AKU menunggunya di luar rumah. Sambil-sambil itu,aku membaca novel dan mendengar lagu dari Najwa Latif. Aku suka dia.
Kena lah juga dengan novel yang aku baca ni. Santai di buaian.
Aku ni jarang duduk lama-lama diluar rumah. Kali ni aku tunggu dia. Itu yang duduk luar tu,lambat pun apa. Mungkin dia sibuk, lagipun doktor. Mesti kerja tak tentu arah. Sekejap kesitu sekejap kesini. Sampaikan kadang-kadang tak sempat makan. Aku pun sebenarnya tak tahu juga,tapi aku adalah tengok-tengok story Instagram kawan sekolah.
Aku ni cikgu tadika sahaja. Tidak hebat seperti kawan sekolah ku yang lain. Aku ni SPM 9A je yang lain tinggi. Alhamdulillah, cita-cita aku juga tercapai. Aku memang minat budak-budak masa kecil lagi.
Kadang orang kata aku pelik. Sebab selalunya,kau akan annoying gile bila dia dah besar. Banyak ragam pula tu, tapi bagi aku ok je. Memang dari dulu cita-cita aku nak jadi cikgu tadika.
Ada juga yang gelakan aku. Aku ingat lagi masa aku darjah satu.
"Adeline pula kehadapan." Aku terus bangun dari tempat duduk ku dan ke hadapan kelas.
"Bagitahu cita-cita apa yang kamu nak jadi."
"Saya nak jadi cikgu tadika." Dan masa itulah aku digelakkan. Aku pun tak tahu,apa yang lawak sebenarnya sampailah sekarang. Disebabkan kejadian itu,aku pindah sekolah. Walaupun kes tu tak seteruk kes-kes yang lain. Tapi bagi aku, benda tu paling menyakitkan hati aku.
Sekarang aku malas nak ingat lagi. Bila ingat,aku rasa aku ni beban. Tapi aku boleh tunjukkan pada dia orang yang usaha aku tak sia-sia walaupun hanya sekadar cikgu tadika. Walaupun cikgu tadika tetapi panggilan 'cikgu' itu wajib ada.
Hon kereta berbunyi. Aku tersentak seketika. Dari tadi aku hanya termenung jauh mengingat kenangan lama.
"Awak dah sampai?" Headset dijatuhkan di bahu. Aku menutup novel dengan penanda buku. Terus aku bangun ke arahnya. Tersenyum lebar aku.
"Lewat sikit. Kau okay kan?"
"Okay je, jomlah masuk. Umi dengan abi dah tunggu kita dalam." Azrael hanya angguk sedikit. Kami berdua masuk ke dalam rumah. Kadang aku perasan. Azrael curi-curi melihat aku. Tapi aku hanya buat-buat tak tahu sahaja. Malas pula tanya. Hati juga rasa tidak begitu penting untuk bertanya.
Aku dan Azrael duduk bertentangan. Disebelah umi ku.
"Haa, Azrael. Kamu dah jatuh cinta dengan anak bongsu umi ke?" Puan Hanim mengusik. Umi menolak bahuku. Aku hanya menjeling tajam. Azrael pula boleh ketawa waktu begini.
Kalau umi aku ingat betul macam mana?
"Tak adalah,saya saja nak lunch sama-sama dengan dia." Azrael tersenyum manis. Aku hanya dengar sahaja percakapan mereka berdua. Masih ralit makan laksa penang.
"Kalau kamu suka bagitahulah." Umi ku mengusik lagi.
"Tak adalah,saya dah ada." Tersenyum lebar. Tidak bersalah pula.
Tapi, kenapa bila aku mendengar ucapannya aku sakit hati?
Perasaan apa yang berlaku ini? Kenapa aku sakit hati mendengarnya.
Tak mungkinlah...
Hatiku rentak hancur kehancurannya.
"Kamu tak payah bergurau,Azrael. Kecik hati Selena ni, tengoklah terus diam. Termenung jauh tu.." Azrael masih lagi diam. Seketika dia berdehem.
Aku terus bangun tanpa kata-kata dan ke arah singki dapur.
"Tengoklah, umi cakap apa tadi?"
"Yang sayang tu, kenapa nak kacau dia sangat." Abi ku mula bersuara. Umi ku pula hanya diam dan menjeling tajam ke arah abi ku. Abi hanya menggeleng kepala sahaja. Samalah macam anak bongsu dia tu,suka jeling orang.
"Abang tu manjakan dia sangat."
"Apa kaitannya?"
"Kaitannya, abang dengan dia sama aje."
