tiba

Buk!!

"Ya Allah Farha!" laju Arissa berlari kearah anaknya yang terjatuh akibat terlanggar Naufall itu. Naufall turut panik sebelum dia bercangkung ditepi gadis kecil itu. Dahiena diletakkan dibawah.

"Anak kau ke?" Soalan daripada Naufall itu dijawab dengan anggukkan saja. "Aku mintak maaf. Aku tak perasan tadi," pinta Naufall seraya cuba memujuk anak Arissa supaya berhenti menangis.

"Bukan salah awak," balas Arissa lalu mengambil anaknya dari pegangan Naufall. "Alalala anak umi, janganlah nangis. Sudah sudah," Naufall hanya memerhati gadis itu memujuk anaknya.

Namun gadis kecil itu masih menangis.

"Meh aku pujuk," ujar Naufall lalu kembali merampas anak Arissa dari pegangan Arissa. Naufall mendukung gadis kecil itu lalu bangun berdiri.

"Shuh shuh. Jangan nangis," pujuk Naufall. Nada suaranya lembut sahaja. Mendengar itu, gadis kecil itu terus diam.

"See, aku berjaya," ucap Naufall bangga sebelum menyerahkan gadis kecil itu kepada uminya semula. Arissa mengambil gadis itu seraya menjeling tajam jejaka dihadapannya itu.

"Nama apa?" Soal Naufall mendatar. Dia masih lagi memandang wajah anak Arissa itu. Comel. "Nurfarhawa Adhuha," balas Arissa. Naufall mengangguk faham.

"Tu anak siapa? Anak awak ke?" Kini giliran Arissa pula bertanya. Jarinya ditunding kearah Dahiena.

"Anak kakak aku. Dahiena Aesytiena," balas Naufall. Arissa mengangguk faham. Begitu. Naufall mengalihkan pandangannya kearah lain sebelum bertemu dengan mata hazel milik gadis didepannya itu.

"Dahlah," pinta Naufall seraya melarikan pandangannya lalu memegang tangan anak buahnya melangkah keluar ikut pintu depan.

SETELAH selesai majlis, mereka mula mengemas barang barang yang digunakan masa kenduri tadi.

"Anis," panggil Arissa seraya mencuit sedikit bahu kawannya itu. Anissa mengangkat kepalanya lalu berpaling kearah Arissa. "Kau nak apa?"

"Naufall tu.. sepupu kau ke?" Soal Arissa ingin tahu. "Dua pupu. Mak aku sepupu bapak dia," balasan Anissa menerima anggukkan daripada Arissa.

𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐑𝐅𝐀𝐄𝐋𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now