Chapter 5

420 20 0
                                    

Mereka melangkah masuk kedalam wad Duerrlla semula setelah doktor selesai merawat gadis itu. Dia masih tidak dibenarkan balik. Sementara menunggu doktor merawat Duerrlla tadi, sempat mereka mendail nombor keluarga mereka yang berada dirumah Adam. The real buat macam rumah sendiri.

Nawra berlari kearah kakaknya sebelum memeluk tubuh itu. "Aduhh!" Duerrlla menyerang kesakitan apabila tangan Nawra terkena kawasan perutnya yang ditikam itu. "Hati hati sikit Nawra!" Tegas Naufall sambil menikam tajam anak mata adiknya.

"Sorry along," ucap Nawra sambil tersengih. Adam hanya memerhati dari jauh. Dia sungguh gembira apabila diberitahu bahawa anaknya sudah sedar.

Naufall menyandar badan di dinding ruang itu. Tangan naik memeluk tubuh. Dia mengerling sekilas Sayyir yang sedang memandang kearahnya itu lalu memberi isyarat mata kepada jejaka itu.

"Haii," semua mata beralih kearah pintu wad yang dibuka dari luar itu kecuali Naufall. Kelibat Cendana yang baru tiba bersama Naira Izzara iaitu kakak kepada Nadhif Irsyad. "Hai," balas Nadhif sambil memandang Cendana atas bawah. Lalu dia memandang kearah sepupunya. Naufall mengangkat keningnya.

Nadhif membawa keluar telefon bimbitnya lalu ruang chat bersama seseorang dibuka.

Ting!

Naufall membawa keluar telefonnya lalu melihat notifikasi yang masuk sebelum matanya naik memandang Nadhif. Ada dekat pun nak mesej ke?

Dhif
- Bini kau nak buat freeshow ke?

Laju Naufall memandang kearah isterinya yang mengenakan baju t shirt lengan pendek warna putih yang sungguh ketat dan agak singkat sehingga menampakkan perut bersama seluar bootcut yang ketat dibahagian paha. Naufall bertindak membuka jaket kulit yang dipakainya itu lalu melangkah mendekati isterinya. Jaket itu dipakaikan kepada isterinya lalu zip ditarik hingga keatas. Disebabkan Naufall tinggi dan isterinya pendek, jaket kulit itu mampu menutup sekali paha Cendana.

"Lain kali jangan pakai macam tu dah. Mata lelaki tajam," bisik Naufall lalu melangkah mendekati Sayyir. Duduk dilabuhkan ditepi kawan baiknya itu. Duerrlla yang melihat kejadian itu hanya tersenyum sebelum dia menoleh kearah papanya. "Diorang dah kahwin," beritahu Shafiq seperti tahu apa yang sedang bermain diminda anak kawan baiknya itu.

Melopong mulut Duerrlla mendengar kenyataan itu. "Ye kak, abang dah kahwin dengan Cendana," ujar Nawra pula. "Cendana?" Berkerut dahi Duerrlla. "Nama perempuan tu Cendana," Duerrlla mengangguk faham.

Matanya tertumpu pada sepupu, dan anak anak kawan papanya pula. Mereka sedang buat apa tu? Kenapa adik dia turut berada disana?

"Fal," Naufall mengangkat kepalanya. Wajah Duerrlla dipandang. "Korang buat apa?" Soal Duerrlla. Naufall mendiamkan diri sebentar sebelum menjawab "balas dendam,"

Duerrlla mengerutkan dahinya tidak faham. Balas dendam apa?

Nadhif yang perasan sepupunya sedang mengerutkan dahi itu terus bersuara "kami cari siapa punca kau jadi macam ni,"

"Nadhif, hormat," tegur Aeesya apabila perasan yang anaknya memanggil Duerrlla dengan gelaran 'kau'. Nadhif tersengih sambil memandang kearah ibunya.
"Korang cari dia untuk apa? Untuk balas dendam ke?" Soal Duerrlla.

"Ye lah. Adik akak ni sibuk nak cari jugak sampai jumpa. Dah seminggu si Yir tu menghadap laptop," sampuk Ziyad. Han dan Zafran hanya mendiamkan diri. Tunangnya masih belum perasan kelibat dia disitu.

"Eh takpayahlah sampai nak balas dendam. Along tak sukalah. Fal, jangan buat benda bukan bukan eh," tegur Duerrlla. Dia tahu adiknya kalau dah naik gila boleh bawa orang yang tidak bersalah maut.

Sayyir mengerling sekilas Duerrlla sebelum kembali memandang komputer ribanya. "Nak buat jugak ke?" Bisik Sayyir menyoal kepada Naufall yang berada disebelahnya. Naufall menghela nafas sebelum menggelengkan kepalanya. Kakaknya sudah beri amaran jangan buat jadi dia tidak boleh buat. Naufall bangun dari duduknya lalu melangkah keluar dari wad itu.

