BAB 11

63 3 0
                                    

TENANG sedikit aku. Ustazah Fatimah yang baru sampai juga turut tersenyum apabila melihat senyuman ku.

"Lambat kau sampai." Aku mula bersuara dahulu. Fatimah hanya tersenyum senget. Tahupun. Aku ni dah berjam-jam tunggu kau tahu tak?

"Jem teruk sangat. Itu yang lama." Digaru kepala yang tidak terasa gatal.

Tajam aku memandangnya. Fatimah pula tidak mengalihkan pandangannya ke arah Azrael dan Zaxeena. Pandang adik ipar aku eh!? taktahu...

"Saya Zaxeena!" Ceria gadis tersebut memperkenalkan dirinya kepada Fatimah. Fatimah turut perkenalkan dirinya juga.

"Ni,abang saya. Azrael Zayyan!"

"Saya dah tahu, selalu abang awak datang dekat tadika. Mungkin nak mengorat Adeline." Fatimah ketawa kecil. Aku yang dengar memang naik angin lah. Tajam aku memandangnya. Siapa je yang tak marah kalau dikata begitu? Aku pula yang dipetik.

Dah tak ada topik ke nak petik nama aku ni?

"Aku pulak. Dia datang pun tak boleh ke?" Aku pula bersuara. Tak puas hati pun ada. Ada ke dia kata begitu?

"You're right. Aku datang sebab dia." Terbeliak mata aku dengar. Dia ni kenapa sebenarnya,saja je kan?

Nak tampar pun ada juga bila aku tengok muka dia yang serius dari tadi. Memang tiada gurauan lansung bila pandang riak wajahnya. Memang serius. Tak tahu aku mahu kata dia hanya gurauan mahupun serius.

Takkanlah dia betul-betul kata begitu? Aku malas nak ambil tahu. Senyap sahaja.

"Aku betul. Kau je tak nampak effort Azrael." Fatimah ketawa lagi. Kini bukan dia sorang je. Dengan adik dia sekali yang gelakkan aku? Apa yang lawak sebenarnya hah!?

"Adik ada kakak ipar lah ni,abang?" Terus terungkir senyuman manis dibibirnya. Azrael hanya angguk kecil. Dengan mukanya yang tidak berperasaan itu. Dipandang aku dengan tajam.

"Kenapa awak tengok saya macam tu?" Aku bagi bombastic side eyes baru tahu. Takut betul bila dia pandang aku macam tu. Macam aku ni buat kes berat sampai ke mahkamah.

"Saja. Cantik." Azrael tersenyum. Ni kali pertama ke kali keberapa aku tengok dia tersenyum ni!?

Manis pula senyuman dia. Kenapalah taknak senyum eh? Apa yang tersembunyi sangat. Padahal manis betul!

Cair aku tengok senyuman dia tu..

Azrael senyum lah!" Fatimah pula yang teruja. Aku ni rasa nak makan nasi dengan daging manusia pun ada. Dia senyum pun happy. Aku tak faham dengan dia sorang ni.

"Beruntungnya akak adeline,saya nak tengok abang senyum pun tak boleh tau! Dingin sangat." Jelingan tajam diberi kepada Azrael. Aku tersenyum.

Malu lah! Haish!!!

"Dah. Sekarang ni jadi ke tidak nak surprise kan Dayang?" Lama juga borak. Kalau tak jadi macam mana? Letih lah aku! Dayang tu akan kecewa lah. Merajuk melebihi orang lain!

Aku dengan Fatimah memang penat nak pujuk si Dayang ni. Kadang ok kadang tak. Apa yang dia nak pula lah, nasib aku dengan Fatimah sayang dia.

Kalau tidak memang kasi penampar lah jawabnya. Perangai mengalahkan budak-budak! Kau tahu apa?

"Mestilah jadi,kau ingat apa?" Soal Fatimah. Tahupun,aku yang dari tadi geram aje.

"Habis tu? Cepatlah!"

💯

Dayang membuka pintu kafe yang tertulis open. Langkah kaki terhenti apabila sudah masuk ke dalam kafe tersebut. Mata liar mencari susuk tubuh kawan baiknya itu.

