Hilang.
Woojin dan Atsuko hilang seakan mereka tidak pernah wujud didunia itu. Mereka hilang ditelan alam, tanpa secebis pun ingatan yang diperolehi Junkyu mahupun Angeline.
Kedua pasangan suami isteri itu juga tidak pernah tahu kewujudan Woojin sebelum ini.
Dan bermula la hidup mereka berdua sebagai pasangan suami isteri yang bahagia. Hidup serumah kini, dan harini merupakan kes penyebutan terakhir proses penyerahan share syarikat itu di mahkamah.
Angeline hadir bersama suaminya disisi, Kim Junkyu.
Terlihat wajah papa yang sungguh marah, dan mana tirinya yang seakan benci melihat situasi kini.
Iyalah, harta kini sudah tiada.
Bam!
Bam!
Bam!
" Mahkamah mengisyhtiharkan harta sepencarian milik syarikat Shin Enterprise, akan diberikan sepenuhnya kepada Kim Angeline Tan sebagai anak Shin Yoonju, dan bukan lagi milik Kim Jung. "
Lega.
Angeline tersenyum lebar saat mendapat tahu kini syarikat itu sepenuh miliknya. Junkyu disisi juga bersyukur isterinya menang sebutan kes ini.
Pelukan diberikan dan kucupan ringkas dilabuhkan didahi.
Namun, baru sahaja Angeline dan Junkyu mahu menapak keluar, tubuh Angeline direntap oleh seseorang.
GREPP !!
" BERANI KAU BUAT BENDA NI?! "
Angeline tersentak sebelum senyuman sinis berlabuh dibibir. Oh, mama tirinya. Si perempuan jahanam yang menghancurkan keluarganya.
Si dia yang menyebabkan Angeline kehilangan erti keluarga sebenar.
Junkyu mahu membantu meleraikan sebelum Angeline menggeleng lembut. Dia mahu menyelesaikan masalah ini sendiri, berkat amanat mendiang mama.
Tangan Angeline mencengkam kuat tangan wanita itu lantas dilepaskan. Tergamam isteri papa saat begitu sahaja cengkamannya dileraikan. Wajah cantik Angeline itu dipandang penuh benci.
" Masa korang dah habis. "
" Apa maksud kau perempuan sialan? Kau pun sama je bodoh macam mama kau yang dah mampus tu! "
PANG!
Tertoleh kepalanya kesisi saat satu tamparan keras diberikan daripada Angeline.
Anehnya, papa hanya diam membisu. Langsung tiada inisiatif mahu mempertahankan isterinya, malah dia hanya kaku dan kelu disisi.
" Kau takde hak nak hina mama aku, perampas. Kau yang hancurkan keluarga aku, jangan berangan nak dapat semua harta hasil usaha mama. Kau tu yang sebenarnya perempuan sialan. "
Junkyu juga turut tergamam saat mendengar isterinya menuturkan ayat itu. Bibirnya terkunci rapat menyaksikan isterinya melawan keluarganya.
" HEY! Kau tu yang rampas harta keluarga kami! Sedar d— "
" Sudah. "
Terkesima wanita itu saat papa masuk campur. Lelaki pertengahan abad ini hanya berdehem, bersuara kecil lantas memandang Angeline yang masih dikuasai amarah.
" Papa nak minta maaf kalau selama ni papa gagal jaga Angeline. "
" Hey sayang, jangan nak minta maaf! Perempuan ni yang— "
" AWAK DIAMLAH !! "
Damn. Junkyu dan Angeline, keduanya turut terdiam saat papa menengking isterinya. Walaupun mama pun tidak pernah sekali dimarahi sedemikian rupa.
YOU ARE READING
MY ANGELINE / KJK
FanfictionKim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah kebahagiaan dalam perpisahan?