AKU makan makanan tersebut tetapi rasanya tawar. Tiada rasa langsung. Susah tekak ku menerima makanan tersebut. Aku hanya bermain-main dengan makanan tersebut.
"Kau memang tak ada selera?" Aku menggeleng. Memang aku tak ada selera langsung. Malas juga aku bertekak. Aku hanya memandang kosong makanan yang masih terisi. Tiada selera langsung hendak makan.
"Aku habiskan. Membazir."
"Takpa,saya. boleh habiskan.." Aku tersenyum senget. Terus aku lanjut makan walaupun tekak masih tidak mahu menerima makanan yang aku makan.
"Jangan paksa diri kau."
"Takpalah, nanti membazir jadi saya habiskanlah."
"Kau kenapa degil sangat?" kopi latte diteguk. Aku hanya diam membisu.
"Saya tak degil."
"Kau ok tak?"
"Okay je."
"Kau tak sihat?" Aku pantas menggeleng. Malas hendak bertekak dengannya. Kepala ku juga sedikit pening,mungkin aku tidak makan ubat pagi tadi.
"Kepala saya berdenyut lagi." Aku menekan kepadaku yang terasa sedikit berdenyut. Dahiku berkerut menahan sakit.
"Kau tak makan ubat?" Aku menggeleng. Aku bukan tak mahu makan ubat, tetapi aku terlupa kerana sibuk mengemas barang-barang.
"Adeline." Aku mengangkat kepala melihatnya apabila nama ku dipanggil olehnya. Kening ku terangkat.
"Kenapa kau tak makan?" Tegas. Tetapi nadanya ditahan dan dilembutkan. Aku malas tersenyum. Aku memadang dirinya tanpa perasaan.
"Saya tak ingat. Sibuk nak kemas barang-barang. Tahu-tahu sakit kepala lagi, ingatkan dah hilang." Aku mengeluh dan memandang ke arah tingkap. Nasib Azrael pesan di tempat yang ada tingkap. Bolehlah aku galau.
"Kesihatan kau penting,Adeline."
"Saya tahu. Saya cuai."
"Kau tak cuai. Jangan salahkan diri sendiri,Adeline. Setiap orang pasti ada yang buat silap."
"Kita manusia biasa. Hamba Allah." Aku tersenyum hambar. Aku juga bersyukur ada dia disini. Terasa aman hidup ku. Entah kenapa. Apa yang pelik..
"Saya tahu."
"Nah, ambillah." Dia memberikan aku ubat pening kepala. Aku angkur sahaja. Terus aku meneguk air bersama ubat pening.
"Jom balik. Risau abang kau nanti, tak bila dapat tahu kau balik-balik." Senyuman ku terungkir. Ambil tahu juga rupanya dia ni.
"Ada pun senyuman. Tak boleh ke hari-hari kau senyum dengan aku?" Aku tergelak kecil. Tiba-tiba pula tanya soalan macam tu,aku ni memang mudah tersenyum. Senyum kan satu sedekah.
"Apa yang awak merepek ni?"
"Abaikan,dah jom." Aku bangun dari tidur ku dan ikutnya dari belakang.
"Kita balik terus. Risau pula aku." Aku angguk kecil sahaja. Malas bersuara. Tekak ku juga pedih, mungkin kurang air.
Kami masuk ke dalam perut kereta. Aku hanya diam dalam perjalanan pulang ke rumah ku.
Sesampainya,aku melihat abang,kak nini dan juga umi dan abi ku diluar. Mungkin mereka menunggu aku pulang.
Aku keluar dari perut kereta dan menuju ke arah mereka berempat.
"Selena dah sampai." Umi ku berkata. Tidak terungkir senyuman manis kerana aku benar-benar malas. Dengan tiada selera lagi.
"Doktor Azrael? Tak sangka.." Umi ku memukul bahu ku. Aku tahu apa isyaratnya. Aku hanya diam dan menggeleng kepala sahaja.
"Jom Azrael. Umi ada buat pencuci mulut. Marilah masuk."
"Azrael sibuk." Dingin suara ku. Kenapa perlu ajak dia?
"Iya? Kamu busy ke Azrael?" Soal Puan Hanim kepada Azrael. Azrael menggeleng kepala.
"Saya tak sibuk makcik."
"Panggil umi je."
"Baik umi."
"Jom masuk." Azrael hanya angkur dan ikuti jejak umi ku. Aku menjeling tajam ke arahnya kerana tidak puas hati! Aku baru nak rehat lepastu kena layan tetamu.
Umi aku ni pun satu. Haih!
Kak Nini,abang dan abi sudah masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.
Azrael memandang ke arah ku dengan muka tidak berperasaan langsung.
