Chapter 54

333 13 0
                                    

"Naufall Irfaell Bin Muhammad Adam Iman." Naufall menoleh. Senyuman sinis mula terukir dibibirnya.

"Han Zafreel Bin Aliff NazrilHan," balas Naufall menyebut nama musuhnya perlahan. Han turut tersenyum sinis apabila mendengar namanya diseru.

"Mana bini dan adik aku?!!" Soal Naufall sambil mengetap giginya. Nafasnya turun naik menahan amarah.

"Eh sayang pulak dekat bini? Ingatkan nak biar je dia merempat tepi jalan dengan perut bawak anak tu. Kira okay tau aku kutip dia," balas Han menambah minyak didalam api yang sedang membarak.

Naufall menggengam penumbuk menahan marahnya.

"Kesian bini kau kan? HAHA patutnya dia jadi bini aku. Bahagia lah sikit." Han menghamburkan ketawa terbahak bahak menyebabkan Naufall mengetap rahangnya.

"DIAM!!, tengking Naufall menghentikan ketawa Han. Han menutup mulutnya lalu tersenyum sinis.

Matanya tertumpu pada belakang Naufall saja. Seperti ada orang dibelakang Naufall.

Mata Han bergerak gerak memberi isyarat kepada anak buahnya yang berada dibelakang Naufall. Anak buahnya hanya mengakur sebelum mengajukan pistol kearah Naufall.

Baru saja dia ingin menarik picu..

Bang!

Bang!

"Arghh!!" Pistol ditangan anak buah Han itu terjatuh apabila tangannya ditembak secara tiba tiba. Dis mengangkat memandang kearah datangnya peluru itu.

Nadhif tersenyum sinis sebelum melompat turun kebawah.

"Bon tir, Shadow (Nice shoot, shadow)," ujar Nadhif memuji dirinya sendiri. Jejaka itu meniup hujung pistol miliknya.

"Lah aku ingat kau sorang. Ajak kroni rupanya," ujar Han apabila melihat kelibat Nadhif.

"Okaylah daripada kau. Bawak satu kampung," balas Nadhif selamba. Dia membuka plastik lolipop sebelum diletakkan kedalam mulut.

Han yang sedikit tersentap mendengar balasan daripada Nadhif itu perlahan lahan membawa keluar senjata api miliknya sebelum dihalakan kearah jejaka itu. Picu ditarik dan..

Bang!

"Uu tak kena," ujar Nadhif apabila dia dapat mengelak. Dia mengalihkan pandangannya kearah Naufall yang sedang memandang kearahnya.

Mereka bermain isyarat mata sebelum Naufall bertindak untuk melepaskan das kearah Han. Nadhif turut melakukan perkara yang sama.

Mereka melepaskan tembakan bertubi tubi menyebabkan Han sukar untuk mengelak dan akhirnya badannya dipenuhi dengan darah kesan dari tembakan itu. "Shit!" Carut Han.

"Putain ç'est toi (sial itu kau)," balas Naufall dan Nadhif serentak sebelum Naufall memusingkan badannya 360° lalu mendaratkan kakinya tepat pada perut Han.

Han jatuh terduduk dilantai akibat tendangan mengejut itu. Nadhif menghala senjata api miliknya tepat dikepala Han sebelum jari ingin menarik picu namun terbantut apabila ada satu tembakan datang dari arah belakang membuatkan dia menoleh.

Tembakan itu datang dari anak buah Han yang ingin menembak Naufall tadi. Nadhif tersenyum sinis tatkala melihat kelibat yang sayang dikenalinya itu. Zafran.

"Assassins, tu le finis, je finis cet homme (assassins, kau habiskan dia, aku habiskan lelaki ini)," ujar Nadhif kepada Naufall. Naufall mengangguk setuju sebelum membawa keluar pisau miliknya lalu menikam perut Han bertubi tubi.

Nadhif melepaskan das kearah Zafran bertubi tubi namun sempat dielak. Zafran mendekatinya lalu mengangkat kaki ingin menendang Nadhif tetapi Nadhif cekap, dia memegang kaki Zafran yang diangkat itu lalu dia berpusing sebelum melempar tubuh itu.

Nadhif mendekati tubuh Zafran yang dilempar itu lalu memijak kuat perut jejaka tersebut. "Uekk."

"I love to kill people who find trouble with me," ujar Nadhif tegas sambil mengetap giginya. Dia memandang tajam kedalam bebola mata Zafran yang sedang terbaring dilantai itu.

"What trouble did you made with me? The trouble that you made is betraying my cousin as well as our family!!" Sambung Nadhif lagi seraya memijak lebih kuat perut Zafran.

"Erghh!!"

Nadhif menghala pistol tepat pada kepala jejaka itu sebelum..

Bang!

Bang!

Dan jantungnya berhenti berdetak. Kepala yang berlubang itu dipandang tanpa perasaan.

"Encore deux minute (dua minit lagi)." Mendengar ayat itu di alat komunikasi mereka, Nadhif dan Naufall laju melangkah keluar dari kilang itu.

Kelibat Sayyir dicari.

"As-tu fait notre plan? (Adakah kau melakukan rancangan kita?)," soal Naufall sebelum mencari kelibat isterinya.

Sayyir hanya mengangguk bagi menjawab soalan daripada Naufall itu. Tangannya sedang mendukung tubuh Nawra yang tidak sedarkan diri itu.

"Où est ma femme? (Mana isteri aku?)," soal Naufall lagi membuatkan Sayyir dan Nadhif memandang sekeliling mencari kelibat Cendana.

"Stupide!!" Carut Naufall apabila kelibat isterinya tidak kelihatan. Naufall berlari masuk kedalam kilang itu semula.

"Assassins!!" Panggil Sayyir namun Naufall hanya mengendahkannya. Isteri aku lagi penting.

Naufall melangkah mencari isterinya. "Cendana!!" Jerit Naufall memanggil isteri. Nafasnya naik turun kerana takut.

"A-abang." Mendengar suara itu, Naufall yakin yang isteri masih selamat. Laju dia melangkah kearah suara itu sebelum kelibat isterinya yang tampak seperti betul betul penat itu menyapa pandangan.

"Cendana!" Naufall mendekati isterinya sebelum tangannya laju membuka ikatan tali yang mengikati badan wanita itu.

Setelah berjaya, dia mendukung tubuh itu lalu berjalan laju menuju ke pintu.

"Encore 3 secondes!(3 saat lagi)," Jerit Nadhif memberitahu perkara itu kepada Naufall membuatkan Naufall menurunkan tubuh isterinya lalu menolak gadis itu kepada Nadhif.

"Take care of h-"

Boom!!

"Naufall!!"

Maaf klau tk brp best sbb sya tk pndai buat story action mcm niii!!

𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐑𝐅𝐀𝐄𝐋𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now