Chapter 7

363 21 0
                                    

Sebulan berlalu dan hidup Naufall bersama isterinya sungguh bahagia walaupun Naufall tidak mengaku yang dia sudah jatuh hati pada Cendana. Duerrlla dan Zafran juga sudah menjalinkan hubungan yang sah.

Naufall terpandang kearah isterinya yang sedang memilih baju itu terus melangkah mendekati isterinya. "Tak habis habis lagi ke kau pilih nih?" Soalan daripada Naufall itu dibalas dengan gelengan.

"Meh aku tolong," ujar Naufall lalu membelek baju isterinya yang berada didalam almari. Kebanyakkan baju isterinya adalah berseluar. Dia membelek belek sebelum terpandang kearah baju abaya berwarna biru gelap yang berada dihujung. Naufall mengambil baju itu.

"Baju siapa ni?" Soal Naufall. Kening diangkat tinggi. "Ouh tu Cen beli waktu baju tu viral dulu tapi Cen pakai sekali je sebab panas," balas Cendana sambil tersengih bak kerang busuk

"Nah, pakai baju ni," arah Naufall membuatkan Cendana mengerutkan dahinya. "Asal pulak?" Senang senang je nak mengarah orang.

"Ikut jelah. Aku suami kau," ujar Naufall seraya melempar abaya itu kearah isterinya sebelum berjalan menuju ke meja solek. Beg kertas yang terletak ditepi meja solek itu diambil sebelum kembali melangkah kearah isterinya.

"Pakai ni sekali," sambil menghulurkan beg kertas itu kepada Cendana. Cendana mengerutkan dahinya sambil menyambut huluran tersebut. Isi beg itu dibawa keluar. Tudung. "Err Cen tak reti pakailah,"

"Takpayah bagi alasan. Pakai je. Aku reti belit tudung," kaki dibawa menuju ke katil. Duduk dilabuhkan. Memang dari dulu lagi dia mengarah Cendana untuk memakai tudung tapi macam macam alasan Cendana bagi dan salah satunya adalah 'Cen tak reti pakailah'. Dulu pernah juga Naufall membelinya tudung sarung tetapi Cendana memberi alasan 'tak modern lah pakai tudung sarung'.

Cendana hanya akur sebelum melangkah untuk menukar pakaian.

10minit menunggu akhirnya Cendana tiba bersama abaya dibadannya. "Dah siap," beritahu Cendana. Naufall mengangkat kepalanya sebelum memandang isterinya atas bawah tanpa mengelipkan matanya. 'Ya Allah janganlah cantik sangat Cendana. Aku tak kuat,' puji Naufall didalam hati.

"Hm, jom pakai tudung," ajak Naufall seraya melangkah menuju ke meja solek. Diikuti oleh Cendana dibelakangnya. Cendana melabuhkan diri dikerusi meja solek itu manakala Naufall hanya berdiri dibelakang isterinya.

Beg kertas tadi dicapai sebelum memilih tudung yang berada didalam beg itu. Tangannya ligat memilih tudung sebelum terpegang tudung khimar berwarna biru gelap. Dia membawa keluar tudung itu sebelum memegangnya ditepi baju isterinya. Ingin memastikan warna tudung itu sama atau tidak dengan baju isterinya.

Sama.

"Kau pakai khimar ni jelah. Senang sikit," ujar Naufall sebelum mencapai anak tudung yang telah dibawa keluar sekali dengan khimar itu. Dia mengikat rambut isterinya kemas sebelum memakaikan anak tudung itu ke kepala Cendana. Lalu tudung khimar pula disarungkan dikepala isterinya. Dia mengikat tali khimar itu lalu mengemaskan sedikit sebelum meletakkan tangannya dibawah. Selesai.

"Okay. Dah siap," beritahu Naufall lalu mencapai beg tangan isterinya sebelum melangkah keluar. "Jom," sempat dia mengajak Cendana.

KEADAAN didalam kereta sungguh sunyi sepi memandangkan Cendana sedang tidur. Naufall mengerling sekilas isterinya sebelum mengukir senyuman nipis. "Aku tak boleh nafikan, kau terlalu cantik," puji Naufall tiba tiba.