Terungkir senyuman dibibirnya apabila melihat susuk tubuh Adeline. Terus langkah kakinya berjalan ke arah meja yang agak hujung dan tersembunyi dari yang lain.

"Surprise!" Ucap semua yang disana. Terus bibirnya automatik terungkir senyuman manis.

Mata tertumpu pada susuk tubuh seorang jejaka yang dia kenal.

Bakal suaminya Dayang.

Fathi.

Air matanya mengalir keluar kerana dia amat gembira apabila orang terdekatnya mengingatkan hari lahirnya hari ini.

Aku dan Fatimah terus memeluknya. Zaxenna yang disana juga turut tersenyum bersama Fathi. Bakal suami Dayang.

Kecuali Azrael. Yang masih diam tanpa kata-kata dan wajahnya masih tidak berperasaan langsung. Hanya dia memeluk tubuhnya.

"Thank you, sambut birthday aku.." Tersenyum. Aku dan Fatimah juga turut tersenyum melihat senyumannya yang amat bermakna bagi kami berdua.

Sudahlah cantik. Comel pula tu!

"Anything okay?" Dengan muka selambanya berkata begitu. Aku yang mendengar terus menjeling tajam.

"Sayang,i ada something for you" Aku dan Fatimah hanya melihat drama sweet didepan mata sahaja. Nak kata meluat pun ada.

Belum kahwin lagi panggil sayang-sayang. Apalah?

Ini tak seteruk yang lain lagi.

"Kau nak aku panggil kau sayang jugak?" Terbeliak mata aku. Bukan aku je. Yang lain pun terbeliak. Adik dia pun tak sangka yang dia macam ni.

"Abang biar betul!" Tergamam Zaxeena. Siapa je tak terkejut. Abang yang dingin tiba-tiba mahu mengorat anak dara orang?

"Awak ni memang gatal eh?" Meluat betul layan perangai dia ni. Aku ni bukan yang jenis suke layan orang macam ni!

"Gatal dengan kau je." Wow! Tak malu ke? Hello! Mr Cold!?

"Dah! Sekarang ni kita nak gaduh ke sambut birthday Dayang?" Fatimah pula bersuara. Aku patut berterima kasih kepadanya. Kalau tidak. Memang aku kasi penampar muka dia tu! Baru belok hidung dia yang mancung tu! Biar belok hidung dia tu. Baru hilang kehenseman dia tu.

Jangan cabar aku! Azrael.

SELESAI sahaja. Terus aku mencapai beg tangan ku dan keluar dari kafe tersebut. Waktu pula sudah menunjukkan pukul dua dua puluh tiga petang.

Punyalah penat balik dari tadika. Lepastu pergi ke kafe untuk sambut birthday Dayang. Memang tinggi effort aku ni.

Ramai juga yang tertanya kenapa tak ajak ustaz Ibrahim. Bukan tak mahu ajak. Dia pun dah kahwin. Ada anak bini. Sibuk pula tu.

Harini dia tidak datang kerana ada urusan penting yang perlu dia selesaikan.

Jadi. Aku, Ustazah Fatimah dan Dayang yang harus menjaga budak-budak yang comel-comel ni. Fuh! Letih!

Harini tiada ragam. Nasiblah. Kalau tidak selalunya ada yang gaduh disebabkan mainan sahaja. Penat pun penat.

Taknak kalah. Dua-dua nak menang. Aku ni kadang tak larat pun ada jugak. Tengok je si Dayang. Terus senyap.

Aku dengan Ustazah Fatimah hanya boleh ketawa kecil. Itupun senyap-senyap. Nanti kita orang juga yang kena marah sebab gelakkan dia.

Haih. Tapi memang betul. Kelakar juga. Dia orang terus senyap bila nampak Dayang? Memang garang si Dayang ni!

Aku rasa. Kalau dia mengandung ni. Dengan anak dia sekali ketawa sebab semua senyap kalau nampak kelibat Dayang.

Dengar nama Dayang pun terus senyap. Ada juga peristiwa yang aku ingat.

Seorang budak lelaki takutkan Dayang sampai terkencing.

Dayang yang ingat pun nak tergelak. Padahal dia tak marahkan budak tu pun.

Orang lain yang kena marah. Orang lain yang terkencing.

Lawak pun lawak!!

C | TAKDIR KITAWhere stories live. Discover now