PART 28

137 23 3
                                    

Usai sampai, Junkyu bergegas ingin meluru masuk. Dia sudah menyelitkan pistol miliknya didalam baju dan juga tak lupa memakai baju perlindungan peluru. Dia perlukan semua itu, dia tidak tahu sejauh mana Haruto dan Yoshi akan bertindak.

Dan isterinya..

Ya Tuhan, jagalah isteri aku sementara dia masih didalam sana.

Junkyu mengemam bibirnya lantas dia masuk perlahan. Tiada bodyguard menjaga di luar, Junkyu yakin. Dia pantas menyelinap sebelum dia menyorok dibelakang beberapa kotak kayu besar.

Nafas menderu hebat lantas air liurnya ditelan. Dia pegawai polis oleh itu dia terlatih untuk perkara sebegini. Dia tidak mahu satu kesalahan bodoh pun dilakukan menyebabkan nyawanya mahupun isterinya terkorban.

Junkyu bergerak pantas menyelinap lagi dan lagi sehingga dia dapat masuk sepenuhnya kedalam bangsal. Terlihat beberapa orang orang Junkyu melilau dan ada sesetengah hanya duduk.

Junkyu hanya menyorok, memikirkan bagaimana dia mahu melepasi 2 orang Haruto yang sedang duduk didepan pintu besar.

" Mayat perempuan bodoh tu kau dah uruskan ke? "

Junkyu tersentak saat mendengar mereka berborak. Perempuan bodoh? Jangan cakap tu mayat Angeline...

" Hana? Dah. Anak dia pun sekarang nurse tengah uruskan. Menangis teruk juga tak berhenti daripada tadi. Risau je boss tembak budak bodoh tu pulak. "

Darah Junkyu berderau. Maknanya Hana telah ditembak?

Ya Tuhan, dia terlambat. Hana maafkan aku sebab lambat.

" Boss memang nekad nak halau Hana tu. Angeline pula lepas ni, haish. "

" Angeline mana? Kat dalam? "

" Entahlah weh. Aku tak nak tahu, baik mampus jelah. "

Junkyu mengetap rahangnya. Pantas dia bertindak menunggu lagi, sehinggalah salah seorang daripada dua insan itu berlalu pergi menuju ke tandas. Junkyu pantas keluar dan menuju kedalam bilik yang dijaga dua orang itu. Kebetulan seorang lagi tidak memandang.

Ceh. Orang bodoh mana lah Haruto ambil jadi orang suruhan dia ni?

Sebaik sahaja Junkyu berjaya masuk, dia melilau melihat sekeliling sebelum matanya tertancap pada satu figura yang sungguh dia rindui.

" Sayang! " pantas Junkyu menghampiri isterinya yang diikat ditangan dan kaki. Mulut isterinya juga disumbat membuatkan hatinya pilu.

Sungguh sialan Haruto tu sebab buat isteri aku macam ni.

" Sabar sayang, saya bawa awak keluar daripada sini. " terang Junkyu, masih berusaha membuka tali yang mengikat isterinya. Sebelum bibirnya tergamam melihat apa didepan matanya kini.

" Junkyu... pergilah. Jangan selamatkan saya. "

" Angeline.... "

Bom. Ada bom yang kini berdetik membaluti tubuh Angeline. Junkyu mengepal tangannya, air matanya merembes laju. Gila, sialan mana yang ikat bom kat Angeline ni?

" Saya akan cuba buka bom ni daripada awak Angeline. Saya akan— "

" Berhenti apa yang kau tengah buat sekarang, Inspektor Junkyu. " tergamam, Junkyu tersentak saat dia merasakan sepucuk pistol dihala tepat dibelakang kepalanya.

Dan dia kenal suara siapa itu.

" Kau memang sial Yoshinori. "

" HAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAH !! "

Junkyu mengetap rahangnya, hanya diam saat pistol itu dihala ke kepalanya. Yoshi dibelakang tertawa kuat, seperti menyenangi perbuatan jahatnya ini.

" Angkat tangan kau, Junkyu. "

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now