Chapter 41

258 18 0
                                    

Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri. Cendana langsung tidak menoleh memandang kearah suaminya. Dia masih takut dengan kejadian tadi. Selain mempunyai trauma dengan api, dia juga trauma akan ketinggian. Dahlah tinggi Naufall 188cm lepastu dukung pulak dia, tak ke gayat kalau macam tu?

Naufall mengerling sekilas isterinya sebelum mengeluh perlahan. Dia sengaja diam ingin melihat isterinya mahu atau tidak menegurnya. Nampaknya tidak.

"Cen," panggil Naufall lembut. Tangannya sibuk memandu. Cendana mengerling sekilas suaminya lalu kembali memandang luar. "Sorry," ucap Naufall membuatkan Cendana mengerutkan dahinya. Dia menoleh kearah Naufall.

"Aku dah buat kau takut," balas Naufall apabila perasan kerutan didahi isterinya. Cendana tidak membalas malah terus menoleh memandang luar semula. Sekali lagi Naufall mengeluh.

"Kau marah aku?" Cendana menggelengkan kepalanya. "Dah tu? Janganlah diam je. Aku sunyi," ujar Naufall. Matanya masih fokus pada permanduan.

"Takda topik nak cakap," balas Cendana mendatar membuatkan Naufall tersenyum nipis. Akhirnya..

"Meh aku buka topik. Sejak bila dan kenapa kau start bertudung?" Soal Naufall kepada isterinya. Anaknya yang sedang lena didukungan isterinya dikerling.

"Sebelum beranak Farha. Bertudung sebab taknak awak dapat dosa dan saya nak jaga aurat untuk suami saya," balas Cendana membuatkan Naufall tersenyum makin lebar.

"Thanks sebab jaga aurat kau untuk aku," ucap Naufall, teruja. Cendana sekadar mendehem bagi menjawab ucapan tersebut.

"Kenapa kau pakai contact lens?" Tanya Naufall lagi. Dia rindu nak borak dengan isterinya ini. "Sebab saya taknak tarik perhatian ajnabi dengan mata biru saya walaupun mata ni asli." balasan daripada Cendana ini membuatkan Naufall tersenyum lebar.

"Aku suka tengok kau yang sekarang. Kau cantik sangat. Aku penat tahan senyum," ujar Naufall. Cendana kemam bibir menahan senyumannya. Dia buat dah!!

"Lepasni jangan cantik sangat," arah Naufall.

"Kenapa pulak?" Soal Cendana. "Aku taknak orang lain pandang kecantikkan kau. Biar aku je," balas Naufall. Suaranya kedengaran nada cemburu. "Hm," balas Cendana. Bibir dikemam lagi. Aduh penat begini.

NAUFALL melangkah masuk kedalam rumah sebelum langkahnya terhenti apabila mendengar suara jeritan seseorang. "Naufall ku sudah pulangg!!!" Jerit Nadhif dan Ziyad serentak.

Diruang tamu rumah itu terdapat keluarganya, keluarga Nadhif, keluarga Sayyir, keluarga Ziyad, keluarga Han dan seorang gadis, Nuralsya.

"Kauorang kenapa bangsat?" Soal Naufall kepada Nadhif dan Ziyad. "Saja," balas Nadhif sebelum matanya terpandang figura seorang gadis yang berdiri bersebelahan dengan sepupunya itu. "Kenapa dia ikut kita balik?"

"Isteri aku," balas Naufall sepatah. Terlopong mulut mereka semua. "Kau biar betul? Ni Cendana? Cendana Arissa? Pembunu-"

"Jaga sikit mulut kau!!" Amaran diberikan kepada Nadhif. Dia menikam tajam bebola mata jejaka itu. Nadhif mengetap rahangnya kuat sambil memandang kearah Cendana sebelum terus melangkah pergi.

"Biarkan dia. Dari lepas arwah Nawra pergi lagi dia macm tu," tegur Nafique yang turut geram dengan perangai anaknya itu.

Naufall menarik nafasnya dalam lalu dihembuskan sebelum turut melangkah naik kebilik diikuti oleh Cendana yang sedang mendukung Farhawa dibelakang.

"Kebenaran akan terbongkar tidak lama lagi," ujar seseorang yang sedari tadi hanya mendengar perbualan keluarga itu disebalik tingkap. Senyuman sinis terukir elok dibibirnya sebelum melangkah semula kearah superbike miliknya lalu terus memecut laju meninggalkan kawasan rumah itu.

𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐑𝐅𝐀𝐄𝐋𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now