"SUNSHINE.." Suara tersebut yang membuatkan aku terus menoleh ke belakang. Menampakkan Azrael yang berdiri diam dengan wajah bekunya itu.
Atas bawah aku melihatnya. Dia mengenakan kemeja lengan panjang berwarna hitam. Begitu juga dengan seluarnya. Rambutnya juga hari ini agak lain.
Terus aku terungkir senyuman manis dibibir ku. Baru aku perasan hari ini dia lain dari lain. Nampak handsome semacam.
Patutlah ramai peminat di hospital. Memang kacak orangnya. Sukanya aku! Eh eh!?
"Senyum-senyum bagai." Fatimah berkata. Terus mati senyuman aku. Dia ni kalau tak kacau mood aku memang tak boleh ke?
"Aku pergi dulu." Pamit Fatimah. Terus berlalu pergi. Tajam aku memandangnya dari kejauhan. Dia pula sempat lagi mengenyitkan matanya kepadaku. Suka sangat!
"Awak kemana?"
"Jom,teman aku. Beli barang." Singkat sahaja dia berkata. Aku mengangguk senyap.
Kalau aku tolak. Sunyi pula dirumah. Lebih baik aku luangkan masa diluar sahaja. Dengan Azrael pun jadilah.
Dapatlah aku kenal dia lebih dalam. Betul tak?
Asyik tidur aje aku dirumah. Bosan pula duduk sorang-sorang ni. Kalau aku ada suami memang dah lama aku luangkan masa dengan suami aku. Sekarang? Bujang sampai ke tua agaknya.
Dara tua lah namanya.
Umur baru 21 tahun Adeline Selena oii!
Ada hati nak cari suami dengan umur muda ni. Nak ikut sangat ke abang kau tu?
"Sunshine?" Tersentak aku seketika. Baru sedar sekarang ni aku di hadapan kafe tadi. Baru bangun dari dunia nyata aku ni.
Punyalah aku ingat balik bila aku pulang ke rumah. Adeline oh Adeline.
Kau fikir apalah sampaikan orang sebelah kau ni pun kau tak perasan. Alahai..
"Kau ok?" Laju aku mengangguk. Malas nak berbicara.
"Sure?"
"Ya awak. Saya ok je cuma.." Aku tersengih. Aku tahu mesti dia ingin tahu apa yang mahu aku katakan. Kalau dia tahu. Memang aku malas nak cerita panjang-panjang lah. Nanti tersekat balik dekat dunia halimunan aku tu.
"Cuma? Tell me." Matanya tertumpu pada mataku. Aku cuba mengalihkan pandangan darinya tetapi dia terus menepis.
"Tengok mata aku." Aku hanya ikut sahaja.
"Tell me please. Adeline." Aku diam. Masa inilah perlu aku bagitahu? Kalau aku bagitahu pun dia nak dengar ke? Aku ni jenis yang random lah.
"Saya terfikir bila saya tolak permintaan awak. Saya akan bosan pula duduk di rumah sorang-sorang." Tersengih kecil aku. Jarang sekali aku mahu tersengih seperti ini.
Bagiku. Mungkin dia istimewa. Ya, mungkin.
Kenapa perlu ada mungkin? Aku juga tidak tahu.
"So?"
"So..?" Apa pula yang dia katakan ni? Tak fahamlah aku. Sudahlah cakap sepatah-sepatah lepastu bercakap pun boleh buat orang pening. Tak tahu nak jawab apa dengan dia ni.
"Whatever."
"A-Awak!" Jeritku. Mahu sahaja aku memukul bahunya. Aku masih tahu halal haram!
"What? Nak pergi kan. Jom lah. Lambat kau ni." Tajam anak matanya memandang aku. Bencinya!
Lambat lambat aku ni pun. Kau tetap tunggu aku juga kan.
"Awak tetap tunggu saya jugak!" Dia tergelak.
YOU ARE READING
C | TAKDIR KITA
RomansaBook | 3 ADELINE SELENA AZRAEL ZAYYAN "Anak cik ke?" 𝐀𝐒 "Anak orang." 𝐀𝐙 "Awak doktor?" 𝐀𝐒 "Aku cleaner." 𝐀𝐙 ----------- "Masih demam?" 𝐀𝐙 "Sikit. Tak teruk mana pun." 𝐀𝐒 TAKDIR KITA.