PART 8

206 39 5
                                    

" Kau seriuslah? " Yoshi berkerut, memandang Jihoon yang masih memeluk tubuh usai mencetak bukti-bukti yang baru sahaja dia dapati. Belum cukup, tetapi ada.

Yoshi disisi yang sedang duduk didepan komputernya, masih memandang Jihoon yang seakan nekad. Lelaki ini seperti kehilangan akal sihatnya.

" Seriuslah. Kau nak bela penjenayah ke? " kerut Jihoon. Yoshi menggeleng kecil.

" Bukan tu maksud aku. Tapi, kes ni melibatkan 3 nama yang besar tau. "

" So? "

" Ji, aku faham kau nak tangkap Haruto. Tapi kau cuma nak melibatkan Hana disini, dan semestinya Angeline yang terbukti tidak bersalah. "

" Hana bersalah, Yoshi. Dia lah pegawai polis yang tidak amanah pada negara. Dia bantu penjenayah macam Haruto tu untuk hidup bebas. Patutlah dia cepat naik pangkat. " Cemuh Jihoon. Sungguh fakta ini dia tidak dapat terima. Mengapalah Junkyu boleh bodoh jatuh cinta pada Kim Hana tu?

Hana dan Junkyu berkenalan disaat umur mereka 17 tahun. Ketika itu, Jihoon dan Junkyu juga di satu sekolah yang sama. Apa yang menjadikan Junkyu ni tergilakan Hana, kerana gadis itu merupakan salah satu wanita terkenal di sekolah. Gadis itu cantik, lemah lembut dan pandai. Sudah semestinya beratur lelaki mahukannya.

Dan Hana memilih Junkyu sebagai kekasihnya. Itu yang membuatkan Jihoon pelik, sebelum dia sendiri menyaksikan Hana kerap meminta duit Junkyu dan sahabatnya itu tanpa soalan hanya menghulur.

Usai mereka graduate, Junkyu berpindah ke pusat latihan polis, manakala Hana pula dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Mengambil ijazah dalam sains sosial, Hana juga dapat menjadi pegawai polis, dan juga menyiasat kes yang melibatkan politik.

Jelasnya kerana itulah, Hana lebih layak untuk mendapat jawatan tinggi.

Namun itu bukan sebagai lesen untuk Hana mempergunakan Junkyu sehingga lelaki itu gila bayang seperti ini. Satu perbuatan yang Jihoon terang-terangan benci.

" Okay aku rasa untuk Hana dan Haruto, kita boleh siasat. Tapi Angeline tak bersalah. " larang Yoshi.

" Tapi banyak urusan yang Angeline lakukan dengan Haruto, bro. Perempuan tu dah dikira berkomplot. "

" Ya, tapi bukan untuk kes langgar lari Woojin ni. Kes ni hanya melibatkan Haruto seorang je. Lagipun, kau tak kesiankan Junkyu ke? Dia kawan kita. Agak-agak apa perasaan dia kalau tahu kita yang buat Hana masuk penjara? "

" Sampai bila kau nak manjakan dia? Sampai bila kau nak biar dia hidup dalam fantasi yang Hana tu tak suka dia pun? " Jerkah Jihoon. Dan jerkahan itu cukup mendiamkan Yoshi. Tiada lagi kata-kata dibahas olehnya.

Kerana Jihoon memang begini.

Keras kepala.

Entah bagaimana lah Junkyu boleh bertahan berkawan dengan Jihoon ini. Namun Yoshi akui dalam ketegasan Jihoon, ada juga kebaikannya. Jihoon juga seorang yang lembut hati jika melibatkan teman-temannya. Kerana itulah dia mahu yang terbaik untuk Junkyu.

Itu yang Yoshi fahami.

Lantas fail yang sudah distaplerkan, Jihoon bawa ke tingkat atas. Ke bilik paling terhormat.

Bilik ketua polis negara.

Mejar Shin.

Tok! Tok!

" Masuk! " usai arahan diberi, Jihoon pantas menapak masuk. Wajah lelaki dihujung usia ini dipandang penuh hormat, sebelum selembar fail itu diletakkan tepat diatas meja tuan itu.

Berkerut dahi Mejar Shin lantas fail itu digapai.

" Fail apa ni, Inspektor Park? "

" Kes langgar lari yang melibatkan mangsa Kim Woojin, kerana olahan suspek Watanabe Haruto, tuan. "

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now