EPILOG

251 34 14
                                    

Woojin membuka matanya lantas dia memandang sekeliling. Dia.. dimana?

Ingatan terakhirnya dia berada dizaman papa dan mamanya muda. Selepas itu, dia terus hilang bersama Atsuko. Kini dia tidak tahu dirinya berada dimana.

Pemandangan asing, dia seperti berada didalam pejabat.

Satu tanda nama besar tertera diatas meja itu segera digapai Woojin. Sebelum dia berkerut.

CEO WOOJIN.

Woojin berkerut, dia bingkas bangun dan cuba mencari apa apa pantulan bagi melihat wajahnya sebelum matanya menangkap satu cermin besar didalam pejabat itu. Matanya melotot lantas bibirnya terbungkam.

Misai... janggut... dan tubuhnya lebih tinggi.

Woojin bukan lagi si 17 tahun. Tidak! Tidak!!

Mengapa jadi macam ni? Woojin menggeleng kepalanya berkali, pantas dia menapak keluar sebelum seorang wanita dimeja hadapan bilik Woojin memandangnya.

" Ya boss? Ada apa apa nak saya bantu? "

" Kak, saya ni siapa? " soal Woojin. Dan gadis itu berkerut.

" Kak? Ehem, bo—boss kan boss kami. " terangnya. Woojin berdecih dan menggeleng. Bukan itu jawapan yang dia mahu.

" Akak, sekarang tahun berapa ya? Woojin nak tahu. " pintanya. Gadis itu berkerut lebih seribu. Rasa pelik melihat bossnya sebegini.

" Sekarang tahun 2065 boss.. "

" HAH?! "

Woojin melotot. Dia tergamam, bibirnya bergetar. Aku sepatutnya balik ke tahun 2042. Dan sekarang ni tahun 2065? Gila!

Aku dah 40 tahun?!

Patutlah berjambang bagai. Aku dah tua!

Oh shit! Aku kena cari mama papa. Mesti dorang tahu segalanya dan bagaimana aku boleh ada disini. Atsuko juga..

Mana Atsuko?

Woojin memandang gadis yang masih tertanya melihat keadaannya sebelum dia berdehem.

" Ehem, saya ni CEO kat sini ke? "

" Ya Tuan Woojin lah CEO kami semua. "

" Jadi siapa mama papa saya? "

" Hah? "

Okay dah Woojin kau dah terlampau bercakap ni. Woojin pantas meminta izin mahu beredar. Dia kena cari Atsuko!

Woojin juga perlu mencari Angeline dan Junkyu! Dia kena cari mama dan papa.

Baru sahaja mahu menapak keluar, Woojin terpaku melihat suasana Seoul kini. Sungguh maju!

Sialan! Kenapa aku kena campak jauh sangat? Sejujurnya fikiran Woojin masih berada di umur 17 tahun, mengapa Tuhan meletakkannya ditubuh 40 tahun?

Woojin yang masih keliru itu berdiri ditengah kawasan orang berjalan. Ada beberapa orang menunduk dan memanggilnya boss. Sungguh janggal.

Tap!

" Opocot! " terkejut pantas Woojin menjauh. Sebelum wajah seorang wanita tua yang menepuknya itu tersenyum kearahnya.

" Lah dah pandai terkejut ya anak mama? "

Mama....

Woojin terbungkam. Air matanya mengalir laju saat menatap wajah wanita pertengahan abad dihadapannya ini. Tersenyum manis meskipun wajah sudah dimamah usia. Kedutan di wajah tidak sedikit pun mencacatkan wajahnya.

Senyuman Angeline.

Mamanya.

"Mama! " pantas Woojin memeluk erat tubuh ibunya. Syukurlah ibunya masih hidup dan bukan didalam penjara. Tidak dapat dibayangkan hidupnya jika takdir tidak berubah.

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now