8 bulan kemudian....
" Eh kenapa you cook? " tegur Hana. Dia berjalan perlahan, menuju kearah dapur, dimana Haruto berada. Lelaki tinggi lampai itu tengah kusyuk menggoreng sesuatu, tidak mengendahkan Hana yang baru tiba.
" Haruto? "
" Oh! Sorry sayang, I tak perasan. Apa dia? " Haruto tersenyum lebar. Dia mengelus lembut perut Hana yang membuncit itu lantas dikucup perlahan.
Indah.
8 bulan yang berlalu ini sungguh indah. Hana dilayan seperti menatang minyak yang penuh oleh Haruto. Segalanya dilakukan oleh Haruto, tanpa sebarang campur tangan Hana.
Sehinggalah kini kandungannya sudah mencecah 9 bulan dan hanya menunggu hari. Hana berasa sungguh bahagia bersama insan yang disayangi ini.
Haruto sungguh penyayang.
Segala cravingnya dilayan, bahkan Haruto pulang membawa makanan yang dia pinta. Kakinya yang sakit juga selalu diurut saban malam, dan seperti kini Haruto membuatkannya makanan sarapan pagi meskipun Haruto juga tergesa-gesa ingin ke tempat kerja.
Hana gembira.
" I tanya, you masak apa? "
" Oh! Sorry babe I sempat cook hotteok je. Okay ke? "
Hana angguk manja. Lebih daripada mencukupi, Haruto.
Hana perlahan menarik kerusi untuk dia duduki, sebelum Haruto bertindak pantas membantu. Lelaki ini juga sudah lengkap berkemeja, menyerlahkan ketampanan seorang pemuda Watanabe.
Hana sekali lagi terpesona.
Dan usai memasak, pantas Haruto menghidangkannya diatas meja, lantas kerjanya seterus itu menyuap Hana. Menyuap ibu kepada anaknya sehingga kenyang.
Selesai semua itu, Haruto melabuhkan ciumannya ke perut Hana. Tangannya naik mengelus lembut perut Hana sebelum dia tersenyum lebar.
" Papa pergi dulu, sayang... "
Dan seketika hilang kelibat Haruto disebalik pintu. Hana menghembus nafas kasar.
Sebelum dia bakal memulakan misinya.
Ya misinya yang itu. Memasuki bilik kerja Haruto. Perkara yang paling ditegah lelaki itu.
" JANGAN MASUK BILIK KERJA AKU, FAHAM? "
Ya, itu amaran yang dia terima sejak hari pertama. Dan Hana sungguh curiga mengapa. Hari ini, Hana akan membuka bilik itu sendiri.
Hari-hari dia saksikan bagaimana Haruto akan berkurung didalam bilik itu selama 2 jam sebelum tidur. Entah apa yang dia lakukan, Hana tidak tahu.
Gadis ini tahu dia bertindak gila tapi dia tak kisah. Dia mahu tahu apa yang Haruto sorokkan daripadanya.
Hana mencari gugusan kunci yang selalu Haruto simpan dalam laci. Ianya banyak, namun Hana akan cuba satu-persatu. Semuanya akan dia cuba untuk membuka bilik ini.
Kreek!
Berjaya!
Perlahan, Hana menolak pintu bilik itu. Menyerlahkan isi dalamnya yang hanya mempunyai dinding kosong, beserta sebuah meja yang diduduki kerusi.
Hana menapak masuk, memerhati sekeliling dan membelek. Benar, tiada apa.
Hana menduduki punggungnya diatas kerusi kerja Haruto. Meja yang hanya mempunyai komputer itu diperhati kosong sebelum butang on ditekan.
Blink!
Password?
Hana berkerut. Cuma meneka password apa yang Haruto letakkan?
YOU ARE READING
MY ANGELINE / KJK
FanfictionKim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah kebahagiaan dalam perpisahan?