SAMPAI sahaja di rumah. Terus aku baring di atas katil. Penat juga aku ni. Dari pagi sampai ke petang ya.
Pintu dibuka oleh seseorang.
"Gembira nampak. Ada-apa ke ni? Tak nak ceritakan pada abi ke ni?"
"Eh abi. Ehehe. Mana adalah.."
"Haih,yelah.. Kamu mesti penat. Mandi,solat maghrib, mengaji dan terus tidur kalau penat. Kalau ada kerja buatlah."
"Kalau penat sangat jangan paksa diri tu,sayang." Pesan Walid ku. Aku angguk senyap. Terus beredar dari tempat tidur.
JAM di dinding menunjukkan pukul 10:00 malam. Baru tersedar. Cepat juga masa berlalu.
Perut ku berbunyi. Belum makan lagi ni,sibuk buat kerja-kerja. Cari idea pelabagai macam untuk anak murid.
Malas nak beli. Perut terasa hendak makan Kuew Teow pula. Makanan di dapur tu, sudah habis.
Notice telefon ku masuk. Aku mencapai telefon ku yang tidak jauh dari ku.
Satu mesej masuk dari Azrael.
Jom makan. Aku belanja,nak tak?"
"Saya okay je, asalkan awak carikan saya Kuew Tiaw"
Aku senyum. Dia selalu chat aku. Aku ni mudah catch feeling dengan manusia. Baik pun aku suka. Apalah kau ni,suka disakiti.
Tersakiti dan disakiti. Itulah aku.
Terus aku kemas-kemas barang kerja ku dan aku bersiap-siap. Aku mengenakan baju sweater berwarna ungu dan seluar slack hitam dan tudung sarung cream.
Aku mengambil totebeg dan meletakkan dompet dan telefon.
Stokin aku tidak lupa memakainya. Selepas selesai bersiap dalam masa 5 minit. Aku keluar dari bilik.
Menampakkan abi dan umi aku di ruang tamu. Mereka tidak sadar kehadiran aku yang baru sahaja keluar dari bilik tidur.
Aku ke arah ruang tamu dan melihat abiku yang ralit membaca suratkhabar. Manakala umi ku pula melihat drama melayu.
Muka umi sungguh serius apabila melihat drama melayu. Hero dengan Heroin sama je, 2×5!
Abi yang baru sahaja perasan kehadiran aku. Walid meletakkan suratkhabar di atas meja tu dan ada sebuah teh dan bebe biskut. Pasu bunga ros.
"Selena nak pergi mana?" Umi yang dengar suara Encik Zulkifli. Dia terus melihat ke arah aku.
"Selena nak keluar dengan Azrael. Dia ajak makan luar,Selena datang nak minta izin ni. Boleh ke tidak?" Kataku.
Hehe,aku kenalah minta izin dengan abi aku dahulu. Nanti, selepas kahwin. Dengan suami pula kan. Ehehe.
"Hmm, iyalah,abi dengan umi izinkan. Tapi hati-hati,jangan ke mana-mana. Suruh Azrael hantar kamu awal lah. Sebelum pukul 12 tepat." Pesan Abi. Aku mengangguk dan terus beredar dari situ.
Aku memakai kasut biasa. Keretanya baru sahaja sampai. Aku ke arahnya dan terus masuk ke dalam perut kereta.
"Let's go." Katanya. Aku hanya diam. Lapar pun lapar ni.
"Saya harap adalah kedai yang masih jual Kuew Teow.."
"Untuk kau,mesti ada." Aku diam. Ini sudah kali keberapa dia membuat aku tersenyum lebar sampai ke telinga.

YOU ARE READING
C | TAKDIR KITA
RomanceBook | 3 ADELINE SELENA AZRAEL ZAYYAN "Anak cik ke?" 𝐀𝐒 "Anak orang." 𝐀𝐙 "Awak doktor?" 𝐀𝐒 "Aku cleaner." 𝐀𝐙 ----------- "Masih demam?" 𝐀𝐙 "Sikit. Tak teruk mana pun." 𝐀𝐒 TAKDIR KITA.