"Kita tak jadi balas dendam ke?" Soal Han. Sayyir hanya menggelengkan kepalanya bagi menjawab soalan itu. Dia turut bangun dari duduknya sebelum melangkah keluar. Han tersenyum mendengar balasan daripada Sayyir itu.

BALIK saja kerumah, mereka semua berkumpul untuk makan malam bersama. Duerrlla juga sudah pulang kerumah atas permintaannya sendiri. Dia pujuk doktor doktor dihospital itu.

Duerrlla menoleh kearah Nadhif yang hanya mendiamkan diri sambil memandang makanan diatas meja sebelum Duerrlla menoleh kearah Naira yang berada disebelahnya. Naira mengangkat keningnya sambil memandang Duerrlla. Sempat Naira menyuap nasi kedalam mulutnya.

Naufall yang perasan Nadhif hanya mendiamkan diri itu memerhati tanpa kata.

Nafique turut memandang anaknya pelik. "Kenapa tak makan, Dhif?" Soal Aeesya. Pelik. "Takde selera," balas Nadhif sepatah. Yang lain terus memandang kearah Nadhif apabila mendengar balasan itu.

"Kau biar betul, Nad?" Soal Sayyir pelik. Dahinya berkerut.

"Kau boleh stop memperempuankan nama lelaki tak?" celah Ziyad menyoal. Geram pula dia dengar Sayyir ubah nama mereka jadi nama perempuan. "Tak," selamba Sayyir membalas lalu sambung menyuap nasi kedalam mulutnya.

"Pipi kau lebam tu dah kenapa?" Soal Shafiq yang duduk disebelah Nadhif. "Tu mamat tu tumbuk," sambil menunjuk kearah Naufall yang sedang mengunyah nasi itu. Wajah tanpa riak terpapar.

Beberapa jam yang lalu..

Mereka semua melangkah keluar dari wad yang menempatkan Duerrlla itu. Sayyir dan Naufall yang berada dikerusi menunggu itu mengerling sekilas mereka sebelum kembali diam. "Kau balik dengan siapa?" Soal Han kepada Nadhif. Nadhif tidak membalas malah hanya menunjukkan jarinya kepada Naufall dan Sayyir. Han mengangguk lalu mengikuti langkah para mak mak dan bapak bapak.

Mereka berdiri sebelum turut melangkah keluar dari hospital itu. Naufall sudah berjalan mendahului mereka berdua sebelum langkah mati apabila Nadhif memanggilnya. "Fal,"

"Hm," sahut Naufall tanpa membuka mulut. Dia hanya memandang depan. "Cantik jugak eh isteri kau pakai macam tadi," puji Nadhif selamba. Sayyir yang berada disebelah Nadhif sudah menjauhkan diri. Dia taknak membahayakan diri sendiri.

"Ulang balik apa kau kata tadi?" Arah Naufall dingin. Dia menoleh menghadap sepupunya. "Aku kata isteri kau cantik,"

Bukk!

Satu penumbuk hinggap diwajah kacak milik Nadhif sehingga jejaka itu terjatuh. Sayyir hanya memandang tanpa ada rasa ingin menolong.

"Sakitlah hanat," maki Nadhif seraya bangun dari duduknya. "Siapa suruh puji isteri aku," balas Naufall lalu dia dan Sayyir melangkah meninggalkannya disitu.

"HAHAHA padanlah muka kau, yang kau pergi puji isteri mamat tu dah kenapa HAHAHA," Ziyad melepaskan tawa terbahak bahak mendengar cerita kawannya itu.

"Alolo jadi kau tak boleh kunyah lah nih?" Soal Shafiq. Ada nada menyindir didalam ayat itu. Nadhif menghela nafas berat lalu mengangguk.

"Meh aku tolong," ujar Ziyad lalu menyuapkan nasi kedalam mulutnya. Dia mengunyah nasi itu sehingga hancur lalu meludahkannya didalam pinggan Nadhif. Yang lain hanya memerhati sebelum Naufall bertindak memukul kepala Ziyad kuat.

Pakk!

"OII KAU NAK BAGI AKU MAKIN BODOH KE?" jerit Ziyad apabila kepalanya dipukul. "Kau mengaku kau bodoh rupanya," sampuk Aliff. Adam yang berada disebelah Aliff itu menyikunya.

"Jilatlah. Kata tak larat nak kunyah. Tu aku dah tolong," ujar Ziyad sambil mengosok kepalanya yang dipukul oleh Naufall itu tadi. Dia memandang tajam kearah Naufall.

"Otak kau. Pengotor siot. Dahlah," Nadhif bangun dari duduknya lalu terus melangkah masuk kedalam bilik.

"Lah koyak ke tu?" Soal Han sambil mengangkat keningnya tinggi. Yang lain hanya mengjoketkan bahu tanda tidak tahu.

𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐑𝐅𝐀𝐄𝐋𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now