BERMULALAH kisah kehidupan ku yang baharu ini. Selesai sahaja hidupan ku disekolah. Kini aku menjadi seorang guru tadika pada umur aku 18 tahun lagi. Kini aku sudah berumur 21. Alhamdulillah sudah 4 tahun aku menjadi seorang guru tadika.
Bukan senang ye nak jadi guru tadika ni. Banyak sangat ujian.
Aku ingat lagi peristiwa yang aku pernah kejar budak yang mahu lari dari sekolah. Punyalah effort aku tu tinggi, sanggup kejar walaupun pakai baju kurung masa tu.
Ada juga yang panjat pagar. Nasib lah ada yang pandai pujuk budak-budak ni. Aku ni memang tak reti nak pujuk. Pujuk orang pun aku tak reti,apatah lagi pujuk budak-budak kan? Dengan perangai annoying dia tu.
Aku hanya redha dan terima sahaja pekerjaan ku. Lagipun aku minat aku dari dulu nak jadi guru tadika. Dan sekarang alhamdulillah tercapai cita-cita ku. Kalau kita tahu ragam budak-budak ni, senanglah kalau kita kahwin. Tak payah susah-susah fikirkan macam mana cara nak selesaikan budak-budak ni.
Nak kahwin konon aku ni. Jodoh pun tak jumpa lagi. Haih! Fokus Adeline fokus!
Sekarang aku dimeja ku sendiri. Menanda kehadiran murid-murid.
"Zaid Zameer. Datang?" Aku mengangkat kepala untuk melihat sosok nama yang aku sebut itu.
"Datang cikgu!" Serentak mereka semua berkata. Aku hanya mengangguk senyap. Terus menanda kehadiran murid-murid.
Sampailah aku teman mereka semua makan. Mengambil beberapa gambar untuk hantar kepada group sekolah. Nanti ibu bapa asyik tanya anak dia macam mana. Menangis ke tidak? Okay ke tidak? Soalan sama saja ditanya. Aku bukan taknak balas,cuma banyak sangat yang tanya. Nanti kalau tak jawab pula macam kurang ajar.
Jadi aku mengambil gambar untuk ibu bapa tahu keadaan anaknya macam mana. Satu lagi aku ada teringat masa mereka mula-mula masuk sekolah.
Anak ok je,cuma ibu bapa yang sedih tengok anak masuk sekolah. Nak jadi macam papa pipi ke?
"Cikgu,lepasni kita buat apa pula?" Soal salah seorang murid perempuan. Aku tersenyum manis kearahnya.
"Lepasni,awak semua mengaji dengan ustaz Ibrahim dengan ustazah fatimah." Aku masih tersenyum manis kearah mereka semua.
"Alah,nak cikgu ajar." Salah seorang membuat muka sedih. Aku yang hendak bangun, terus duduk semula.
"Tak boleh,awak kena mengaji dulu. Kalau nak belajar,kena selesai mengaji dulu. Okay?" Murid perempuan itu tersenyum lebar dam mengangguk senyap. Aku juga turut tersenyum lebar dan aku terus bangun ke arah meja kerja ku semula.
Aku hanya fokus pada kerja ku. Jam di dinding kini pukul 10:00 pagi. Telefon berdering menandakan seseorang sedang menelefon ku. iPhone 11 segera ku ambil.
"Assalamualaikum,saya ada hal. Nur Umairah,boleh saya ambil?"
"Waalaikumussalam,ya ya,boleh-boleh."
"Okay, terima kasih."
"Sama-sama." Terus aku mematikan panggilan tersebut.
Aku kearah meja kerja. Menampakkan mereka semua sedia untuk mengaji. Aku kearah budak perempuan.
"Umairah,ibu awak suruh awak kemas-kemas." Umairah hanya mengangguk dan terus ke arah mejanya untuk mengambil beg galasnya.
"Jom." Aku ikutnya keluar. Umairah memakai stokin dan kasutnya semula.
Sebuah kereta Lamborghini Aventador berwarna hitam. Masuk ke dalam kawasan tadika. Aku hanya melihatnya dan seorang jejaka berambut coklat, tinggi dan putih,keluar dari perut kereta.
Umairah terus ke arah jejaka tersebut. Aku mengikutinya dari arah belakang.
Umairah memeluk peha jejaka itu. Aku hanya memandang mereka berdua dari jauh.
Aku kearah mereka.
"Anak cik ke?" Soalku ingin tahu. Dari atas sampai bawah nampak macam muda lagi.
