BAB 8

59 3 0
                                    

WAKTU sudah berlalu. Aku kini mengambil beg tangan dan terus keluar menuju ke kereta. Tidak lupa juga mengunci pintu pagar.

"Lepas ni kau pergi mana?"

"Aku nak temankan Dayang pergi butik pengantin. Kenapa?" Banyak tanya pula. Aku hanya menjawab sahaja soalannya.

Aku nak pergi temankan Dayang pergi butik pengantin. Dia dah nak kahwin 3 minggu lagi, tinggal aku sorang je yang belum kahwin lagi. Aku ni satu-satunya orang yang paling muda dalam sekolah tu.

Dayang ni bukan banyak cakap manapun, orang soal sepatah, sepatah jugak dia kata. Tapi bila dia buka mulut je,semua terus diam. Aku? Lagilah, ustazah fatimah dengan ustaz Ibrahim boleh diam. Dia orang dua memang garang orangnya. Tapi yang garang pun dia bila si pendiam bukak mulut. Siapa je tak takut.

Pernahlah,salah seorang budak terjatuh kan gelas kaca. Time tu dia cuti, memang kenalah. Budak tu nangis teresak-esak sampaikan dia pindah tadika lain. Meremang aku masa tu,nak tegur pun takut.

"Esok kau free?"

"Free je, kenapa?"

"Aku nak ajak kau."

"Pergi mana?"

"Pulai Perhentian. With my family." Tak terkejutnya aku. Boleh pula dia nak ajak aku pergi pulau perhentian dengan family dia tu?

"Segan lah saya.."

"Ajak family kau. Boleh kita kenal-kenal." Aku diam. Memandangnya lama lalu mengeluh kecil. Tak sah kalau dia tak paksa aku.

"Nanti saya bagitahu umi dengan abi."

"Tak percaya aku,baik aku pergi sekarang."

"Umairah ni?"

"Aku hantarlah dia dengan mak dia."

"Saya bagitahu. Lepas temankan Dayang."

"Kesah apa aku." Azrael terus memandu keretanya meninggalkan kawasan tersebut. Tinggal kereta aku sahaja. Tanpa basa basi,aku terus pecut memandu bersama Dayang yang disebelah ku.

"Lama betul kau berbual dengan dia tu. Penting ke? Kau nak kahwin eh?" Dayang tersenyum sinis. Suka je mengusik orang. Aku kasi makan selipar baru tahu sedap ke tidak.

Dayang ni mulut dia berbisa jugak. Orang-orang yang rapat dengan dia je tahu perangai dia ni macam mana, perangai berubah 100% introvert ke extrovert.

Setiap kali aku pergi dekat dia memang akan ada gossip barulah! Time ni aku memang maju no satu! Tak payah cakap dah,memang akan ada dalam senarai.

MAKCIK BAWANG PADA TAHUN 2024 JATUH KEPADA!

ADELINE SELENA BINTI ZULKIFLI

Apa yang perlu nak kata? Memang on top aku.

"Mana ada! Kau ni suka mengusik aku." Jelingan tajam diberi kepadanya. Layankan aje lah lagipun aku mana ada kawan baik selain si Dayang ni.

Aku ni orangnya memamg extrovert. Aku walaupun peramah orangnya tetapi tak ada langsung kawan baik. Orang kata aku ni mulut je banyak tapi tak pandai-pandai.

Memang wajib ke? Aku nak kawan yang ikhlas berkawan dengan aku, bukan semata-mata sebab aku ni extrovert.

Aku bersyukur dapat kawan baik macam si dayang ni walaupun introvert. Dengan family aku, bukan introvert manapun,siap ajak umi aku gossip lagi pasal artis. Aku dengan abang hanya mendengarkan aje. Makin perlahan suaranya makin panas ceritanya.

Aku dengan abang aku ni memang takkan bukak gossip kecuali ada salah seorang yang bukak. Memamg kita orang pecut berlari nak dengar apa yang dia nak gossip.

