Chapter 10

365 24 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 2 pagi dan Naufall masih belum tidur. Dia duduk sambil bersandar pada birai katil. Didepannya terdapat komputer riba miliknya. Jarinya elok menari nari diatas papan kekunci.

Naufall mengerling sekilas isterinya yang sedang tidur disebelahnya. Dia duduk disitu hanya untuk menemani isterinya tidur tadi. Kejap lagi ingin tidur dia akan tidur disofa juga.

Sedang fokus pada laptopnya, tiba tiba dia terasa seperti ada yang menyentuhnya. Lantas dia berpaling memandang isterinya. Kening diangkat tinggi. "Kenapa bangun?" Soal Naufall.

"Err Cen nak mintak sesuatu boleh?" Naufall hanya mengangguk seraya menutup laptopnya.

"Cen lapar benda masam masam  lah," pinta Cendana seraya tersengih. Naufall mengerling jam sekilas sebelum mengangguk. Dia bangun dari duduknya lalu melangkah keluar. Cendana menghantar pemergian suaminya dengan ekor mata.

Naufall berjalan menuju kedapur untuk menjadi apa apa yang masam untuk diberikan kepada isterinya.

"Aduh takkan takda satu pun?" Soal Naufall pada diri sendiri. Tangannya masih ligat mencari. Hurmm memang takda!!

Naufall naik keatas semula untuk mengambil kunci motorsikal berkuasa tinggi miliknya.

Cendana hanya memandang suaminya yang baru masuk itu. "Aku keluar cari asam dekat kau jap," pinta Naufall lalu melangkah keluar semula.

Cendana memandang balkoni sebelum bersuara "mana dia nak cari asam malam malam macam ni?" Soal Cendana pada diri sendiri.

JAM sudah menunjukkan pukul 6 pagi namun Naufall masih belum menjumpai apa yang dia hendak cari itu. Yelah, mana ada kedai jual asam malam malam buta kan?

Naufall menunggang superbikenya sambil memandang sekeliling mencari kedai. Matanya sudah penat kerana tidak tidur tapi ditahan juga.

Dari jauh Naufall perasan ada kedai runcit yang baru saja dibuka. Laju Naufall menuju kesitu.

Naufall turun dari motorsikalnya lalu melangkah masuk kedalam. Kelibat seorang lelaki agak berumur yang sedang menyusun barang menyapa pandangan Naufall.

Naufall mendekati lelaki itu lalu menegurnya "pakcik," panggil Naufall membuatkan lelaki itu menoleh memandangnya. Lelaki itu bangun dari cangkungannya lalu menyahut "ye kenapa?"

"Err saya nak cari asam untuk isteri saya," lelaki itu mengangguk lalu berjalan kearah rak yang terletaknya asam. Lelaki itu mengambil sebungkus asam lalu dihulurkan kepada Naufall.

Naufall menyambut huluran tersebut lalu membawa keluar duit dari poketnya. "Eh eh takpayahlah. Saya sedekah," ayat lelaki itu menghentikan tindakan Naufall. Naufall mengangkat kepalanya memandang kearah lelaki itu sebelum menghadiahkan senyuman lebar. "terima kasih pakcik,"

Naufall melangkah mendekati motorsikalnya semula lalu meluncur pergi. Akhirnya..

CENDANA berjalan kehulur kehilir didalam biliknya. Sekejap kejap dia berjalan kebalkoni untuk melihat sama ada suaminya sudah balik atau belum.

"Aduh asal dia pergi cari? Kau lah Dana ha yang pergi mintak asam malam malam tu dah kenapa aduhh," marah Cendana pada diri sendiri.

Tok! Tok! Tok!

Cendana menoleh kearah pintu sebelum wajah kacak suaminya menyapa pandangan. "Nah," seraya menghulurkan asam yang isterinya minta semalam.

Cendana menyambut huluran sebelum bersuara "yang abang pergi cari jugak tu kenapa? Sampai tak tidur malam. Along kata abang kerja tau harini. Abang nak semua yang naik kapal terbang abang bawak tu mati ke?" Marah Cendana sambil mencekak pinggang.

"Aku sanggup buat apa saja demi kau," balas Naufall membuatkan Cendana kemam bibir. "Lagipun aku tak bawak kapal terbang harini," sambung Naufall lagi. Cendana mengangguk faham lalu mendekati suaminya yang sedang duduk diatas katil itu. Wajah jejaka itu tampak sangat penat.

Duduk dilabuhkan ditepi suaminya lalu memeluk tubuh kekar jejaka itu. Naufall tergamam dengan tindakan tiba tiba isterinya itu. Perlahan lahan air mata Cendana jatuh. Dia tidak sangka suaminya sanggup tidak tidur malam hanya kerana dia.

"Cen mintak maaf. Sebab Cen abang tak tidur malam," ucap Cendana serba salah. Air matanya membasahi baju Naufall. Perlahan lahan tangan Naufall naik membalas pelukan isterinya. Tangannya mengusap belakang badan gadis itu.

"Jangan nangis, sayang. Aku tak kuat tengok kau nangis. Air mata kau, kelemahan aku," ujar Naufall. Cuba untuk memberhentikan tangisan isterinya.

"Kau tak salah. Kau kan tengah uzur. Biasalah kalau lapar benda masam. Nawra pun macam tu," sambungnya lagi. Naufall melabuhkan ciuman dikepala isterinya. Dia menjauhkan tubuh Cendana darinya lalu mengusap air mata gadis itu.

"Maafka-" ayat itu terhenti apabila Naufall mencium mulut Cendana. "Ha tau pun nak diam," Cendana tertunduk malu sebelum menyembamkan wajahnya pada dada Naufall. Malu.

Naufall menghamburkan ketawa terbahak bahak.

𝐂𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐔𝐅𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐑𝐅𝐀𝐄𝐋𝐋 | 𝐂Where stories live. Discover now