Junkyu membaringkan dirinya dilantai lokap. Air mata yang sudah kering hanya dibiarkan mengering dipipi. Junkyu berpaling daripada memandang hadapan, sementelah lagi kesemua orang kini sudah pulang ke rumah.
Hari ini genap 2 hari Junkyu ditahan. Dan semalaman juga Junkyu tidak dapat pulang melawat isterinya yang sedang sarat mengandung.
2 hari juga dia disini, kerana arahan Mejar Shin.
Dia tidak dapat menjenguk Angeline, tidak dapat juga melihat keadaan isterinya.
Dan dia juga masih berdendam dengan Yoshi. Sialan Yoshinori sungguh dia tidak sangka sejahat itu lelaki itu sanggup menipunya.
Yoshi itu sepupu Haruto?
Mengapa dia tidak tahu perkara ini? Mengapa dia tidak tahu Yoshi itulah tikus Haruto?
Lelaki yang berkomplot dan sanggup mengkhianati dirinya?
Junkyu menghela nafas berat. Hari ini, hari ini merupakan hari Haruto bakal melaksanakan plan jahatnya. Dan Junkyu sentiasa mendoakan isterinya selamat dirumah itu, meskipun sudah semalaman dia tidak pulang.
Pasti isterinya risau.
Namun tiada apa Junkyu dapat lakukan, phonenya dirampas sementara waktu, sementara dia masih didalam lokap.
Jam baru mencecah angka 7 pagi, pasti isterinya masih tidur. Junkyu tahu Angeline penat mengandungkan anak mereka, pasti anaknya sekarang buat hal menendang mamanya.
Alahai anak papa. Jangan buat mama sakit okay?
Klek!
Junkyu hanya mengendahkan bunyi jeriji yang dia dengari. Normal, pasti ada pegawai polis belah pagi pula yang datang.
Klek!
Dan bunyi itu masih berterusan.
Klek!
Junkyu mendengus, lantas dia berpaling melihat siapakah pemilik punca bising itu. Sebelum matanya membulat memandang figura yang kini sedang duduk mencangkung disisi tubuhnya.
" Opocot! " jerit Junkyu, nyaris sahaja dia mahu memukul tubuh lelaki ini yang tiba-tiba sahaja muncul dihadapannya.
" Kau okay, bro? "
" Kau buat apa kat sini? " dingin Junkyu membalas. Sungguh tidak mengerti mengapa lelaki ini perlu ada disini selepas berpuluh kali menyakiti hatinya.
Lantas terdengar keluhan halus. Junkyu pantas berpaling dan mendudukkan dirinya. Matanya tajam memandang insan figura didepan lelaki itu.
" Aku nak minta maaf, Kyu. Aku jujur nak minta maaf ni. "
" Selepas apa yang kau hina kat isteri aku, Jihoon? "
Ya, Jihoon.
Lelaki ini sedang duduk mencangkung dihadapan Junkyu, turut sama didalam lokap.
" Kyu, kita keluar dulu daripada sini boleh? Aku akan terang dengan lebih lanjut lepas ni. "
Junkyu menggulingkan matanya keatas.
" Kenapa kau nak selamatkan aku pulak? "
" Kyu, please... Aku takut pegawai lain datang ni. "
Junkyu mengeluh. Ya dia perlu keluar, dia perlu melihat keadaan Angeline dan anaknya. Bahu Jihoon dipaut, untuk mengimbangi langkahnya yang pincang kerana tidak makan lagi sejak semalam.
Dan pantas Jihoon membawanya masuk kedalam kereta. Jihoon tahu dia akan dibuang kerja kerana perkara ini, namun dia tidak mengendahkannya. Dia perlu membawa Junkyu pergi.
YOU ARE READING
MY ANGELINE / KJK
FanfictionKim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah kebahagiaan dalam perpisahan?