"Anak orang." Selamba badak je jantan tu. Senyuman ku terus pudar.
"Umairah masuk dulu."
"Okay!" Umairah ke arah kereta tersebut dan masuk ke dalam perut kereta.
"Saya tahulah anak orang. Tapi anak cik ke?" Nadaku cuba direndahkan.
"Anak aku. Aku duda."
"Duda!? Muda lagi saya tengok cik ni."
"Kan? Sebab aku handsome." Hensem lah sangat! Perasan betul mamat ni. Menyampah aku.
------------
Aku balik ke rumah pada pukul 2:00 petang. Awal hari ini aku balik kerana semua masalah setel dengan cepat. Sungguh penat dengan matahari yang terik.
"Dah balik? Awal balik, selalunya pukul tiga petang balik. Ada apa-apa ke hari ni?" Soal Puan Hanim. Aku menggeleng.
"Orang masuk dulu. berpeluh ni." Puan Hanim hanya mengangguk. Aku terus berlalu ke arah bilik lu. Aku meletakkan beg tangan dan aku meletakkan tudung shawl kuning di dalam bakul pakaian yang perlu dicuci.
Terus aku mengambil tuala dari penyangkut tuala.
Selepas aku siap mandi dan menunaikan solat zohor. Aku keluar dari bilik dam ke arah dapur kerana perut ku terasa lapar.
"Umi, abang balik ke?" Soalku. Masa aku balik tadi aku melihat kereta Myvi berwarna putih disebelah kereta ku. Hendak tanya tadi tetapi disebabkan badan ku sangat melekit. Jadi aku tidak bertanya pula.
"Abang kamu baru sampai pukul 12:30 pagi tadi." Kata Puan Hanim. Aku hanya mengangguk senyap. Terus aku membuka saji tersebut. Tersenyum lebar aku melihat perbagai makanan di atas meja. Bersinar-sinar mataku,perut ku juga berbunyi menandakan waktunya untuk makan.
Aku menutup saji itu kembali. Dan aku mengambil pinggan yang terisi nasi putih. Terus aku duduk melabuhkan punggung di atas kerusi. Dan aku mencapai makanan.
"Baca doa dulu." Tegur abi ku dari arah belakang. Aku hanya tersengih kecil.
"Abi baru balik dari surau ke?" Soalku. Selalunya begitulah. Lagi-lagi waktu puasa,memang tak nampak batang hidung dia dekat rumah. Tahu-tahu dah ada dekat surau pagi-pagi lagi. Biasalah abi aku ni ajk surau.
Umi aku pula dahulu seorang yang selalulah ikut nenek dengan atuk aku ni pergi surau. Disebabkan itulah diaorang bertemu.
Eh, kenapa bukak kisah percintaan umi dengan abi aku ni. Adoi!
Lagi satu,kalau abi aku tak ada dekat rumah. Memang sunyi sebab tinggal aku dengan umi aku je. Abang aku pula dah kahwin,memang jarang-jarang lah dia dengan kak Nini balik. Itupun,dia orang akan balik waktu cuti panjang.
Aku ni bukan rindu dia orang pun. Aku rindu anak buah aku, Dira dengan Aish.
Yang paling aku tak suka bila orang asyik tanya aku bila nak kahwin. Lepastu siap cakap yang abang aku ni akan ada anak,cucu bagai. Tapi itulah, makcik bawang biasalah. Mulut dia orang tak boleh ditutup. Kalau ditutup dengan saltip pun,tak berkesan langsung!
Aku ni umur baru 21 dah kena kahwin. Abang aku 28,apa yang jauh sangatnya? Abang aku kahwin umur 25 boleh je dia. Sedangkan aku? Ke disebabkan aku ni anak bongsu? Haihhhh,tak fahamlah aku dengan makcik-makcik yang nak perhatian orang ni.
Nak cili jugak mulut dia orang. Yang paling aku nak geram sekali bila dia orang suruh aku kahwin dengan anak teruna mahupun duda. Yang tu memang taknaklah! not my taste!
YOU ARE READING
C | TAKDIR KITA
RomanceBook | 3 ADELINE SELENA AZRAEL ZAYYAN "Anak cik ke?" 𝐀𝐒 "Anak orang." 𝐀𝐙 "Awak doktor?" 𝐀𝐒 "Aku cleaner." 𝐀𝐙 ----------- "Masih demam?" 𝐀𝐙 "Sikit. Tak teruk mana pun." 𝐀𝐒 TAKDIR KITA.