PART 3

256 49 4
                                    

Woojin masih menggosok matanya. Sungguh ini semua apa? Dirinya bagaikan dipukau, ditidurkan dan dibawa ke masa lampau. Apa maksud Kim Junkyu depan ni, atau lagi tepat dipanggil papa?

Macam mana aku boleh dicampak ke 18 tahun yang lepas? Setahun sebelum aku dilahirkan?

Setahun sebelum mama dan papa... berkahwin?

" Kami nak adik beri kami kerjasama boleh? Berkenaan kes langgar lari adik. " insan bergelar Kim Junkyu bertanya. Woojin berkerut, memandang figura sang ayah yang jauh lebih muda daripada apa yang biasa dia lihat. Ayahnya jauh lebih kacak, kulit mukanya tegang tanpa kedutan, dan ayah juga jauh lebih berkarisma.

Seorang pegawai polis yang ini Woojin akan kagumi.

Bukannya Kim Junkyu 18 tahun akan datang yang sungguh pengecut membiarkan mama kedalam penjara berseorangan...

Kejap.

Mama?

MANA MAMA?

Tahun 2024 ini Woojin pasti mamanya belum lagi masuk penjara. Mamanya masih bebas diluar. Mamanya masih... bukan banduan.

" Papa! Mama mana? "

" Papa? Mama? Eh adik nak abang telefonkan penjaga adik ke? Apa nombor mama? " soal Junkyu. Woojin menggeleng pantas.

Oh Tuhan, aku pasti ada sebab kenapa kau bawa aku kembali ke masa lampau...

Woojin memejam matanya lantas memandang Junkyu dengan pandangan telus.

Jom halang mama masuk penjara, papa.

" Adik okay nak beri keterangan? " soal Jihoon disisi. Nampak khuwatir juga melihat Woojin sedari tadi memanggil Junkyu papa. Mungkin dia takut dan segera ingin berjumpa penjaganya. Namun didalam dokumen peribadinya, kosong. Tiada nama penjaga bahkan nombor kad pengenalan juga tiada.

Jihoon mengesyaki remaja ini pendatang asing. Namun wajah dan namanya jelas-jelas orang Korea.

Woojin memandang insan yang baru melontarkan suaranya. Matanya mengecil memandang tinggi lampai bermata sepet disisi ayahnya.

Pakcik Jihoon....

" Papa ada kawan? " soal Woojin, sambil berjalan beriringan dengan sang ayah. Woojin mendongak memandang ayahnya memandangkan tubuhnya yang kecil baru mencecah usia 8 tahun. Ayahnya lebih tinggi.

Junkyu berdehem lantas menunduk memandang anaknya lantas dia mengangguk.

" Ada. Pakcik Jihoon nama dia. Park Jihoon. "

" Mana dia sekarang, papa? "

Junkyu tersenyum kecil dan memandang langit yang menyelerakkan warna biru mewarnai segenap ruang. Cantik tanpa sebarang hujan harini.

Matahari juga malu untuk memuntahkan cahayanya.

" Pakcik Jihoon? Dia dah tak kawan papa dah. Tapi dia dah kawin sekarang. Ada seorang anak perempuan, 2 tahun lagi muda daripada Woojin. " sengih Junkyu. Woojin terpinga-pinga mendengar. Dah tak kawan?

" Kenapa papa dah tak kawan Pakcik Jihoon? " soal si kecil.

Junkyu tertawa kecil. Alahai polosnya anak bujang dia ni. Belum mengenal dunia. Belum mengetahui betapa sakitnya dan kerasnya sebuah dunia itu akan terjadi.

BETUL!

Papa dah tak kawan dengan Pakcik Jihoon. Tapi kenapa?

Woojin memandang Jihoon yang sedang berbual dengan Junkyu didepannya. Pasti ada sebab, Woojin pasti. Takkanlah dia mahu bertanya pada Jihoon sekarang?

