BAB 6

59 4 0
                                    

AKU bersalaman dengan abang dan kak Nini. Tidak lupa juga aku mencium dan memeluk erat tubuh si comel dan si gentut yang akan aku rindui. Selepas bersalaman dengan mereka sekeluarga. Aku hanya melambai tangan dari arah luar.

Tayar bas mula berjalan perlahan-lahan dan meninggalkan kawasan tersebut. Aku,abi dan umi segera masuk ke dalam perut kereta dan abi menhidupkan enjin kereta.

Kami sampai di rumah jam 9:45 malam kerana singgah di pasaraya untuk membeli barang keperluan harian dan juga barang dapur yang tidak cukup lengkap. Lagipun,umi aku nak masak laksa penang esok.

Jam disebelah kanan ku berbunyi menandakan waktunya untuk bangun. Menunaikan solat subuh dan kembali mengajar budak-budak nakal yang aku rindui.

Aku menutup jam tersebut. Kemudian aku bangun macam biasa pukul 6:00 pagi. Aku menggosok mata ku yang masih rasa mengantuk lagi. Terus aku mengambil tuala dan melangkah ke bilik air.

Siapa sahaja aku mandi. Aku menunaikan solat subuh. Aku memakai baju t-shirt muslimah berwarna hitam. Khas untuk cikgu-cikgu di tadika dan tudung bawal berwarna hitam. Aku meniup awning yang belum jadi.

"Susah betul lah!" Aku membebel. Geram betul dengan awning ni.

Aku bersalaman dengan abang dan kak Nini. Tidak lupa juga aku mencium dan memeluk erat tubuh si comel dan si gentut yang akan aku rindui. Selepas bersalaman dengan mereka sekeluarga. Aku hanya melambai tangan dari arah luar.

Tayar bas mula berjalan perlahan-lahan dan meninggalkan kawasan tersebut. Aku,abi dan umi segera masuk ke dalam perut kereta dan abi menhidupkan enjin kereta.

Kami sampai di rumah jam 9:45 malam kerana singgah di pasaraya untuk membeli barang keperluan harian dan juga barang dapur yang tidak cukup lengkap. Lagipun,umi aku nak masak laksa penang esok.

Jam disebelah kanan ku berbunyi menandakan waktunya untuk bangun. Menunaikan solat subuh dan kembali mengajar budak-budak nakal yang aku rindui.

Aku menutup jam tersebut. Kemudian aku bangun macam biasa pukul 6:00 pagi. Aku menggosok mata ku yang masih rasa mengantuk lagi. Terus aku mengambil tuala dan melangkah ke bilik air.

Siapa sahaja aku mandi. Aku menunaikan solat subuh. Aku memakai baju t-shirt muslimah berwarna hitam. Khas untuk cikgu-cikgu di tadika dan tudung bawal berwarna hitam. Aku meniup awning yang belum jadi.

"Susah betul lah!" Aku membebel. Geram betul dengan awning ni.

Terus menerus aku meniup awning tudung bawal. Dan akhirnya menjadi juga. Terus aku mengambil beg tangan,beg galas dan juga totebeg. Barang-barang yang penting aku perlu bawa, disebabkan itu kereta ku penuh dengan barang-barang sekolah yang aku lupa untuk mengambil.

Aku keluar dari bilik dan ke arah dapur untuk mengisi perut. Abi yang sedang minum teh panas sambil membaca surat khabar. Umi ku pula, makan biskut dengan teh panas sambil melihat screen telefon Realme 5i. Mendengar ceramah ustaz Azhar Idrus. Kadang juga umi ku ketawa.

Aku duduk di kerusi sebelah umi ku. Terus aku minum air teh panas bersama nasi goreng cina.

"Selena pergi dulu." Aku meminta izin. Terus aku bersalaman dengan umi dan abi. Aku pamit keluar dari rumah.

Enjin kereta axia dihidupkan. Aku memandu kereta ke arah tadika.

Aku membelok ke kanan lalu ke kiri. Aku masuk ke dalam tadika tersebut. Tetapi ada sebuah kereta Mercedes Benz AMG.

Aku keluar dari perut kereta dan terus masuk ke dalam tadika tersebut.

