"ADELINE SELENA?" Wanita itu bertanya. Aku angguk.
"Ya,saya.." Aku memandang wajah wanita itu dengan penuh tanda tanya. Mukanya agak sedikit panas melihat aku.
Mungkin dia tidak suka kepada aku. Apa yang sebenarnya dia mahu dari aku.
"Awak lah yang sukakan anak saya tu,Azrael?" Aku angguk lagi. Entah kenapa aku rasa seperti wanita dihadapan aku ini tidak berpuas hati dengan aku.
Mungkin disebabkan oleh dia mahu menjodohkan Azrael dengan pilihannya sendiri.
Aku tak tahu nak jawab apa. Jadi aku diam sahaja dan menunggu kata-kata seterusnya.
"Awak tahu tak,saya nak jodohkan anak saya dengan orang lain. Saya tengok awak ni bukan orang atas pun. Pakai pakaian biasa je, awak memang tak pandai bergaya ke macam mana ya?" Kata tersebut dilemparkan oleh aku. Aku diam. Aku tidak tahu mahu menjawab apa.
Entah apa yang wanita ini mahu dariku. Dia mengajak aku kesini hanya semata-mata mahu menghina aku di depan keluarganya, mungkin.
"S-Saya minta maaf." Aku bersuara. Aku patut minta maaf dengan wanita itu kerana sudah mencintai anaknya. Aku tahu dia tak suka. Dia sudah hina aku.
Kata-katanya memang sangat menyakitkan hati aku. Tetapi aku tetap diam. Telan kata-kata tersebut dalam diri aku.
"Baru nak minta maaf? Awak tu dah menyusahkan dia tahu tak. Dia selalu tolong awak. Pasal kes demam tu. Ada ke awak tolong dia?"
"Awak dah buat dia lain tahu tak. Dia selalu tak ada dekat hospital sebab awak. Dia selalu ambil cuti sebab awak. Awak memang nak dia berhenti kerja dalam syarikat daddy dia ke!?"
"Orang dalam hospital semua tertanya-tanya. Kenapa dia ambil cuti. Sebab awak! sebab Awak, Adeline!" Dia meninggikan suara kepada aku. Aku diam. Pedih. Terasa begitu pedih di dalam hati ini.
Sudahlah dihina. Dikatakan sudah membuat anaknya tidak berkerja sebagai doktor. Aku tidak tahu..
Aku bersalah? Aku tidak tahu tentang perkara itu. Dalam diam aku jadi begini. Apa yang aku buat padanya sampai jadi sebegini kepada aku.
"Mummy,dia tak bersalah!" Tengking Azrael. Azrael bersuara. Aku memandangnya. Wajahnya merah menahan marah.
"Jangan kurang ajar, Azrael." Seorang lelaki yang berumur itu cuba menenangkan Azrael. Mungkin itu ayahnya.
"But,daddy dia dah hina Adeline! Orang yang Azrael sayang. Dia hina!"
"Kau ingat kau sempurna sangat ke. Kau pakai duit daddy aku. Perempuan sial!" Jerkah Azrael. Daddy dia yang mendengar terus menampar hebat muka Azrael. Wajahnya bertukar merah.
Aku diam. Takut. Yang lain hanya memandang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kenapa pandangan mereka begitu? Seperti.... sudah terbiasa dengan perkara begini. Dan juga,kenapa tidak menolong Azrael?
"Jangan kurang ajar dengan mummy kamu,Azrael. She's still your mom!" Jerkah Daddy nya dengan muka merahnya menahan marah.
Azrael diam. Matanya tertumpu pada aku yang masih diam dan kaku disini. Tajam anak matanya memandang diriku.
Dia terus ke arah aku dan menarik lengan baju ku. Aku ditarik keluar luar rumah oleh Azrael. Dia hanya diam dan ikuti sahaja langkah kakinya.
Halaman rumahnya. Aku masih diam dari tadi. Syok aku melihat dia ditampar hebat oleh ayahnya sendiri.
Tubuh ku dipeluk erat olehnya. Aku diam. Kaku. Entah apa yang bermain-main di dalam fikiran aku sekarang ni.
Apabila aku tersedar. Aku terus menolak Azrael.
YOU ARE READING
C | TAKDIR KITA
RomanceBook | 3 ADELINE SELENA AZRAEL ZAYYAN "Anak cik ke?" 𝐀𝐒 "Anak orang." 𝐀𝐙 "Awak doktor?" 𝐀𝐒 "Aku cleaner." 𝐀𝐙 ----------- "Masih demam?" 𝐀𝐙 "Sikit. Tak teruk mana pun." 𝐀𝐒 TAKDIR KITA.