Hana menggigit bibir bawahnya sebelum dia hanya melambai Haruto pergi ke kerja.
Lusa. Lusa lah hari Haruto akan menjalankan misinya.
Bersama Yoshinori.
Hana mendengus, kembali ke bilik yang dikunci Haruto setiap hari. Syukurlah pertemuannya dengan Angeline dan Junkyu semalam tidak dapat dihidu oleh Haruto. Lelaki itu masih pulang seperti biasa dan melayannya seperti puteri.
Hana kembali masuk kedalam bilik itu, lantas memandang sekeliling. Sebelum air matanya mengalir.
Hana tumpas lagi.
Dia terduduk sambil menangis teresak-esak. Bukan sahaja nasib Angeline yang dalam bahaya, namun Hana juga pasti dia bakal dibunuh juga.
Hana mengelus perutnya yang membuncit. Mengikut kiraan doktor, Hana akan melahirkan anaknya dan Haruto lusa. Tepat pada hari Haruto akan menjalankan misinya.
Hana mulai sebak. Dia tidak sangka anaknya akan mendapat bapa sekeji itu. Salahnya juga yang bodoh kerana jatuh cinta pada Haruto.
Dan dalam diam Hana bersetuju inilah balasan Tuhan kepada dirinya. Balasan dia yang meninggalkan Junkyu dahulu. Balasan kerana dia curang kepada Junkyu yang sungguh setia kepadanya.
Hana juga bersyukur Junkyu kini bahagia. Lelaki itu kini bahagia disisi Angeline yang sungguh mencintainya. Junkyu berhak bahagia, lelaki itu sungguh menjaganya dengan penuh kasih sayang selama 7 tahun.
Hana mengelap air matanya sebelum dia ingin kembali melakukan apa yang tergendala. Hana bingkas bangun lantas menuju ke meja yang dia pernah jejaki semalam.
Komputer dibuka kembali, lantas password yang Hana tidak tahu semalam kembali menjengah. Hana kaku seketika.
Sebelum satu tarikh yang dia lihat semalam segera dia taip. Mengharap ianya betul dan benar.
5 April.
Ting!
Hana menarik nafasnya kuat. Rasa lega menyapa dirinya selepas tarikh yang dia tulis itu benar.
Dan itu benar. Kerana tarikh itu merupakan tarikh hari jadi Atsuko. Cinta hati sebenar Watanabe Haruto.
Hana mengurut dadanya yang menahan rasa sebak sebelum dia kembali melihat isi dalaman. Dia perlu tahu apa lagi yang ada didalam komputer ini.
Sebelum satu folder menggamit perhatian Hana. Gadis itu pantas menekan folder itu lantas beberapa dokumen pdf dan gambar disertakan disitu. Mata Hana membulat melihat apa yang disertakan sebelum dia tersenyum sinis.
Akhirnya.
Inilah semua bukti penjualan dadah oleh Haruto beserta pembunuhan yang telah dia lakukan. Hana pantas memindahkan kesemua data kedalam pendrive yang dia bawa. Diharapkan kesemua ini dapat membantu Junkyu kelak untuk menangkap Haruto.
Usai itu, Hana segera bergegas keluar. Dia ingin segera menghantar pendrive ini kepada Junkyu.
" Kau buat apa dalam bilik aku? "
Damn.
Hana kaku. Matanya membulat, lidahnya kelu, dan tubuhnya seakan direnjat elektrik.
" Ha—Haruto... "
Haruto kini dihadapannya. Lengkap berpakaian pejabat, dan mata tajam yang sudah lama Hana tidak saksikan kini kembali menyiksanya.
" Aku tanya, apa kau buat dalam bilik aku? " soal Haruto sekali lagi.
Hana sudah menggeletar, dia seakan kaku.
" Sa—saya nak bersihkan bilik awak. "
PANG!
YOU ARE READING
MY ANGELINE / KJK
FanfictionKim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah kebahagiaan dalam perpisahan?