Langsung aku bersuara apabila keadaan sunyi sepi. Yang lain hanya turuti ke arah dapur.
"Umi Selena tak laratlah. Orang baru je balik, penat.." Aku membuat muka sedih. Simpatilah sikit.
"Pergilah tidur anak abi."
"Sayang abi!" Terus aku berlari ke arah bilik tidur tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Encik Zulkifli hanya menggeleng kepala melihat tingkah laku anak bongsunya. Azrael hanya diam. Merenung sahaja pintu bilik Adeline.
"Abaikan si Adeline. Dia penat agaknya, baru je nak ajak dia makan kamu,Azrael. Tak apalah,lain kali sahaja." Azrael angguk sedikit sahaja. Terus ke arah dapur juga bersama Encik Zulkifli.
Semasa mereka makan ada beberapa juga soalan yang ditanya oleh Puan Hanim kenapa Azrael.
"Adeline minta tolong kamu ke?" Soal Puan Hanim. Masih lagi menyuap nasi ke mulutnya.
Azrael meneguk air tembikai dahulu dan memadang Puan Hanim yang berhadapan dengannya.
"Saya kasi Adeline makanan."
"Masa dia call dengan abang dia. Katanya tak boleh ambil, itu yang saya hantarkan dia balik." Sambung Azrael. Dia tersenyum lebar. Puan Hanim dan Encik Zulkifli juga lega mendengarnya.
"Kebetulan,dia pun belum makan. Saya ajak dia pergi makan dulu."
"Tapi dia tak ada selera. Jadi saya hantarkan dia balik, mungkin dia tiada selera lagi nak makan." Sambung Azrael lagi. Suaranya kedengaran agak kerisauan. Wajahnya juga mulai risau.
Ammier dan Kak Nini hanya diam. Mereka berdua memasang telinga sahaja sambil menjamah hidangan dihadapan. Sedap pula tu.
"Kamu berdua ni,pasang telinga ke?" Soal Puan Hanim kearah mereka berdua. Terus Ammier dan Kak Nini melihat satu sama lain. Diam sahaja, tiada suara yang keluar dari mulut mereka. Hanya merenung satu sama lain untuk bersuara terlebih dahulu sebelum Puan Hanim yang bersuara.
Nampaknya,Ammier hanya mengalah sahaja dengan isterinya. Kalau tidak. Makan penampar agaknya. HAHAHA.
Terus Ammier berpaling ke arah Puan Hanim yang masih menunggu jawapan dan merenung tajam ke arah mereka berdua sambil menjamah makanan.
"Kami tak sengaja dengar. Lagipun satu meja. Kami nak makan aje. Betulkan sayang?" Kak Nini hanya angguk sedikit. Masih lagi menjamah makanan.
"Kamu berdua ni haih. Patutlah serasi." Ammier hanya tersenyum senget. Kak Nini pula hanya sambung makan.
Sampailah pukul 5:10 petang. Semua sudah solat asar. Azrael bersalaman dengan Encik Zulkifli.
"Saya balik dulu." Pamit Azrael. Terus dia keluar dari rumah dan ke arah kerete. Masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan kembali dan terus pulang ke rumah.
Kak Nini,Ammier,Abi dan Umi pula segera masuk ke dalam rumah semula.
"Kereta macam mana?" Soal Abi kepada Ammier. Ammier hanya tersenyum manis.
"Belum siap lagi. Katanya minggu depan. Abi boleh hantarkan kitaorang? Kereta Avanza tu elok lagi kan?" Encik Zulkifli hanya angguk sedikit.
"Pukul berapa kamu sekeluarga balik?" Puan Hanim pula bersuara. Kami duduk di sofa ruang tamu.
"Lepas Isyak. Adik macam mana? Dari tadi tak keluar bilik lansung, apa yang dia buat?"
"Abang pergilah bukak." Puan Hanim menyuruh Encik Zulkifli. Abi hanya ikuti sahaja. Segera ke arah bilik dan ketuk pintu bilik beberapa kali sebelum masuk ke dalam bilik.
"Masuklah." Aku bersuara. Encik Zulkifli segera masuk ke dalam bilik.
"Anak abi buat apa?" Encik Zulkifli bertanya. Ke arah ku dan duduk di katil sebelah ku.
"Baru lepas solat asar tadi."

ANDA SEDANG MEMBACA
C | TAKDIR KITA
RomanceBook | 3 ADELINE SELENA AZRAEL ZAYYAN "Anak cik ke?" 𝐀𝐒 "Anak orang." 𝐀𝐙 "Awak doktor?" 𝐀𝐒 "Aku cleaner." 𝐀𝐙 ----------- "Masih demam?" 𝐀𝐙 "Sikit. Tak teruk mana pun." 𝐀𝐒 TAKDIR KITA.