BAB 10

56 2 0
                                    

AKU tidak sadar jam sudah menunjukkan pukul 12:00 pagi. Bila aku mengalihkan pandangan ke arah jam di dinding. Terus aku menguap. Sibuk juga aku harini kerana tiada masa langsung aku membuka telefon.

Selalunya dua puluh empat jam aku akan pegang. Tapi disebabkan aku ada kerja yang perlu dibuat jadi aku tidak sempat untuk membuka telefon lansung.

Terus aku mencapai iPhone. Ada beberapa panggilan yang tidak terjawab.

Dari Azrael.

Kenapa setiap hari dia patut menelefon ku? Penting sangatkah? Apa yang sebenarnya dia mahukan dari diriku.

Sudahlah,makin aku ingat. Makin pening aku mahu mencari jawapannya. Lebih baik aku kemas barang-barang dan tidur sahaja. Besok aku perlu menemani Dayang dan Ustazah Fatimah ke kafe yang berdekatan dengan kuala lumpur.

Maklumlah, besok hari lahir Dayang. Jadi aku dan ustazah fatimah mahu menyambut hari lahirnya di kafe yang selalu ia singgah.

Aku punyalah tak tidur malam sebab nak siapkan hadiah itu aje bukan apapun. Susah betul aku nak siapkan. Sebelah ok sebelah senget. Sampailah berjam-jam aku buat sebab nak kasi hadiah ni pada Dayang.

Tinggi betul effort aku nak kasi pada dia. Maklumlah,kawan baik aku takkanlah nak bawa perut pula kan? Lagipun,aku yang nak bincang dulu dengan ustazah fatimah.

Dia sendiri pun tidak tahu bila hari lahir Dayang. Inipun aku yang bagitahu.

Aku terus bingkas bangun dari kerusi dan mengemas barang-barang di atas meja kerja ku. Sampah di buang ke dalam tong sampah.

Lampu ditutup dan aku terus ke arah katil lalu baring di katil. Selimut ditarik sampai ke dada dan mataku mula memejam perlahan-lahan.



AKU sedang menunggu ustazah fatimah di kafe. Lama juga dia hendak datang. Bosan pula aku disini. Call juga tidak diangkat. Apalah yang ustazah fatimah itu buat dari tadi ya?

Kalau tidak jadi surprise ni, naya aku jawabnya. Dayang pula? Mungkin akan kecewa kerana aku dan ustazah fatimah tidak jadi datang ke kafe.

Si Dayang itu,bersiap lama juga. Rasanya 10 jam baru siap. Lama tak? Memang lama lah, lagi-lagi kalau bermain dengan awning tudung tu. Lagilah lama, kira-kira tambah 5 lagi agaknya.

"Sunshine?" Kedengaran suara dari arah belakang. Terus aku menoleh. Aku dah syak siapa yang memanggil aku. Macamlah aku tidak tahu,dari nama panggilan lagi.

'Sunshine' Dia ingat aku ni tak tahu ke siapa yang selalu memanggil aku dengan itu?

Yang baca pun tahu siapa. Apatah lagi aku! Azrael Zayyan.

"Awak? Buat apa kat sini?" Aku bertanya. Kanan kiri aku melihat seseorang disampingnya. Perempuan?

Siapa pula?

Dada ku terasa sakit. Kenapa pula dengan aku ini? Aku? cemburu? Takkanlah aku suka pada lelaki ini?

Sudahlah! Pening kepala aku.

"Kau tau,kau buat apa?" Di soal pula aku. Mataku masih tertumpu pada gadis disebelahnya. Yang separas bahu dengan Azrael.

Bertudung shawl biru gelap dan berbaju kurung.

Siapa pula gadis disampingnya itu? Kenapa seperti orang yang terdekat pula..

Bila dipandang wajah gadis tersebut. Cantik juga,aku juga seperti dilamun cinta. Wajahnya yang membuatkan aku seperti hendak pengsan.

Insecure juga bila melihat gadis tersebut. Cantik molek.

Dengan senyuman manis yang terungkir dibibirnya pula. Haish!!

C | TAKDIR KITAWhere stories live. Discover now