"Aik..?" Encik Zulkifli masih lagi blur. Tidak tahu mahu berkata bagaimana dengan isterinya yang sebijik dengan anak perempuan bongsu mereka.
Encik Zulkifli hanya menggeleng kepala sahaja. Kadang comel juga bila isterinya begini. Haih!
Selesai sahaja makan. Azrael minta pamit pulang. Aku langsung tidak memandangnya sama sekali. Aku juga tidak tahu kenapa dengan hati ku. Aku malas langsung mahu berjumpa dengannya lain kali.
Yang penting. Esok aku ada aktiviti lain dengan murid-murid tadika nanti. Esok juga hari lahir salah seorang budak lelaki. Jadi aku,dayang,ustaz Ibrahim dan ustazah fatimah sudah rancang waktu lalu.
Ustazah Fatimah tidak dapat datang. Jadi hanya kami bertiga sahaja yang akan hias alat-alat mahupun hiasan.
Aku masuk ke dalam bilik semula. Aku membuka komputer dan mencari reka bentuk yang sesuai untuk hias hari lahir bagi budak lelaki.
Banyak sangat. Pening betul nak memilihnya.
--------------
"Alright,dah siap!" Aku tersenyum lebar. Jam tangan dilihat. Sudah pukul 7:00 pagi. Waktunya pagar sekolah dibuka.
"Kita nak buat apa ni cikgu?" Soal Umairah yang baru sampai.
"Harini hari lahir,Rizky."
"Wahh! Patutlah semalam dia suruh semua orang bawakan dia hadiah." Umairah tersenyum lebar menampakkan gigi putihnya yang berseri.
"Kenapa tak tengok chat aku semalam?" Aku mengangkat kepala. Azrael.
"Umairah masuk dulu." Umairah hanya angguk senyap dan masuk ke dalam tadika. Aku memadang semula Azrael.
"Awak nak apa lagi?"
"Kau."
"Kenapa tak tengok chat aku? Aku call tak angkat."
"Bateri tak ada. Lagipun,saya sibuk nak dengan komputer saya." Tiada senyuman langsung terungkir dibibirku. Tiada mood untuk tersenyum.
"Alasan. Kau sebenarnya kenapa?" Soal Azrael. Aku hanya diam. Tidak merenungnya.
Azrael mengeluh kecil dan menarik rambutnya yang jatuh ke belakang.
"Kau..."
"Jealous?" Terus aku menggeleng. Perlu ke aku jujur? Buat apa mahu jujur kalau sebenarnya memang aku dah tunjuk. Aku pun tak tahu dengan perangai aku ni,kejap ok kejap sakit hati.
"Buat apa saya cemburu?"
"Adeline." Ustaz Ibrahim menghampiri diriku. Terus aku menoleh.
"Tolong gantikan sekejap,saya nak ambil makanan yang ditempah." Aku hanya mengangguk senyap. Terus masuk ke dalam meninggalkan Azrael yang masih diam dari tadi. Azrael merenung tajam ke arah ustaz Ibrahim.
"Aku nak tolong kau."
"Sibuk je."
"Aku tak sibuk."
"Diam boleh tak? Suka cari pasal,awak ni kenapa hah?"
"Aku? Aku kacau kau. Because I miss you." Azrael merenung ku tajam ke dalam anak mata ku. Gelak pun tiada. Mukanya memang serius. Aku hanya diam. Terus menolong Dayang dan ustazah fatimah.
"Aku nak tolong kau." Tegasnya. Aku menjeling tajam ke arahnya. Malas betul aku tengok dia hari-hari. Apalah masalah dia ni, kejap sibuk kejap tak.
"Awak pergilah layan budak-budak tu."
"Taknak. Aku nak kau."
"Aku nak tolong kau." Kalau sehari tak bagi ayat manis memang tak boleh ke? Dahlah sekarang ni aku tengah sakit hati. Boleh pula dia bagi kata-kata macam tu,nak pujuk ke apa sebenarnya?
![](https://img.wattpad.com/cover/364731997-288-k993267.jpg)
YOU ARE READING
C | TAKDIR KITA
عاطفيةBook | 3 ADELINE SELENA AZRAEL ZAYYAN "Anak cik ke?" 𝐀𝐒 "Anak orang." 𝐀𝐙 "Awak doktor?" 𝐀𝐒 "Aku cleaner." 𝐀𝐙 ----------- "Masih demam?" 𝐀𝐙 "Sikit. Tak teruk mana pun." 𝐀𝐒 TAKDIR KITA.