"Adeline!" Suara garau itu menjerit. Suaranya juga familiar jadi aku menoleh. Aku melihat Azrael ke arah ku. Aku hanya diam memandangnya.

Dia mahu apa dariku?

"Aku ada bawakan kau makanan. Ambillah." Azrael memberi bekal yang semalam. Aku belum bagi lagi bekal semalam. Masih lagi ada di dapur rumah ku.

"T-Terima Kasih." Aku tersenyum lebar ke arahnya.

"Susah-susah je,awak tak makan? Maaflah, bekal awak saya belum pulangkan lagi." Aku tersenyum kerana rasa serbesalah pula.

"Lain kali jelah kau pulangkan. Aku pergi dulu." Aku melambai tangan ke arahnya. Dia berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut. Aku terus masuk ke tadika dan disambut meriah oleh kanak-kanak riang.

"Yey,cikgu dah balik!" Menjerit kesenangan semua. Aku hanya tergelak kecil. Malu pun ada, rasa mahu cuti lagi apabil aku tahu reaksi mereka begini. Mereka beramai-ramai memeluk erat tubuh ku. Aku juga menyambut pelukan mereka.

"Rindu tu,aku ni tak pernah dapat dari budak-budak macam ni. Kau pun satu,baik sangat. Sebab tu dia orang sukakan kau." Tegur pembantu. Dayang. Aku hanya tersenyum dan tergelak kecil sahaja.

"Nak buat macam mana, aku ni tak nak marah budak-budak ni kalau dia orang semua tak buat salah. Lagipun, comel-comel belaka." Dayang hanya tersenyum manis. Segera dia masuk ke dalam dapur semula. Nak buat sarapan pagi untuk budak-budak tadikan.

Harini pj,itu yang semua orang pakai baju pj tadika yang disediakan. Perempuan merah jambu, manakala lelaki biru. Dan lengan panjang hanya untuk perempuan murid sahaja.

"Lepas ni kita pj dengan cikgu dan ustaz Ibrahim ok? Kita makan makanan yang Cik Dayang buat."

"Okay!" Semua menjerit serentak. Aku dan mereka segera duduk di meja makan khas untuk murid-murid. Aku ke arah dapur untuk menolong Dayang apa yang perlu ditolong.

"Boleh aku tolong?" Aku kearah Dayang.

"Kau tuang air biasa je untuk dia orang. Aku nak buat nasi air." Aku hanya angguk sedikit sahaja. Segera menuangkan air biasa ke dalam gelas-gelas plastik yang berwarna warni.

Selepas sahaja makan sarapan pagi. Kami semua keluar dari tadika dan bermain-main di halaman belakang tadika.

Ada yang main gelongsor, buaian dan lain-lain. Ada juga aku mengajar mereka cara lompat bintang, senaman panas dan lain-lain.

Aku juga akan rakan aktiviti-aktiviti pelajar. Untuk hantar ke dalam group sekolah. Ada juga beberapa gambar aku tangkap untuk hantar ke dalam group sekolah untuk ibu bapa melihat apa yang anak mereka sedang buat.

Notification berbunyi. Aku mencapai iPhone 11 pro dan membuka whatsapp.

Kau dah makan yang aku masak? Aku masakkan kau khas. Nasi ayam. Makan tau.

Saya belum makan nantilah. Tengah luangkan masa dengan budak-budak ni.

Aku menuntup screen telefon dan melihat mereka masih leka bermain dengan ustaz Ibrahim. Ustazah Fatimah tidak ada hari ini kerana ada hal yang perlu dia selesaikan beberapa hari. Jadi dia tidak akan ada untuk masa sekarang. Hanya aku dan ustaz Ibrahim sahaja.

Notification berbunyi lagi. Aku membuka lagi screen telefon.

Okay,nanti lunch sama-sama nak?

Sorry,saya nak balik. Umi ada buat sesuatu.

Notification berbunyi lagi sekali.

Aku nak makan dengan kau. Dekat rumah kau boleh?

Kau sihat? Kau masih demam?

Saya okay,jangan risaukan sangat.

Okay, sunshine.

Sunshine? Terdiam aku seketika. Hatiku berbunga-bunga. Perasaan apa pula ini? Kenapa begitu cepat?

C | TAKDIR KITAWhere stories live. Discover now