BAB 3

96 7 0
                                    

SESEORANG menyelak langsir. Terus aku membuka mata, terkebil-kebil melihat sekeliling. Mata ku sedikit pedih kerana cahaya yang masuk. Mataku juga terasa masih berat.

"Dah bangun?" Suara seorang wanita tua. Aku melihat umi sedang menyelak langsir dan terus ke arah ku apabila sedar aku sudah bangun dari tidur.

"Macam mana?" Soalnya lagi. Aku hanya bisa tersengih kecil. Menggosok mata ku. Aku memegang kepala ku, sudah tidak terasa berdenyut-denyut lagi.

"Okay je umi."

"Sekarang pukul berapa?" Soalku. Malas aku melihat jam disebelah ku ini.

"Dah pukul 9:20 pagi. Umi ada mee sup,ada orang bagi. Selena kenal ke?" Soal Umi ku. Aku diam,siapa pula yang bagi ni?

"Ada surat ni,bacalah." Kata umi ku. Terus aku mengambil surat kecil yang umi ku beri.

Hari ni macam mana? Harap kau sihatlah. Jangan lupa makan tau.

Too : Encik Manis
From : Mr Cold

Aku tersengih seorang diri. Kenapalah aku ni mudah perasan eh?

"Senyum-senyum bagai. Boyfriend ke?" Terus senyum ku pudar. Aku menjeling tajam. Senyum-senyum je boyfriend,huhu.

"Mana ada boyfriend." Aku memberikan surat tersebut kepada umi mu semula.

"Dahtu,siapa yang kasi?" Soal Umi ingin tahu. Aku mengangkat kepala dan merenung lama wajah umi ku.

"Doktor. Anak buah dia sekolah dekat tadika yang selena ajar." Aku tersenyum manis kearah umi ku. Lembut aku berkata. Puan Hanim hanya mengangguk senyap.

"Mesti lelaki kan?" Aku angguk kecil. Puan Hanim tersenyum lebar.

"Makanlah,kesian nanti dia bawa tapi selena tak makan." Ujar Puan Hanim. Aku hanya diam sahaja.

"Selena nak mandi dulu. Lepastu Selena makan." Puan Hanim hanya mengangguk senyap. Aku berlalu ke arah tandas.

Selepas aku siap mandi. Aku menyarungkan tudung sarung berwarna cream. Aku ke arah katil hospital semula.

Aku melabuhkan punggung di atas katil hospital dan terus aku mencapai plastik yang berisi makanan.

Aku mengambil garfu dan air kosong disebelah ku. Selesai membaca doa,aku menyuapkan makanan ke dalam mulut buat kali pertamanya.

Aku hanya menikmati sahaja makanan ini.

Selesai sahaja makan. Aku membasuh pinggan dan tangan ku. Aku meneguk air kosong.

Aku melabuhkan punggung ku semula di atas katil hospital.

Pintu dibuka oleh seseorang dari arah luar. Menampakkan Kak Nini,Abang, Abi dan dua orang anak buah aku iaitu Dira dan Aish. Mereka tersenyum lebar ke arah ku.

"Maksu!" Jerit mereka berdua serentak. Terus berlari ke arah ku. Aku memeluk erat tubuh kecil mereka berdua.

"Dah makan?" Soalku kepada mereka berdua. Mereka hanya mengangguk senyap sambil tersenyum lebar menampakkan gigi rogak.

"Maksu baru bangun je. Jangan kacau maksu." Terus Kak Nini. Mukanya seperti tidak puas hati apabila melihat diriku di kacau oleh mereka berdua. Aku hanya tergelak kecil. Bukan selalu aku boleh rapat dengan dia orang berdua ni,semalam pengsan sebab demam teruk pula. Kerja pula banyak sangat,memang tak ada masa nak luangkan masa dengan mereka berdua.

"Takpalah kak,esok akak dah nak balik kan?" Soalku. Tersenyum manis kearah kak Nini yang masih tidak puas hati. Puan Hanim hanya menggeleng sahaja.

"Anak abi macam mana?" Soal Encik Zulkifli. Aku tersenyum manis kearah abi ku yang mendekati diriku.

"Anak abi okay je." Puan Hanim bersuara dahulu. Aku hanya angguk kecil. Aku tidak sempat menjawab kerana melayan dua budak comel ni!

