" Memang kena hantar rumah kebajikan je weh. " geleng Jihoon.
" Haah. 17 tahun hidup takkanlah tak ada any pengenalan diri. " sokong Yoshi.
Dan kini Junkyu pula termenung. Memandang sisi Woojin yang sedang meletakkan kepalanya diatas meja.
Itu jawapan yang Junkyu tahu, namun rasa sayang pula mahu meninggalkan Woojin disitu. Remaja ini juga pelik. Dimanakah dia tinggal selama ini? Rumahnya? Siapa ibu bapanya? Dan jika benar Woojin membesar di rumah anak yatim, pasti sudah lama remaja ini dilapor sebagai hilang.
Jadi siapakah Woojin?
" Ke adik amnesia? " mata Junkyu membulat, memandang Woojin. Sebelum remaja ini memggeleng pantas.
" Tak bang. Saya normal je. "
Junkyu kembali cemberut. Hmm ini sukar.
Dan lebih sukar kerana kes Angeline yang kini digugurkan.
"So, kiranya Angeline tak salah la? " sampuk Jihoon, jelas mukanya menahan amarah. Yoshi juga mengangkat bahu.
Malas mahu dia fikirkan. Harini hari dia bercuti, jadi dia tidak mahu fikirkan soal kerja sekarang.
Yoshi mengamalkan work-life yang balance.
" Woojin dah nafikan, dan bukti kepada Angeline memang tiada. Semuanya sebab ada pegawai kata dorang nampak Angeline disitu. Tak bermakna dia yang melanggar. " terang Junkyu.
" Jadi cara apa kita nak sumbatkan Angeline kedalam penjara? " soal Jihoon, pantas. Woojin berkerut memandang Jihoon yang beria mahu memasukkan Angeline kedalam penjara.
Apa salah mama?
Jihoon hanya mahu memastikan namanya sebagai seorang pegawai polis terjaga. Namun dengan cara apa? Memasukkan Angeline, seorang yang terkenal di balai polis kedalam penjara?
Sungguh Woojin terkesima. Dan kini Woojin pasti...
Park Jihoon akan jadi salah satu sebab mamanya ke penjara.
Sedang asyik mereka berborak, satu tangan halus menyentuh bahu bidang Junkyu. Menyapa si lelaki dengan mesra.
" Hi Junkyu. " tersentak, Junkyu menoleh ke belakang sebelum dia tergamam. Matanya bergetar memandang figura yang sedang menyapanya kini. Figura yang sungguh Junkyu rindui.
Entah berapa lama mereka tidak berjumpa selepas kata putus diucapkan. Entah berapa lama Junkyu berendam dengan air mata kerana merindukan gadis yang masih bertakhta dihatinya ini.
Kim Hana.
" Apa kau buat kat sini, Hana? " soal Yoshi, tidak senang. Jihoon juga sudah menjeling tajam.
Kerana nyatanya semua tahu betapa bangsatnya seorang Hana, cuma Junkyu seorang sahaja yang buta. Junkyu dibutakan dengan cinta.
Dan hasilnya, Junkyu menjadi bodoh.
Dan fakta ini Woojin juga setuju. Papanya bodoh kerana perempuan yang Woojin pun tidak tahu siapa.
Masalahnya mana mama????????
" Oh hi Hana... "
" You guys tengah lunch ke? Oh, siapa budak ni? Haii adik. " senyum Hana pada Woojin. Namun, sedikit pun tidak Woojin hiraukan. Nampak gedik, memang taklah Woojin nak layan.
" Kalau kau nak duduk sini, maaflah tak ada seat dah. " selar Yoshi, ditambah sokongan anggukan oleh Jihoon.
Benar. Sempit dan tak muat.
" Oh dont worry, I just nak talk dengan Junkyu somewhere. Kyu, shall we? " dan seperti dipukau, begitu sahaja Junkyu dibawa pergi. Sebaik sahaja dua insan itu berlalu, terus muka Yoshi dan Jihoon cemberut. Dapat dinilai yang mereka berdua sememangnya tidak menyenangi kedatangan Hana.
Buat pertama kalinya, Woojin setuju. Dia juga tidak menyenangi kedatangan Hana.
Kata Junkyu semalam, Hana berpindah ke Busan dan memutuskan hubungan kerana takut Junkyu curang padanya.
