Chapter 30

280 16 0
                                    

Naufall mencelikkan matanya sebelum mencari kelibat isterinya disebelah. Tidak ada. "Mana dia pergi ni?" Soal Naufall pada diri sendiri.

Tadi dia bangun solat subuh, isterinya tiada juga disebelah. Dia ingatkan isterinya turun kebawah atau apa kerana tadi kepalanya sakit jadi dia tidak mencari gadis itu. Tapi sampai sekarang tiada juga kelibatnya.

Naufall bangun dari duduknya lalu melangkah menuju kewardrobe closet. Wardrobe itu dibuka sebelum dia tergamam. Baju isterinya semua tiada. Laju Naufall mencari beg bagasi yang isterinya simpan diatas almari. Turut tiada.

Maknanya?

Isterinya sudah keluar dari rumah ini?

Naufall mencari semua barang isterinya, namun satu pun tiada. Semua diangkut pergi. Sedang mencari dimeja solek, satu notemark berwarna kuning menyapa pandangannya. Kertas itu diambil sebelum membaca ayat yang terdapat pada kertas itu.

Assalamualaikum abang,

Firstly, Cen nak mintak maaf dekat abang. Cen tau perkara yang Cen buat terlalu berat untuk abang maafkan. Cen tak paksa abang maafkan. Itu keputusan abang. Abang berhak menghukum Cen.

Secondly, Cen mintak izin untuk keluar dari rumah sekaligus hidup abang. Cen taknak bawak bala lagi dalam hidup abang. Cen bodoh sebab tak reti hargai lelaki sebaik abang. Pasal anak ni, biarlah Cen jaga sampai akhir hayat Cen. Cen akan serahkan dia pada abang bila tiba masanya.

Itujee. Jaga diri abang. Jangan susahkan diri cari Cen. Biar Cen hidup sendiri. Fi Hifzilah Fi Amanillah.

Tanpa sedar air matanya jatuh. "Kau tinggalkan aku jugak ke Cendana?" Soal Naufall sayu. Adakah isterinya lari meninggalkannya kerana ditengking olehnya semalam?

"Ya Allah, Naufall. Yang kau pergi tengking dia tu dah kenapa. Dia perempuan, Fal," ujar jejaka itu lalu meraup wajahnya. Perasaan kesal mengelubungi diri.

"Cen, balik sini semula. Abang sayang Cen lagi," luahnya walaupun tahu isterinya tidak akan dengar.

"KAU nak ajak aku buat kerja gila tu lagi. Kau biar betik?" Soal Syafikah agak terkejut mendengar apa yang keluar dari celah bibir Syakirah. Syakirah hanya mengganguk. Matanya memandang tepat wajah kembarnya itu.

"Kenapa tiba tiba? Apa salah mamat tu sampai nak bunuh dia nyah?" Tanya Syafikah ingin tahu. Tudung shawlnya yang ternampak leher itu dibetulkan.

"Dia dera arwah Nawra," balas Syakirah mendatar. Tangannya naik memeluk tubuh seraya menyandarkan badannya pada kerusi. Kaki kanannya diangkat lalu diletakkan diatas kaki kiri.

Terlopong mulut Syafikah mendengar kenyataan itu. "Siyes lah?"

"Muka aku nampak macam main main ke?" Soal Syakirah kembali. "Ish ish ish tak baik bunuh orang," ujar Syafikah.

"Tak payah nak bagi tazkirah dekat sini," balas Syakirah dingin. Syafikah tersengih. "Lucu juga ya kamu ini,"

Pak!

"Aduhh sakitlah bebal," marah Syafikah apabila kembar itu memukul kepalanya kuat. Syakirah hanya diam sambil menikam tajam bebola kakaknya itu.

"Okay okay, bila nak mula?" Soal Syafikah mula serious. "Sekarang," jawab Syakirah lalu melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan kembarnya sendiri.

"Tak menyabarlah dia ni," ujar Syafikah seraya mengejar langkah Syakirah.

𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐑𝐅𝐀𝐄𝐋𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now