Geram pula nak cubit-cubit pipi gebu mereka berdua. Lagi si Aish ni,tembab sangat! Gigit jugak aku ni haih!

"Aish tu,berak banyak. Sakit pinggang nak dukung dia time kecik dulu." Aku hanya tergelak kecil. Ammier memeluk erat pinggang kak Nini. Meluat aku tengok, terus aku menjeling tajam ke arah abang ku. Sweet depan kita pula, tahulah kita ni single!

"Mana adalah mummy! Aish tak berak pun.." Aish memuncungkan bibirnya. Aku hanya tergelak kecil dan membelai rambut hitamnya,Kak Nini hanya menggeleng kepala. Puan Hanim dan Encik Zulkifli juga tergelak kecil.

Itulah,comel sangat si Aish ni. Gendut sangat! Tapi handsome tau!

Pintu dibuka oleh seseorang dari arah luar. Terus aku menoleh. Menampakkan seorang lelaki berambut coklat tinggi dan putih. Yang berpakaian doktor.

Dia tersenyum manis kearah umi dan abi ku. Melambung aku sementara melihat senyumannya. Sungguh manis! Walaupun dirinya sangat dingin dan mulut berasap.

"Kau okay?" Aku angguk kecil dan tersenyum manis kearahnya.

"Aku saja nak jeguk kau."

"Inilah yang umi kata tu,dia yang bagi kamu mee goreng." Aku hanya tersenyum senget. Malu pula umi ku berkata di depannya.

"Siapa namanya?" Soal umi. Dia hanya tersenyum.

"Doktor Azrael." Puan Hanim hanya mengangguk senyap. Dia bersalaman dengan abi ku dan juga abang ku.

"Dah berapa tahun kerja?" Soal Encik Zulkifli. Mula lah ni, aku hanya senyap sahaja.

"Alhamdulillah dah 18 tahun." Aku sedikit terkejut. 18 tahun!?

"Mesti tua pada Selena kan?" Dia masih tersenyum. Tidak menjawab,aku tidak puas hati jadi aku mahu bersuara juga.

"Umur saya tahun ni 30,masih bujang." Cuak aku mendengar. Mamat ni dah tua rupanya patutlah aku tengok lain semacam je.

"Jadinya,kau tua pada akulah." Abang ku Ammier. Mukanya sedikit terkejut.

"Kalau jodoh nak buat macam manakan?" Puan Hanim tergelak kecil. Turut sertai juga Azrael. Geram aku nak tumbuk je muka dia tu!

"Jodoh apa pula?" Aku mula bersuara. Semua menoleh ke arah ku. Aku menjeling sekilas ke arahnya. Menyampah betul!

"Boyfriend maksu ke?" Soal Dira. Terus cuak aku mendengar. Aku hendak bersuara tetapi Azrael terlebih dahulu bersuara.

"Haah, abang boyfrien maksu awak. Siapa nama awak wahai princess ku yang tercintah?" Dira tersenyum lebar mendengar. Terus dia turun dari katil dan memeluk Azrael yang membuatkan semua orang terdiam. Azrael mengangkat Dira dalam dakapannya.

"Awak senyap eh!" Aku menjeling tajam. Azrael tajam dalam mata ku.

"Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan Selena macam mana?" Suka pula umi aku ni mengusik! Haih.

"Malas Selena,malas jadi macam hari tu."

"Harapan palsu." Sambung ku. Malas pula aku mengingatkan kejadian 2 tahun lepas. Apa yang aku dapat? Sakit semata-mata.

"Jangan fikir sangat. Tak semua orang datang nak sakitkan hati kita, itu kisah lama.." Pujuk Puan Hanim. Aku hanya diam.

Azrael masih mendukung Dira dalam dakapannya. Ada juga aku perasan dia curi-curi melihat aku. Apalah yang dia mahukan ni?

Aku malas bertekak dengan sesiapa pun. Jadi aku hanya fokus melayan Aish si gentut sahaja yang masih dalam pelukan aku.

Aku perasan juga. Azrael ni ada aura yang misteri tetapi aku tak tahu apa-apa. Mungkin hati ku sahaja yang berkata. Kalau betul? Aku juga tidak tahu,malas ambil tahu tentang dirinya.

Yang aku tahu sekarang ini,aku hendak balik ke rumah.

C | TAKDIR KITAWhere stories live. Discover now