PART 11

199 34 8
                                    

" Ada apa ni you nak jumpa I? " Junkyu berkerut. Dia melabuhkan punggungnya dikerusi yang disediakan, berhadapan dengan kerusi gadis yang memanggilnya.

Hana.

" Aik? I tak boleh jumpa dah ke my ex? " Bibir Hana tersungging, seperti rasa tercabar dengan kata-kata Junkyu sebentar tadi. Kerana apa yang diharapkan Junkyu akan beria ingin berjumpanya. Namun apa yang didapatinya, Junkyu menangguhkan perjumpaan mereka selama 3 hari sebelum bersetuju.

Untunglah Haruto tidak bertanya lebih lanjut.

" Bukan tak boleh. Cuma you lupa ke what you said? About dont mention you anymore? " ayat Junkyu berjaya menghentak hati Hana. Kata-katanya sendiri makan tuan. Semua ni Haruto punya pasal lah, kalau tak dia pun tidak mahu berjumpa Junkyu lagi. Hatinya dah mati pada lelaki ini. Dia lebih menyukai Haruto, lelaki itu lebih mempunyai masa hadapan.

" Appreciate sikit my effort. I sanggup turun ke Seoul daripada Busan for you. "

" Yea, so what do you want? "

" I nak you stop siasat kes Woojin. "

Junkyu berkerut. Memandang Hana yang dengan lancangnya menyatakan perkara itu. Hana juga pegawai polis, mengapa dia berfikiran begini?

" Kenapa? "

" Buang masa je siasat. Woojin tu budak lagi, tak ada pun yang boleh you dapat if menang kes. Dia pun tak ada keluarga apa semua, why not just gugurkan? Im sure Jihoon tak tell you, but Mejar Shin dah suruh pun dia gugurkan. " penuh gah Hana menyatakan. Junkyu jelas tergamam. Sejak bila? Tiada pula Jihoon memberitahunya.

Atau pun ini hanya ugutan Hana?

Dan Junkyu teringat apa yang Jihoon katakan. Berkenaan Hana yang ingin melindungi Haruto. Berkenaan Hana itu pegawai polis yang tidak amanah.

Benarkah?

" Boleh you jujur dengan I, Hana? "

" What? "

" You try to lindungi Haruto ke? Ada mulut dah kata benda ni, but I rasa I kena tanya you sendiri. " Hana membulatkan matanya. Jelas tidak senang dengan ayat yang baru dilemparkan Junkyu. Ini kerana fakta apa yang dikatakannya itu semua benar. Memang Hana disini kerana ingin melindungi Haruto. Memang Mejar Shin sudah melakukan tugasnya dengan menutup kes Woojin, namun Hana tidak mahu Junkyu masih gigih ingin menyiasat.

" Mana ada! I tak lindungi sesiapa lah! "

" Kes ni tak boleh digugurkan, sebab ada saksi. " terkejut dua insan itu sebaik sahaja satu suara asing menjengah. Hana dan Junkyu berpaling sebelum dapat dilihat susuk tubuh seorang gadis menapak kearah mereka.

Angeline.

Bersama Woojin.

" Angeline? You bukan ke sepatutnya masuk penjara? " Hana jengkel. Woojin mengetap rahangnya sebaik sahaja ayat itu dituturkan Hana.

Dia tidak akan membiarkan mamanya membunuh Hana. Tapi akan dia pastikan Hana mendapat balasan.

" I saksi kes ni. So case cannot take down macam tu je. Kalau Mejar Shin tak nak fight, kami boleh rujuk balai polis lain. " Angeline tersenyum sinis, sebelum kerusi disebelah Junkyu ditarik dan didudukinya. Woojin pula berdiri diantara mereka, hanya menyaksikan bagaimana mamanya melawan perempuan ini.

Semua kerana idea Woojin yang mengajak mamanya kesini.

" Jumpa Hana? Tak boleh, kak! Bahaya! "

" Maksud Woojin? "

" Hana tu berbahaya, Woojin dapat rasa. Tak pelik ke kenapa dia tiba-tiba nak jumpa abang Junkyu? Woojin rasa kita kena pergi jumpa dorang. "

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now