PART 2

340 56 10
                                    

2042..

" Woi Kim Woojin! " tersentak namanya dipanggil lantas lelaki ini berpaling. Sudah dia tahu gerangan siapa yang memanggil namun lebih memilih untuk tidak melawan.

" Mana duit aku? " seorang lagi remaja bertubuh besar bersama geng-gengnya menghampiri dan menolak tubuh Woojin. Terganjak ke belakang tubuh remaja ini dek kerana tolakan si badan tegap.

" Papa...papa aku tak beri duit harini. " balas Woojin terketar-ketar. Sesungguhnya dia takut namun harini dia beranikan diri juga.

" Apa dia? "

PRAPPP !!

Tersentak sebaik sahaja lehernya dicekak kuat oleh si lelaki. Dia tahu apa akan jadi harini. Dia akan dipukul lagi. Dia akan dibuli lagi. Dan tiada siapa akan membantu... kerana Woojin disini dipulaukan. Kehadirannya tidak dipedulikan.

Semuanya kerana...

" MAK KAU BANDUAN! "

" HAHAHA MAK KAU MASUK PENJARA! "

" WOOJIN ANAK PENJENAYAH! "

Ya, semua kerana itu. Kerana fakta ibunya seorang penjenayah.

" Woojin okay kat sekolah baru? " sang ayah bertanya. Ia kerana kali ini sudah 4 kali Woojin bertukar sekolah kerana dia kerap dibuli. Si ayah juga buntu bagaimana mahu membantu anak tunggalnya itu.

" Papa..."

" Ya? "

" Kenapa mama masuk penjara? "

Tersentak, sang ayah menelan liurnya. Makanan yang dihidangkan depan mata dipandang sepi. Bagai tiba tiba sahaja lelaki ini kehilangan selera makan kerana soalan mengejut anak.

" Mama... mama ada buat salah sikit. Jadi, Tuhan tengah—"

BAM!!

" Pa, Woojin dah besar. Woojin dah 17 tahun, stop layan Woojin macam budak kecil lah! Woojin dah besar nak faham apa jadi! " teriak si anak. Tubuhnya naik dan turun menarik nafas yang bergelora. Sungguh dia marah dan ingin sahaja dia berteriak lagi pada sang ayah.

Woojin lelah.

Dirinya kerap dibuli.

Semuanya kerana mama seorang banduan. Mama dimasukkan kedalam penjara sejak dia dilahirkan. Dan harini genap umurnya 17 tahun, bersamaan genap 17 tahun mama didalam penjara. Mama dimasukkan kedalam penjara selama 40 tahun atas kesalahan membunuh dan merompak.

Berita mama juga boleh sahaja dia capai melalui pencarian Internet, namun tidak Woojin lakukan, kerana hatinya yang menidakkan untuk rasa terluka.

" Woojin nak apa-apa tak? Harini kan birthday Woojin. " sang ayah menyoal. Ingin mengalihkan rasa amarah anak ke arah lain.

" Papa polis kan? Kenapa papa tak tolong bebaskan mama? "

Dan ini kali pertama sang anak menyoal soalan begini.

Ya dirinya polis.

Dan soalan sang anak membuatkan dirinya tersepit. Bukan dia sengaja tidak mahu membebaskan isterinya. Cuma sukar....

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now