PART 9

191 34 8
                                    

Woojin terjaga ditengah malam. Matanya ditonyoh sebelum cuba meraih pemerhatian yang lebih jelas.

Kini, Woojin menetap dirumah Junkyu. Hanya mereka berdua sahaja memandangkan Woojin tidak tahu asal-usulnya disini. Tetapi tiada salahnya juga. Woojin duduk bersama ayahnya, kan?

Woojin tidur diruang tamu, manakala Junkyu didalam biliknya.  Namun, apabila Woojin terjaga, dapat dia lihat lampu dibilik bacaan Junkyu bernyala. Jam didinding dikerling seketika.

3 pagi?

Apa ayahnya buat didalam bilik berseorangan? Tetapi, tiada apa yang berbeza dengan papa dimasa hadapan. Papa juga sering bangun dan menatap gambar mama pukul 3 pagi sebegini. Dan akhirnya papa menangis.

Woojin membesar dengan melihat perkara itu. Dan kerana itulah Woojin nekad mahu menukar sejarah. Dia tidak mahu papa sedih, dan dia tidak mahu mama sengsara.

Remaja ini bingkas bangun dan menapak perlahan ke bilik bacaan Junkyu. Dalam kegelapan, dapat dilihat papanya sedang duduk dihadapan laptop dan membelek beberapa fail. Dan dilaptop papanya, terpapar beberapa keratan surat akhbar online.

Berkenaan mak ayah mama...

Papa buat apa ni?

" Abang...? "

Junkyu berpaling sebelum senyuman segaris dilempar kearah Woojin. Remaja ini segera menghampiri si abang, sebelum apa yang Junkyu lakukan diperhati telus.

" Kenapa abang search pasal mak ayah kak Angeline? " soal Woojin. Junkyu tersengih, sebelum belakang kepalanya digaru.

" Something wrong dengan family Angeline, abang dapat rasa. Lagi-lagi kejadian tadi. "

Kejadian tadi? Ya kejadian Woojin dan Junkyu cuba menghendap kedalam rumah Angeline.

" Kau jangan bising tau, dik. "

" Tahu, bang. Saya dah besar. " Woojin menggulingkan matanya keatas. Menyampah mendengar ayat papanya.

Argh, papa dimasa hadapan dan kini sama je. Pengecut apabila melibatkan mama.

Kesian mama. Perlu ke aku tukar masa hadapan? Biar mama cari yang lebih baik. Abang Yoshi pun okay juga.

Aish nanti aku pula tak dilahirkan.

" Kenapa abang tiba-tiba nak tolong? Tadi takut sangat. " perli Woojin, memerhati tubuh Junkyu yang kini turut sama mencangkung sepertinya untuk mengendap keadaan didalam.

" Abang cuma takut ada kes jenayah sekarang. " balas Junkyu. Woojin menggelengkan kepalanya.

Alasan yang baik, papa.

Lantas mereka berdua menghendap kedalam rumah Angeline. Dapat dilihat tubuh Angeline yang kini sedang berdiri tegak didepan dua figura yang gah duduk disofa hadapan Angeline.

" Tu ke—-"

" Haah, tu lah Orang Kaya Kim. Dua orang tu orang tua Angeline. " jawab Junkyu, tanpa sempat Woojin bertanya. Angguk memahami, remaja ini kembali memandang hadapan.

Menyaksikan mamanya yang seperti sedang dihukum oleh orang tuanya.

Dan..

Tangan mama berdarah..

Kenapa?

Mata Woojin melilau sebelum dia menangkap cawan kaca yang sudah pun separuh pecah dilantai. Bersama titisan darah mama. Woojin pasti itulah bunyi kaca pecah yang dia dan Junkyu dengari.

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now