Naufall memberhentikan keretanya apabila lampu isyarat bertukar warna menjadi merah. Naufall menoleh memandang isterinya seraya tangannya mencapai iPhone miliknya. Aplikasi kamera dibuka sebelum dia mengambil gambar isterinya yang sedang tidur itu.

"Err.." Naufall yang perasan isterinya mengeliat terus menyimpan telefonnya kedalam poket. Matanya kembali memandang kehadapan. "Kita dah sampai ke?" Tanya Cendana dengan suara baru bangun tidur sambil memandang sekeliling. 'Janganlah comel sangat'

"Abang, dah sampai dah ke? Janganlah palau Cen," soalan itu hanya dijawab dengan gelengan. Naufall hanya mendiamkan diri. "Abang dah tak sudi bercakap dengan Cen ke?" Tiada balasan.

"Oii Naufall," panggil Cendana selamba. Matanya memandang tepat wajah Naufall yang sedang memandu itu. "Kau kena sampuk apa nih?" Akhirnya Naufall bersuara. Sebenarnya tengah cover malu tu. Macam mana kalau perempuan tu perasan yang aku tangkap gambar dia?

"Err Cen pening kepala lah," mengadu Cendana sambil memegang kepalanya. Sejak suaminya mula memanggil dirinya dengan panggilan 'Cen' terus dia membahasakan dirinya Cen juga.

"Kau okay tak? Pening sangat ke?" Gelabah Naufall bertanya. Terus hilang fokus pada permanduan. Sekejap kejap dia mengerling isterinya. " Entah tiba tiba pening dengan perut sakit. Cen rasa Cen sengugut lah," ngadu Cendana lagi seraya melentokkan kepalanya dibahu suaminya.

Tergamam Naufall dengan tindakan isterinya yang tiba tiba itu sebelum mengukir senyuman nipis. Dia menukar tujuan daripada hendak ke suatu tempat kepada ke kedai.

Setelah sampai dikedai yang ditujunya, Naufall memberhentikan keretanya sebelum membuka pintu ingin keluar tapi tindakannya mati apabila tersedar yang Cendana sudah lena dibahunya. 'takkan nak kejut?'

Lama juga Naufall dalam keadaan begitu sebelum dia bertindak untuk mendail nombor kawannya yang tinggal dikawasan itu.

Setelah hampir sepuluh minit mereka berbual, Naufall mematikan panggilannya sebelum terpandang figura seorang lelaki berjalan kearah keretanya. "Mai duit," arah Amirul.

"Ya jap aku bagi," seraya membawa keluar duit dari dompetnya lalu dihulurkan kepada Amirul. Amirul menyambut huluran tersebut sebelum melangkah masuk kedalam kedai.

Sebenarnya tadi Naufall ingin keluar membeli hot pad untuk isterinya tetapi selepas melihat Cendana sedang tidur dibahunya tindakannya mati. Dia mendail nombor kawannya itu hanya sebab ingin menyuruh Amirul membeli hot pad itu saja.

Tok! Tok!

Naufall membuka tingkap keretanya sebelum terus merampas barang yang dibelikan oleh Amirul itu. "Terima kasih dok. Duit baki kau simpan je lah," arah Naufall lalu terus menutup tingkap tanpa menunggu balasan daripada Amirul.

Naufall membuka penutup botol mineral lalu dituang sedikit kedalam hotpad itu sebelum dipanaskan. Dia meletakkan hotpad itu diperut isterinya sebelum mengubah posisi tidur Cendana.

Sempat juga dia menurunkan kerusi yang diduduki oleh Cendana. "Sweet dreams, bidadari," ucap Naufall seraya melabuhkan ciuman didahi dan pipi wanita itu

Mata ditoleh kedepan semula. Dia memusingkan sterengnya sebelum patah balik kerumah. Takkan dalam keadaan begini isterinya harus berjalan lama.

𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐑𝐅𝐀𝐄𝐋𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now