Woojin pasti pergaduhan Junkyu dan Jihoon bakal terjadi nanti tapi bukan sekarang.

" Boleh saya tahu siapa yang langgar saya, b—bang? " kekok mahu memanggil ayah sendiri, abang. Tapi Woojin terpaksa.

" Oh! " lantas Junkyu mengeluarkan sebuah kertas kecil yang dilipat didalam poketnya. Lantas dibuka dan disua kepada Woojin.

Syukurlah remaja ini mahu bekerjasama.

" Ni lah gadis yang langgar adik. "

Mata Woojin membulat.

Gadis ini....

" MAMA???? "

————————————

Angeline melilau melihat sekeliling. Mask dimuka dipakai dengan rapat kerana mengetahui kini dia menjadi buruan polis.

Semuanya kerana Haruto sialan tu.

Semuanya kerana kejadian malam itu...

VROOOMMMM !!!

Dum!

Angeline tergamam melihat kejadian didepannya. Baru sahaja dia berniat mahu merokok sebentar dikawasan sunyi ini, matanya menangkap sebuah kejadian remaja dilanggar lari oleh kelibat bermotor besar. Lantas,kelibat itu memecut pergi meninggalkan remaja yang sudah berdarah itu terkapai seorang.

Dan setelah diamati, kelibat babi itu ialah Haruto. Apa yang Haruto fikirkan?

Melanggar seorang remaja lelaki?

Sungguh tiada hati perut!

Angeline pantas mencampak puntung rokoknya yang masih merah menyala lantas berlari laju kearah remaja itu. Pantas kepala berdarah itu dipangku.

" Adik okay?! " teriak Angeline. Sungguh matanya bergetar melihat kejadian ini. Telefonnya mendail nombor telefon kecemasan.

Mengharap bantuan bakal tiba segera.

Sebelum sebuah kereta peronda polis yang melalui kawasan ini berhenti.

Lantas menganggap dirinya seorang yang bersalah.

Bodoh Haruto.

Angeline berjalan menuju kekawasan keramaian kerana kurang orang akan syak wasangka padanya. Lagi-lagi polis.

Pasti tiada polis kan disini?

Past—-

Bam!

Ah shit Angeline. Kenapalah kau langgar orang pula kali ni?

" Sorry! Sorry! " insan yang dilanggarnya meminta maaf terlebih dahulu. Lantas tubuh yang berbalut hoodie hitam dipegang kerjap. Sekadar memastikan semuanya baik sahaja.

" Tak—takpe, saya yang tak nampak jalan. " geleng Angeline. Syukurlah dia memakai mask, berharap tidak ramai mengenalinya. Sebelum matanya membulat memandang insan yang dilanggarnya.

Kerana fakta insan yang dilanggarnya ini salah satu pegawai polis.

Pegawai polis wanita yang pernah menangkapnya suatu ketika dahulu.

Namun dia dibebaskan disitu juga kerana suapan rasuah yang tinggi nilainya. Pegawai polis ini juga yang Angeline banyak kali nampak bersama Haruto.

Ya gila, kerana dirinya seorang pegawai polis yang seharusnya amanah, integrasi dan jujur.

Namun gadis dihadapannya ini sungguh keji. Bekerjasama dengan sindiket dadah dibawah kumpulan Haruto, juga turut sama menjadi perempuan simpanan Haruto. Namun dia ditakhta teratas kerana Haruto lebih kerap membawanya ke mana-mana sahaja.

Mungkin kerana Haruto mempergunakan dirinya sebagai pegawai polis?

Yang terbaik antara yang terbaik?

Dan wajah pegawai polis ini jugalah menjadi penyebab Haruto masih berleluasa tanpa sebarang penangkapan keatas syaitan itu. Masih enak bergembira dengan semua aktiviti jenayahnya.

Kerana adanya pegawai polis berjawatan tinggi yang enak membelanya.

Pegawai polis itu..

Kim Hana.

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now