Abang aku dengan kak Nini memang sebijik je. Sebab itu dia orang boleh jodoh, orang kata jodoh cerminan diri.

Aku kadang kalau kak Nini ada. Makin panas cerita yang disampainya. Sambil-sambil dengar tu,aku layankan aje dengan popcorn. Sedap juga.

Artis curang,cikgu pukul anak murid. Macam-macamlah aku dengar dari mulut kak Nini ni.

Ada juga pasal kawan sekolah dia mahupun universiti dia dulu sebelum berjumpa dengan abang aku ni.

Nak tahu sangat ke cerita pasal abang aku ni? Aku tak tahu sangat tapi abang aju aku pernah cerita dulu.

Abang aku pergi satu kedai coffee yang dekat dengan kerja dia. Tapi abang aku tak pernah nampak kak Nini ni jadi abang aku tanyalah.

"Baru ke?"

"Haah."

Pertemuan dia orang memang gempak! Abang aku ni selalu pergi kedai coffee tu semata-mata nak tengok Kak Nini ni. Abang aku bukan suka sangat kopi ni, disebabkan kak Nini ni.

Dia confess depan-depan. Tapi itulah,jodoh namanya,kak Nini pun accept jelah.

Aku terharu dengar cerita sweet dia orang ni. Nangis pun ada sebab gaduh, salah faham katanya.

"Aku terima nikahnya Siti NurHanini binti Abdul."

"Sah?"

"Sah!"

Aku sebagai adik pun turut gembira! Abang dah kahwin kot. Cuma aku je belum.

"Kalau jodoh? Kau nak kasi aku apa?" Dayang cuba mengusik lagi. Aku hanya diam sahaja. Kalau aku bukak mulut. Lagilah dia nak mengusik aku ni,si Dayang ni bukan aku kenal dia seminggu pun. Dah banyak tahun aku kenal dia. Memang suka mengusik orangnya. Dengan ustazah fatimah pun dia mengusik,apatah lagi aku ni orang yang paling rapat dengan dia.

"Tak ada jodohnya. Aku nak jadi dara tua je." Jelingan tajam diberi kepada Dayang. Terus aku pecut bawa kereta ke butik pengantin.

"Allahuakbar! Bawa elok-elok."

"Rileks bro.." Aku tergelak kecil. Tahu pun kau! Suka sangat mengusik orang kan dah kena. Buat sangat dengan aku,jangan cabar aku.

"Kepala hotak kau,rilek!" Mula dah ni.

1
2
3

"Aku ni nak kahwin tau tak? Kalau aku mati dulu, macam mana. Nanti bakal suami aku kahwin dengan orang lain. Kalau aku mati,aku dapat tahu dia kahwin dengan orang lain. Aku roh aku masuk balik!"

"Aku kasi makan batu dalam mulut perampas tu! Dengan suami aku sekali!" Nak tergelak juga bila dengar si Dayang ni membebel. Bukan selalu dia membebel. Jarang sangat nak dengar. Bukan membebel je dia ni,siap luahkan perasaan pun ada. Aku ni nak kata pendengar yang baik tu tak juga,tapi aku dengar aje lah bebelan dia tu. Rindu nak dengar pun ada, orang kata kita ni malas kalau bab nak dengar orang membebel. Tapi aku lain,aku suka dengar orang membebel. Pelik kan? Aku sendiri tak tahu kenapa dengan diri aku ni.

"Sabar-sabar,tak adanya dia nak kahwin dengan orang lain. Aku tahu,dia setia." Aku mengusap lembut belakang badannya. Dayang menarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Lega.

"Nasib ada kau,kalau orang lain memang makan cili lah jawabnya." Ada lagi. Memang takkan habis punya lah.

"Dah, sabar-sabar. Nak sampai dah ni."

"Memang cepatlah kalau kau drive macam nak masuk underground." Aku tergelak kecil. Jelingan tajam diberi kepada ku. Comep pulak bila dia ni membebel.

C | TAKDIR KITAWhere stories live. Discover now