Chapter 3

573 21 1
                                    

Hari ini merupakan hari perkahwinan Naufall Irfaell dan Cendana Arissa. Dan sekarang mereka sedang menunggu ketibaan pengantin lelaki.

"Mana dia ni?" Soal Cendana perlahan. Nawra yang perasan Cendana sedang memerhati sekeliling seperti mencari seseorang itu mula bersuara "jap lagi dia sampai lah tu."

Cendana mengangguk.

"Pengantin lelaki dah sampai!" Jerit seseorang membuatkan Cendana mengangkat kepalanya. Ya! Naufall telah sampai.

Naufall melangkah masuk kedalam masjid. Dia menghadiahkan senyuman nipis kepada semua orang yang sedang memandang kearahnya.

Dia melabuhkan diri dihadapan tok kadi.

Tok kadi memandang kearah Naufall. Jejaka itu mengangguk.

"Naufall Irfaell Bin Muhammad Adam Iman," seru tok kadi itu. Naufall menarik nafas dalam sebelum dihembuskan. "Ya saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Cendana Arissa binti Hariz dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai."

"Aku terima nikahnya Cendana Arissa binti Hariz dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai."

Tok kadi menoleh memandang kearah para saksi. "Sah!" Ketiga tiga para saksi itu berkata bermakna mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri.

Setelah berdoa, Naufall bangun lalu mendekati isterinya.

"Assalamualaikum," ucap Naufall. Cendana tersenyum nipis sebelum menjawab "waalaikumussalam." Gadis itu menghulurkan tangannya.

"Tak sabar dah tu," ujar Nadhif menerima pukulan kuat daripada Nafique. "Sakitlah papa!"

"Padan muka!" Balas Nafique selamba. Aeesya yang melihat itu menggelengkan kepalanya.

Naufall turut menggelengkan kepalanya sebelum menyarungkan cincin itu dijari manis gadis dihadapannya itu.

Kekura tangan Naufall dikucup sebelum dahi Cendana pula dicium.

"Yeayy kawan aku dah kahwin! Aku bila?!" Ziyad bersuara. "Aduh!" Menyerang kesakitan jejaka itu dibuatnya apabila sehelai kain dibaling tepat kewajahnya.

"Diam!" Arah Syakirah yang mula rimas melihat bala bala itu buat perangai. Ziyad tersengih. Kalau maksunya yang marah, maknanya dia dalam bahaya.

"Dahlah. Mari bergambar," ajak Medina. Mereka mengangguk setuju sebelum mula menangkap gambar bersama sama.

SELESAI saja majlis perkahwinan untuk  Naufall Irfaell bersama Cendana Arissa, mereka semua berkumpul dirumah agam milik Adam. Bukan berkumpul apapun cuma melepak aje. Majlis yang sepatutnya berlangsung hari ini adalah majlis perkahwinan Duerrlla Lauffierra dan Umar Zafran tapi disebabkan kejadian itu, mereka tundakan. Yelah takkan nak kahwin dalam keadaan Duerrlla koma pula. Silap silap baru je sedar dah koma balik sebab status dah bertukar jadi bini orang.

"Hatiku masih berdebar tiap kali bertemu," semua mata beralih kearah Nadhif Irsyad iaitu anak kepada Nafique dan Aeesya yang menyanyi secara tiba tiba itu sebelum ada pula yang menyambung "Aku cuba bersuara walaupun lidahku kelu," sambung Shafiq.

"Perasaanku padamu seluas lautan biru," Nafique pula bersuara. Naufall yang melihat itu hanya memejamkan matanya pasrah. Sayyir Musayyad disebelahnya turut redho. Bapaknya ikut sekali.

"Beriku satu peluang untuk mengenalimu," Medina yang sedari tadi diam akhirnya membuka mulut.

"Pasrah," ujar Sayyir perlahan dan hanya didengari oleh Naufall. "Kau anak siapa sebenarnya?"soal Naufall tiba tiba. Sayyir yang mendengar itu mengerutkan dahinya sebelum kembali bersuara "anak mak pak aku lah takkan anak kau kut." Balas Sayyir.

𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐑𝐅𝐀𝐄𝐋𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now