Chapter 16

284 23 0
                                    

Naufall melangkah masuk kedalam bilik pejabatnya. Setiap kali cuti, dia akan datang melakukan kerja disyarikat milik atuknya iaitu Encik Thaufiq. Sekarang syarikat itu sudah menjadi syarikat milik Amani.

Naufall mengambil keputusan untuk terus kepejabat selepas isterinya mengigit bahunya tadi. Baju kemeja yang basah akibat disembur air itu juga ditukar. Nak marah tapi kena sabar..

Naufall melabuhkan diri dikerusi kulit yang terdapat didalam ruang itu sebelum bunyi ketukan pintu menyapa telinga.

Tok! Tok! Tok!

Naufall mengangkat kepalanya lalu memberi izin orang yang mengetuk pintu bilik itu masuk. Terpampanglah wajah wajah monyet yang terlepas dari zoo.

"Korang nak apa?" Tanya Naufall tegas. Menganggu betullah.

"Kami nak melawat jejaka yang digigit tadi," balas Nadhif sebelum mereka bersama sama melepaskan tawa terbahak bahak.

"Macam mana bahu tu? Dengar cerita sampai berdarah, betul ke Kapten Naufall Irfaell?" Soal Ziyad.

Sayyir dan Naufall hanya memerhati tingkah laku mereka semua sebelum Sayyir bertindak bangun dari duduknya lalu melangkah ke kerusi kosong dihadapan kawan baiknya.

"Ell," panggil Sayyir. Matanya memandang wajah Naufall. "Kau nak aku cakap bahasa arab baru nak faham ke?" Soal Naufall geram. Suka sungguh panggilnya dengan panggilan itu.

"Boleh jugak," selamba Sayyir membalas. Tangannya naik menyilang. Naufall mengetap rahangnya kuat. Mamat ni kan!!

"Cakaplah," arah Sayyir perlahan. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

Naufall menghela nafas lalu mengalihkan pandangannya menghadap kearah skrin komputer dihadapannya.

MEREKA berlima melangkah masuk kedalam rumah sebelum Naufall mengerutkan dahinya. Kenapa gelap sangat ni?

Tiba tiba pintu dihempas kuat membuatkan Naufall menoleh kearah pintu yang sudah tertutup itu.

"Diorang nak ajak aku main hide and seek ke?" Soal Naufall pada diri sendiri. Kaki perlahan lahan dibawa kehadapan sedikit sebelum dia terpijak sesuatu membuatkan dia terjatuh.

Kedebuk!

Aduhh," seraya tangan kirinya mengosok punggungnya. Manakala tangan kanannya meraba raba sekelilingnya mencari sesuatu yang dipijaknya itu.

Kulit pisang.

"Mangkuk ayun mana yang letak kuli-"

Pushh!

Entah darimana datangnya, tiba tiba ada air tumpah mengenai badan Naufall. Habis basah. Naufall mengetap giginya kuat seraya bangun dari duduknya perlahan lahan.

Suis lampu dituju sebelum dibuka.

Pap!

Terbuka.

Naufall menoleh sebelum tergamam.

"Happy birthday Naufall Irfaell Bin Muhammad Adam Iman Bin Mohd Thaufiq bin M-"

"Sudah sudah. Tersedak atuk aku dalam kubur tu," potong Adam membuatkan Nadhif menjeling tajam bapa saudaranya itu.

Naufall memandang sekeliling. Terdapat sedikit hiasan dan diatas meja pula terdapat makanan.

Naufall tersenyum nipis sebelum "thanks," ucap Naufall seraya melangkah mendekati mereka. Lalu kelibat isterinya dicari.

"Mana Ce-"

"Happy birthday my lovely husband. May Allah bless you. And.. I love you," ucap Cendana seraya memeluk tubuh suaminya dari arah belakang. Naufall tergamam buat kali kedua.

Perlahan lahan Naufall menoleh lalu membalas pelukan isterinya. "Cen mintak maaf sebab gigit bahu abang tadi," pinta Cendana lalu menundukkan kepalanya memandang lantai.

Senyuman dibibir Naufall berubah menjadi lebar sebelum bersuara "It's okayy, cutiepie,"

"Bila nak tunjuk hadiah, Cendana?" yang lain mengangguk setuju dengan soalan daripada Nawra itu.

Naufall mengerutkan dahinya "hadiah apa?" Tanya Naufall. Mereka semua tersenyum sebelum Cendana membawa keluar satu kotak dari poketnya lalu dihulurkan kepada Naufall.

Huluran disambut sebelum perlahan lahan Naufall membukanya. Benda didalam kotak itu dibawa keluar sebelum dibelek belek. Lama juga jejaka itu membelek hadiah daripada Cendana. "Apa ni?"

"Ceraikan Cen," ujar Cendana selamba membuatkan semua yang berada disitu tergamam. "Ha?" soal Naufall terkejut. Mulutnya terlopong.

Yang lain turut terlopong. Ini bukan seperti rancangan mereka!

"HAHAHAHA. Takdelah. Cuba selak kertas dalam kotak tu," ujar Cendana. Dalam nadanya masih tersisa tawaan.

Naufall akur lalu menyelak kertas yang dimaksudkan oleh isterinya tadi. Dia memandang lama benda disebalik kertas itu tadi sebelum perlahan lahan membawa keluarnya.

Lama benda tu dipandang. Kepalanya diangkat memandang isterinya. "Binatang apa ni?" Soalan daripada Naufall itu membuatkan semua yang berada disitu menghamburkan ketawa terbahak bahak.

"Kau tak tahu, Fal?" Soal Nadhif. Nadhif melepaskan tawa terbahak bahak sekali lagi. Cendana turut tertawa sebelum bersuara "tu pregnancy test, abang," beritahu Cendana perlahan.

Naufall kembali memandang benda itu sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar. Air matanya turut jatuh. "A-abang bakal jadi ayah?" Soalan itu dijawab dengan anggukkan saja.

"Ya Allah, terima kasih Ya Allah,"ucap Naufall lalu melakukan sujud syukur sebelum bangun lalu memeluk tubuh isterinya erat.

"Sejak bila, Cen? Kenapa berahsia dengan abang?" Soal Naufall dalam tangisan terharunya. "Baru dua minggu," balas Cendana lembut.

"Congratulations," ucap Sayyir sepatah. Naufall menoleh lalu menghadiahkan senyuman kepada mereka semua.

"Tahniah Im. Nak jadi atuk dah kau ye," ujar Shafiq membuatkan Adam menikam tajam bebola mata jejaka itu.

"Jom malam ni, Fal bawak korang semua keluar makan," ajak Naufall. Laju mereka semua mengangguk.

𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐑𝐅𝐀𝐄𝐋𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now