BAB 9

57 4 0
                                    

"MANA satu yang ok?" Soal Dayang. Aku mengangkat bahu. Bagi aku dua-dua cantik. Aku tak excited langsung. Entahlah.

"Kau ni,aku teruja ni nak kahwin!" Dayang menjeling ke arah ku.

"Kau yang teruja. Aku tak."

"Alah kau, yang ni okay lah."

"Jom,aku nak balik ni."

"Yelah, cepat bebeno kau."

Kami terus pulang ke rumah. Aku merebahkan badan di atas katil. Penat jugak. Terasa mataku berat.

"Ngantuknye.." Aku mengeluh. Sungguh penat. Terus aku menggantungkan tudung dan beg tangan. Terus aku mandi dan menunaikan solat fardhu zohor.

Selepas itu,aku terus baring di atas katil dan terus terlelap. Kerana terlalu mengantuk, terus aku tidur.

iPhone 11 pro milik ku berdering. Aku masih lalai hanya diam sahaja. iPhone 11 pro berdering sekali lagi.

"Siapa ni?"

"Suami kau."

"Oh,saya ada suami ke. Bukan ke saya single lagi?" Dalam keadaan mamai. Memang tak sedar langsung.

"Tak rindu suami kau?"

"Abang pergi mana?"

"Mamai ke?"

"H-ha!?" Aku masih terlelap. Terus melihat nama di screen telefon.

"A-Azrael..?" Pipi ku terus merah padam. Allah! Malunya aku..

"Kau baru bangun tidur? Sunshine."

"S-Saya.." Terus aku mematikan panggilan telefon. Betapa bodohnya aku ni. Kenapalah aku mamai!

"Malunya aku, macam mana nak hadap dengan dia nanti.."

"Selena..?" Abi masuk ke dalam bilik ku.

"Ya abi kenapa?"

"Azrael dah bagitahu sesuatu? Dia nak ajak kamu,umi dengan abi pergi pulau perhentian dengan family dia. Selena jadi ke tidak?" Aku hanya angguk sedikit.

"Anak abi ni kenapa?"

"Takda apa-apalah. Mengantuk ni."

Encik Zulkifli hanya angguk sedikit lalu menuntup pintu bilik. Terus aku ke arah bilik air dan mencuci muka. Segar sikit rasa.

Notification berbunyi. Aku mencapai iPhone 11 pro.

Azrael.

"Sunshine. Kau kenapa matikan panggilan?"

"Are you okay, sunshine?"

"Saya okay je."

"Kenapalah awak ni,suka mengusik saya!"

"Sebab. Aku. Suka.Kau"

Terdiam aku. Dia ni kalau aku bagi makan penampar baru tahu budak ni. Nasib aku tau halal haram. Kalau tidak. Haa kena kau satgi makan banyak-banyak tamparan yang aku bagi.

"Awak memang nak mengusik saya eh?"

"Sunshine. Nak cari gaduh?"

Terus aku tutup telefon ku. Malas betul aku. Baik aku ambil udara di luar rumah.

Terus aku bangun dan ke arah pintu bilik tidur. Aku keluar dari bilik dan ke arah dapur.

Umi aku masih ralit kunyah popia goreng sambil layan drama melayu. Apalah yang dilayan tu,aku ni tak pernah layan drama melayu. Aku lebih minat layan kdrama daripada drama melayu ni.

"Tak habis-habis ke dia gaduh dengan perampas tu!?" Geram suara umi ku. Aku hanya menggeleng kepala sahaja.

Nasib lah Kak Nini tak ada,kalau tidak umi aku dengan kak Nini akan layan drama. Kalau bab yang sedih,dorang akan menangis. Kalau bab yang geram en dorang marah memang tak ingat dunia lah.

Tapi dua kali lima dengan aku jugak. Aku kan layan kdrama mestilah ada bab yang aku sedih. Satu lagi,Kak Nini dengan umi aku ni pernah habiskan 2 kotak. Satu untuk umi aku,satu untuk kak Nini.

Aku dengan abang aku, layankan aje lah. Abi aku pula malas layan dorang dua ni. Memang patut pun, mertua dengan menantu. Perangai dua kali lima.

Patutlah umi aku ni suka sangat kak Nini sejak kali pertama abang aku bawa kak Nini. Rupanya..haih!

"Cerita je umi. Jangan layankan sangat." Aku bersuara. Terus Puan Hanim menoleh kearah ku. Jelingan tajam diberi kepada ku. Umi aku sensitif kalau cakap pasal drama dia ni.

"Kamu pun sama,Selena. Macamlah umi tak dengar. Menangis tak ingat dunia." Aku terdiam. Malas nak bertekak dengan umi aku ni. Terus aku melangkah mengambil air kosong dan meneguk. Terasa segar.

"Tak pergi mana-mana ke lepasni?" Soal Puan Hanim. Aku menggeleng.

"Selena nak jalan-jalan je,ambil angin. Segar sikit. Takkan nak terperap dalam bilik je." Puan Hanim hanya mengangguk senyap. Aku melangkah ke arah bilik ku semula.

Tudung bawal berwarna coklat disarungkan. Petang ni simple aku malas nak bersiap.

Aku pakai baju blouse muslimah hitam dengan seluar besar putih. Aku mengambil beg tangan berwarna hitam. Aku mencapai kunci kereta axia dan iPhone 11 pro.

Enjin kereta dihidupkan. Aku terus memandu kereta ke tasik yang berdekatan ataupun pantai. Healing katanya.

Sambil-sambil itu, aku dengar lagu dari Najwa Latif.

Dalam perjalanan ke pantai. Aku nampak kereta Mercedes benz. Keretanya tidak familiar.

Azrael?

"Apa yang mamat ni nak lagi?" Benci. Setiap kali aku ada mesti dia ada. Memang stalker mamat ni! Seram..

"Abaikan je, sekarang ni aku nak pergi pantai."

Aku pecut meninggalkan kawasan tersebut. iPhone 11 pro milik ku berdering. Terus aku mencapai telefon ku.

Azrael.

"Apalah yang dia nak lagi?" Aku mematikan telefon. Sekarang ni aku nak pergi pantai. Nak ambil suasana.

Takkan dia nak malukan aku lagi? Nak cakap yang aku ni mengigau yang aku ada suami. Macam tu?

Pelik betul dengan perangai dia tu.

Aku cuba tenangkan diri. Aku sudah sampai dipantai. Terus aku mencari parking. Nasib ada satu,aku parking kereta disitu dan keluar membawa sebuah kerusi hitam, karpet dan makanan.

Aku duduk di kerusi yang aku bawa tadi.

Tenang~
Ribut jiwa~

Sambil-sambil tu,aku makan ramen dengan air sejuk.

Sedap pun sedap!

C | TAKDIR KITAWhere stories live. Discover now