" Mama okay? "
Angeline mengusap lembut rambut mamanya. Air mata tumpah menangisi kisah hidupnya yang begini. Sebentar tadi, dia sudah pun dihantar pulang oleh Junkyu. Dalam hatinya, terselit rasa senang dengan Junkyu.
Lelaki itu sungguh baik.
Kim Junkyu sungguh baik. Tidak pernah dia terfikir akan berjumpa dengan lelaki sebaik Kim Junkyu. Lelaki itu seperti turunan Tuhan kepadanya, menjawab segala kesusahan dan kepayahan hidupnya sebelum ini.
Terima kasih Tuhan.
Dan tidak dapat dinafikan, hatinya sudah mula jatuh pada lelaki itu.
Angeline sudah mula sayangkan Junkyu.
" Mama okay, sayang... " lirih si ibu. Angeline menggenggam erat tangan ibunya. Raut wajah yang tua itu dipandang sepi.
Sungguh dia sayangkan ibunya.
Hanya wanita itu ahli keluarga yang dia punyai. Papa? Lelaki itu sudah mati saat lelaki itu menengking mama kerana tamak akan harta.
" Mama... maafkan Angeline sebab tak jaga mama. " tangis si gadis.
" Tak apa, Angeline. Mama tahu Angeline tak maksudkan semua tu.. " mama mengelus lembut wajah si anak. Senyuman segaris dilemparkan.
Angeline hanya tersenyum manis.
" Sayang... "
Pantas Angeline memandang mamanya. Tangan mama dielus lantas dibawa ke wajahnya.
" Mama rasa hidup mama tak lama dah, sayang. "
" Ma! Jangan cakap macam tu. " keluh Angeline. Sebelum mama tersenyum manis.
" Nanti bila mama dah tak ada, Angeline ikut cakap mama okay? "
Angeline menelan air liurnya sebelum dia mengangguk pantas.
" Nanti bila mama dah tak ada, Angeline ambil share mama. Mama ada share 60% kat syarikat tu, dan mama nak Angeline ambil, okay? "
" Tapi bukan papa— "
" Ya, papa akan bagi share dia kat bini baru dia. Tapi.. perlukan persetujuan mama dulu. Jadi, Angeline ambil kertas dalam laci tu. " memahami, pantas Angeline menapak ke laci di bilik itu. Panta selembar kertas didapati disitu.
Ianya borang.. penyerahan share syarikat.
Jadi mama akan..
" Mama akan turunkan cap jari mama sekarang. Simpan kertas tu, dan bawa ke syarikat selepas mama tak ada. "
" Ma, tapi mama akan hidup! "
Pantas dilihat nafas mama ditarik kuat, dan dihela kasar. Seperti nafas mama sudah berombak-rombak.
Seperti mama tidak akan lama lagi di dunia ini.
" Mama sayang Angeline.. Sayang sangat. Jaga diri ya sayang? "
Sebelum perlahan, Angeline menyaksikan mama kandungnya memghembuskan nafas terakhir.
Mama dah tak ada.
—————————————
Hari ketiga.
Sudah tiga hari Angeline mengurungkan dirinya dalam bilik. Sungguh kematian mama menghentam dirinya, lagi-lagi saat ini tiada siapa yang kisah mama pergi. Papa masih bersuka ria selepas mama pergi, bahkan isteri barunya juga seperti menyukai pesaingnya sudah mati.
Semua kejam.
Dan dikala ini tiada apa yang Angeline perlukan selain insan untuk meluah.
Angeline perlukan Kim Junkyu.
YOU ARE READING
MY ANGELINE / KJK
FanfictionKim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah kebahagiaan dalam perpisahan?