Chapter 49

264 17 0
                                    

Sayyir mengetuk pintu pejabat sahabatnya lalu terus melangkah masuk tanpa sempat Naufall memberi keizinan. Hari ini Naufall cuti jadi dia datang kepejabat untuk menyiapkan kerjanya yang tertangguh dahulu.

Sayyir melabuhkan diri dikerusi yang berada dihadapan Naufall. Naufall yang sedang menaip dikomputer itu mula mengalihkan pandangannya menghadap Sayyir apabila sedar akan kehadiran jejaka itu.

Kening diangkat tinggi. Sayyir menghela nafas lalu bersuara "teman aku balik rumah jap," ujar Sayyir seraya tersengih bak kerang busuk.

"Nak buat apa pulak?" Soal Naufall. Dia kembali menaip. Matanya mengerling sekilas Sayyir yang hanya diam sambil tersengih.

"Aku cakap dengan tunggul ke?" Laju Sayyir menggelengkan kepalanya sebelum menjawab soalan tadi "dokumen yang kau nak tu ada dekat rumah. Hehe."

Naufall menggelengkan kepalanya perlahan sebelum terus bangun dari duduknya sebelum melangkah keluar meninggalkan sahabatnya. "Cepat!!"

Laju Sayyir bangun dari duduknya lalu mengejar langkah Naufall.

SUASANA didalam kereta itu hanya kedengaran suara radio bersama alunan suara Sayyir yang sedang mengikut nyanyian diradio tersebut. Suaranya hanya perlahan sahaja namun mampu didengari oleh Naufall.

"Sudah sudah lah memekak. Suara kau sumbang," ujar Naufall memberhentikan tindakan Sayyir yang sedang menyanyi itu. Dia menoleh kearah Naufall sebelum menikam tajam bebola mata jejaka tersebut.

"Ganggu bapak kau tidur ke?" Soal Sayyir sinis. "Masalahnya bising kau tau tak? Orang utara kata, hingaq. Dah diam," jawab Naufall. Matanya masih fokus pada permanduan. Sayyir mengajak Naufall teman bukan sebab apa pun, hanya sebab malas hendak memandu.

"Ehh biarlah dekat aku. Sebok aje," balas Sayyir lalu menjeling sahabatnya itu.

"Ehem ehem. Sedar sikit kau bercakap dengan siapa sekarang," sindir Naufall. Sayyir tersengih mendengar balasan itu. "Dengan abang ipar. Hehe."

SESAMPAI dirumah, mereka berdua melangkah masuk kedalam rumah. "Kau tunggu sini jap," arah Sayyir lalu melangkah naik kebilik tidurnya. Naufall sekadar mengangguk.

Sayyir berjalan menuju ke biliknya sebelum langkahnya terhenti dihadapan pintu. "CENDANA ARISSA!!" jerit Sayyir lalu meluru kearah katil.

Naufall yang terdengar nama isterinya diseru terus melangkah naik kebilik tidur Sayyir itu.

"KAU CUBA BUNUH BINI AKU KE HAHH!!" tengking Sayyir tepat dihadapan wajah Cendana seraya menolak gadis itu jauh dari isterinya. Tubuh isterinya yang terbaring diatas katil ditarik kepelukan. Bantal yang berada diatas wajah isterinya diletakkan ditepinya.

"Sunshine bangun!!" Mendengar itu Naufall terus berlari kearah adiknya. "Ya Allah Nawra!!"

"Bawak dia pergi hospital cepat!!" Arah Naufall kepada Sayyir sebelum Sayyir terus melangkah keluar dari rumah itu sambil mendukung tubuh isterinya.

Naufall yang masih didalam bilik tidur Sayyir itu menikam tajam bebola mata Cendana yang sedang memandang kearahnya. "You betrayed me again, Cendana,"  ujar Naufall kecewa sebelum terus melangkah keluar dari bilik itu.

SAYYIR berjalan kehulur kehilir didepan wad yang menempatkan Nawra. Naufall pula sedang menunggu dikerusi menunggu sambil meraup wajahnya.

Yang lain turut menunggu dikerusi menunggu.

"Kau ceraikan jelah isteri kau tuhh," ujar Sayyir tiba tiba membuatkan Naufall mengangkat kepalanya memandang kearah jejaka tersebut.

"Apasal pulak?" Seraya bangun dari duduknya. Nadhif yang berada disebelah Naufall cuba untuk menenangkan Naufall namun laju tangannya ditepis kuat oleh lelaki itu.

"Disebabkan isteri kau, isteri aku sengsara!!" Jerkah Sayyir kuat sehingga menyebabkan seluruh warga yang berada disitu memandang kearahnya.

Shafiq turut terkejut mendengar anaknya menjerkah orang begitu padahal anaknya jenis tenang dan lebih suka memerhati dari berkata kata.

Naufall menghela nafas sebelum melabuhkan diri dikerusi tadi semula. Wajah kembali diraup.

"Sorry," ucap Naufall kepada Sayyir. Dia tahu dia yang salah didalam kes ini.

Sayyir memejamkan matanya sebelum kembali dicelikkan sebelum meluru kearah Naufall lalu memeluk erat tubuh kawan baiknya itu. Dia menangis disitu.

"K-kenapa Allah uji aku macam ni," rintih Sayyir. Naufall hanya diam mendengar rintihan tersebut. "Aku tak kuat," sambung Sayyir lagi.

'Aku pun tak kuat, Yir. Dia nyawa aku. Hati aku sakit sangat bila dapat tau yang isteri aku khianat suami dia sendiri,' ujar Naufall didalam hati.

𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐑𝐅𝐀𝐄𝐋𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now