PART 19

163 31 1
                                    

Mustahil.

Tiga hari lagi untuk dia berada disini. Bagaimana masa 3 hari tu untuk dia gunakan?

Woojin berkerut, cuma memahami situasi kini. Ini juga berita yang baik, Junkyu mengumumkan dia bakal mengahwini Angeline.

Wow juga. Agak cepat papa buat kerja. Dan Woojin juga dapat saksikan betapa cintanya papa pada mama. Dan betapa sayangnya mama pada papa.

Namun, Woojin sedari dia perlu menitikberatkan ancaman lebih berat. Ancaman Haruto.

Dan Hana.

Woojin menggigit bibir bawah, memandang persekitaran yang ditumbuhi bunga. Taman ini sungguh indah.

Namun tidak dapat menenangkan hatinya yang gundah-gulana. Jika dia pergi sebelum kejadian mamanya ditangkap, maka sia-sia sahaja dia datang kesini.

Sia-sia sahaja dia bantu Junkyu dan Angeline sejauh ini.

Pap!

Tersentak, pantas Woojin menoleh kearah figura yang baru menolak kuat kepalanya. Sebelum dia dapati ianya gadis ini.

Atsuko.

" Kau buat apa kat sini? " celah Atsuko, lantas melabuhkan punggungnya disisi Woojin. Angin yang membuai menolak rambut Atsuko, menyerlahkan sisi wajahnya yang indah.

Woojin seketika tersentak. Sungguh cantik sekali, hanya hidung dan mata sahaja mengikut Haruto. Woojin yakin selebihnya mengikut wajah Hana.

" Kau ada jumpa malaikat tu? "

" Malaikat maut? "

" Ya. "

"Ada. 3 hari tinggal. So, how? "

" Banyak benda lagi aku kena betulkan, bukan hanya ni. "

Atsuko hanya tertawa nipis. Tubuhnya disandarkan ke kerusi sebelum nafas keras dihela.

" Aku pun tak sabar nak ubah. "

Woojin berkerut sebelum dia mengingati sesuatu. Pantas wajah Atsuko dipandang.

" Mama kau dah pregnant. "

" Tahu. Aku ada masa majlis perkahwinan Haruto dan mama kau. " Woojin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Kenapa tak bagitau? Boleh kita satu kereta sekali. "

Atsuko menggeleng.

" Aku taknak. " mengerti, mungkin Atsuko mahu menjalankan segala kerjanya secara bersendirian. Woojin juga tidak mahu memaksa, dia tidak mengenali Atsuko secara lebih mendalam.

" So apa plan kau? " soal Woojin. Atsuko tersenyum sinis.

" Aku akan pastikan ayah aku yang dituduh kerana membunuh mama aku. Dan bukan mama kau. "

" Eh tapi, mama kau dibunuh selepas—"

" Ya aku tahu Woojin. Mama aku dibunuh selepas aku lahir. Aku memang tak nak dilahirkan pun. Aku rela. "

" Eh kau gila ke Atsuko?! Jangan nak terlampau mengubah masa hadapan! "Tengking Woojin. Sungguh tidak menerima apa yang baru dikatakan Atsuko 

Gadis ini ingin mengundang kematian.

" Habis kau tu?! Ubah masa hadapan mama kau, ingat kau tak ubah jugak ke?! Sedarlah diri Woojin, kau dengan aku sama. Kita berdua benci keluarga kita dimasa depan, sebab tu kita nak ubah. "

Terdiam.

Keduanya terdiam, sebaik sahaja Atsuko menuturkan ayat terakhir. Dan itu menyentak Woojin.

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now