Semudah tu je perempuan itu melabel papa sebagai pencurang? Sepanjang mama dipenjara, tidak pernah sekali papa memburukkan mama, bahkan saban hari lelaki ini datang melawat isterinya itu. Woojin saksi betapa tulusnya cinta Kim Junkyu kepada Kim Angeline.
Dan perempuan bernama Hana ini sesuka hati melabel papa macam tu.
" Kau tak payah nak berbaik sangat dengan Hana tu. Kalau boleh nasihat sikit Junkyu tu. Aku dengan Yoshi pun tak mampu dah. Dia macam dah dibutakan dengan cinta bodoh Hana tu. " terjuih bibir Jihoon berbicara. Benar, sukar sekali mahu menasihatkan Junkyu.
Woojin menelan air liurnya. Sekarang bagaimana dia mahu menasihatkan papanya untuk mengahwini Angeline?
Setahun lagi sebelum dia dilahirkan...
" Saya nak keluar kejap. " Woojin meminta izin ingin keluar daripada cafe ini sebentar. Dia perlukan ruang untuk berfikir secara normal.
" Nak hisap rokok ke? " soal Jihoon. Hah? Hisap rokok?
Ya..
Sudah lama dia tidak hisap rokok. Woojin juga merupakan seorang perokok, berbeza dengan Junkyu yang masih mempunyai paru-paru yang sihat.
" Ha—haah.. "
" Nah. " lantas sebatang rokok dihulur oleh Jihoon. Woojin berkerut kehairanan namun tidak lupa untuk menyambut rokok yang dihulurkan.
" Aku pun hisap. Ambil lah sebatang. "
Usai itu, remaja ini menapak keluar, hanya sekadar mahu mengambil angin. Rokok itu disimpan kedalam poket, menghargai pemberian Jihoon. Namun, tidaklah dia mahu menghisap sekarang. Dia hanya mahukan ketenangan untuk berfikir.
Dimanakah mama? Bukan di Seoul kah?
Woojin tahu mamanya merupakan gadis kacukan Korea-China-Amerika. Sebab itulah terhasilnya nama Kim Angeline Tan. Namun segala fail peribadi, siapa orang tuanya, dimana mama tinggal, tidak Woojin ketahui. Segalanya kabur.
Dimanakah mama sebenarnya?
Mama—
Pam!
Tersentak, Woojin jatuh terduduk selepas sahaja tubuhnya dilanggar kasar. Mengaduh kesakitan si remaja sebaik sahaja bahunya dilanggar sekuat itu. Mukanya berkerut kesakitan sebelum wajah yang melanggarnya diperhati sekilas.
" Eh adik okay? Sorry, akak tengah rushing! " suara itu membuatkan Woojin terdiam. Matanya menggigil memandang, sebelum bibirnya juga menggeletar.
Lantas insan yang berhoodie hitam, berambut panjang itu berlari pergi.
Woojin kenal individu itu.
Berambut panjang, bulu mata yang lentik, bermata bundar, dihiasi bibir yang mungil.
Woojin kenal siapa yang melanggarnya itu.
" Mama.... "
Kejap! Tu mama kan?
Pantas menggeleng, Woojin berlari pantas mengejar langkah si gadis.
" Mama! Kejap, tunggu, " jeritnya. Tak boleh dilepaskan! Aku dah jumpa mama! Dan mama kena jumpa papa!
Sebelum gadis itu berlari pantas melintas jalan raya. Tanpa melihat kiri dan kanan, Woojin juga pantas mengejar. Dia ingin pastikan dia tidak kehilangan langkah si ibu. Sudah lama dia memikirkan bagaimana mahu mencari ibunya dan Woojin rasa kali ini Tuhan mahu membantunya. Dia akan pastikan ibunya dapat digapai.
PINNNNN !!!!!
Tersentak, Woojin tergamam sebaik sahaja sebuah kenderaan memecut laju ingin melanggarnya. Pantas mata Woojin ditutup, menanti sebarang hentaman mengenai tubuhnya.
Tuhan, andai disini juga aku mati, aku redha.
BAMMMM !!!!
YOU ARE READING
MY ANGELINE / KJK
FanfictionKim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah kebahagiaan dalam perpisahan?