BAB 13

54 1 0
                                    

LANGKAH kaki terus melangkah ke dalam pasaraya yang berada di dalam mall. Azrael mengambil troli dan terus beredar ke kawasan sayur-sayuran.

Aku mengikutinya dari belakang. Aku masih tersenyum lebar.

"Awak nak beli barang untuk apa ni ya?" Aku bertanya. Mana tahu. Aku boleh datang rumahnya. Tak salah pun kan? Jika ada adiknya aku akan datanglah.

Boleh tolong dirinya memasak. Jadi menantu? Eh, bukan-bukan!

Jangan macam-macam Adeline.

"Masaklah." Geram aku. Aku tanya elok-elok dijawab macam ini je Sabar lah kau layan perangai dingin Azrael ni.

"Saya tahulah..awak nak masak apa? Tomyam? Kari ikan? Sup ayam? Nasi goreng? Nasi lemak? Mee?"

"Semua tak." Aku mengeluh. Nasib dia cakap. Kalau tidak sampai ke sudah aku tak habis sebut nama makanan untuk dia ni ha.

"Habistu?" Dia mengangkat bahu. Ini yang baran ni. Huh. Takpa,aku boleh bagitau apa yang aku nak buat.

"Haih,kalau ya pun. Baik awak masak tomyam. Lagipun, saya dah lama tak makan tau!" Aku tersenyum lebar. Menunggu jawapannya.

"Tomyam? Idea yang bernas." Terus senyum ku sampai ke telinga. Laju aku mencari barang-barang yang hendak masak tomyam.

Azrael geleng kepala. Mengikuti aku dari belakang sambil menolak troli.

Kesana kesini aku mengambil barang-barang yang perlu aku beli. Sampailah aku puas.

Aku ke arah troli dan melihat semua barang-barang yang aku letak tadi. Tiada satu pun yang tertinggal. Semuanya selesai dengan cepat.

Laju juga ya kaki aku berlari ni. Dah macam maraton pun ada juga.

Aku mengangkat muka melihat Azrael yang fokus pada telefonnya. Ingin bertanya tapi tidak jadi. Mungkin dia ada hal penting untuk dibual.

Aku diam. Menunggunya selesai menjawab panggilan telefon tersebut. Mata ku melihat-lihat kawasan sekeliling.

Ada budak yang menangis kerana ibunya tidak mahu membelikannya aiskrim. Ada juga pasangan suami isteri. Ada yang bersama keluarganya,ada juga yang pergi bersama ibu mahupun ayahnya. Dan aku melihat ke arah pasangan suami isteri yang isterinya mengandung.

Suaminya sangat prihatin terhadap isterinya. Terus senyuman terungkir dibibirku. Aku suka melihatnya.

Aku bila ya? Jodoh belum lahir rasanya..

"Dah setel semua barang?" Suara itu. Aku terus menoleh dan mengangguk.

"Siapa call awak?" Aku diam. Menunggu jawapan darinya.

"Kenapa?" Soalnya. Aku diam. Nak jawab apa ya? Jawab aje lah lagipun apa salahnya jika bertanya.

"Saja. Saya nak tahu je."

"Kawan."

"Perempuan?"

"Kalau ya pun kenapa?" Terus senyum ku pudar. Oh, perempuan ya?

Aku terus overthinking. mungkin girlfriend dia agaknya ya?

Tapi... kenapa aku rasa cemburu? Aku suka dia? Tak mungkin..

Ada-ada sahajalah kau ni Adeline! sudah-sudahlah!!!

Aku mengeluh.

"Adeline?"

"Hm?"

"Cemburu?" Mataku terbeliak mendengar kata-katanya. Aku cemburu? Biar betul! Mana ada!

"S-Saya cemburu? M-Mana adalah!" Tergagap-gagap aku mahu menjawabnya. Aku jeling.

C | TAKDIR KITAWhere stories live. Discover now